>> Sunday, January 12, 2020






KUDIS DI KEPALA DAN UBAT TRADISIONAL






KUDIS ialah sejenis penyakit kulit yang mungkin tumbuh di mana-mana bahagian badan seseorang . Ia sejenis penyakit yang berjangkit, dan gatal yang memaksa seseorang menggaru-garu atau menggaruk-garuk untuk menghilang rasa gatalnya.

Ada berbagai-bagai jenis penyakit kudis  dan ia mungkin tumbuh di mana-mana sahaja di bahagian badan, seperti di kaki, di tangan, di muka, di kepala dan mungkin juga serentak di seluruh tubuh menyebabkan seseorang mernjadi bertambah tidak selesa.

Kudis-kudis yang tumbuh di kepala, bagi orang-orang tua kita ada cara rawatan yang khusus menggunakan bahan-bahan alami yang khusus. Bagi bayi atau kanak-kanak yang tumbuh di atas kepala bayi orang Kelantan ada mempunyai nama yang khusus iaitu “Kenan”.

Cara Pertama Merawat Kudis Di Kepala
Sebiji buah kelapa hijau yang tua atau matang, ambil airnya dan digunakan untuk membasuh kepala yang berkudis itu. Biarkan ia kring, kemudian bilas dengan air sejuk biasa. Lakukan selama beberapa hari.

Tapi jika tidak baik, ambil isi kelapa hijau, bakar hingga hangus menjadi arang, kemudian ditumbuk menjadi serbuk atau debu.

Campurkan debu isi kelapa bakar itu dengan minyak kelapa asli, dan sapukan pada kudis di atas kepala.

Insya Allah berjaya.

Cara Rawatan Kedua

Cara ini ialah khusus untuk merawat kudis yang tumbuh di kepala bayi atau kanak=kanak [Kenan].

Bahan yang diperlukan ialah duri pokok kekabu  atau kapok.

Pokok kekabu ialah sejenis pohon yang batang penuh dengan duri-duri, dan buahnya berguna untuk dijadikan kekabu untuk membuat bantal, tilam dan seumpamanya.

Asah tapak duri kekabu itu pada sesuatu bekas yang kesat atau berkerasat, seperti canai dengan sedikit air sehingga memperolehi adunan yang pekat.

Sapukan adunan pekat itu kepada kudis di atas kepala. Ulangilah berkali-kali. Insya Allah sembuh.

Sekian.


Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.

12 Januari 2020
/16 Jamadilawal 1441




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP