CERITA: MURID, USTAZ DAN SYEIKH

>> Saturday, January 18, 2020






CERITA:MURID, USTAZ DAN SYEIKH








Suasana: Di sebuah surau di sebuah kampung. Seorang ustaz sedang mengajar hukum fiqh kepada sebilangan muridnya. Antara lain di samping belajar hukum-hukum itu, ustaz juga menyarankan murid-muridnya supaya belajar ilmu tasauf atau tarikat untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan mereka,dan lebih mendekatkan lagi diri mereka mengenal Allah.


Kemudian seorang murid berkata:


Murid: Ustaz saya pernah mengikuti sebuah  tarikat yang terkenal. Tapi  saya segera meninggalkannya setelah beberapa kali  melihat guru tarikat iaitu Syeikh pergi ke madrasah untuk mengajar berpakaian seluar panjang bawah lutut sedikit dan berbaju T, dan saya juga melihat ada murid-muridnya tidak begitu berdisiplin, baik lelaki atau perempuan, seperti bercakap agak kasar, berpakaian tidak sepatutnya, dan yang perempuannya pula ada yang berpakian tidak menutup aurat atau menutup aurat tapi tidak begitu sempurna.


Ustaz: Oh begitu. Dengar baik-baik apa yang Ustaz hendak cakap ini. Pertama kalau kita hendak pergi belajar agama di masjid, disurau atau di mana sekaipun, jangan pergi dengan membawa ilmu yang ada dalam dada kita, nanti semua yang kita dengar dan lihat akan menjadi tidak betul pada perhitungan kita. Ilmu yang Ustaz beritahu malam inipun mungkin dirasa tidak betul sebab tidak serupa dengan ilmu yang  awak pernah dengan guru yang lain. Oleh itu kalau kita hendak pergi belajar agama pergilah dengan dada yang kosong, tinggalkan ilmu yang kita miliki itu di rumah atau setidak-tidaknya kita tinggalkan di tangga masjid atau surau dan sebagainya, kemudian baru masuk ke tempat belajar, dengan itu barulah kita dapat menjadi seorang murid yang baik dan wajar dan dapat menangkap banyak ilmu..


Ustaz juga hendak ceritakan satu perkara lagi. Ustaz ada seorang guru yang mursyid, beliau masih llagi mengajar sampai sekarang, dan Ustaz masih juga lagi mengunjunginya dari masa ke masa. Kalau nak ikut Ustaz  pergi bolehlah. Tapi di surau kecil tempat guru Ustaz mengajar itu biasanya dipenuhi dengan murid-murid yang bermacam-macam tingkah laku, ada yang memakai pakaian yang tidak senonoh, menghisap rokok, vap, dan sebagainya lagi. Tapi guru Ustaz itu tidak memarahi mereka.. Bila saya tanya apa sudah jadi dengan murid-muridnya itu? Katanya, orang yang datang ke sini semuanya hendak belajar agama, membetulkan dirinya, dan untuk bertaubat, dan mereka datang dari berbagai-bagai golongan dan lapisan masyarakat. Katanya dia dapati akhirnya ramai dari mereka telah berubah baik dan menjadi murid-muridnya yang bagus dan taat serta berdisiplin.


Murid: Dia lalu teringat bahawa Syeikhnya pernah memberitahu bila ada pengikut yang membuat komplain tentang murid-murid yang tidak berdisplin seperti itu, bahawa katanya pengikut-pengikut tarkat itu ramai, dari berbagai-bagai bangsa dan jurusan hidup dan berbagai-bagai pengalaman, seperti bercakap kasar, suka berbohong, menipu dan sebagainya, tapi mereka semua datang ke tarkat ini untuk membaiki dirinya, membetulkan dirinya, untuk mencari cahaya dan kebenaran, untuk bertaubat mencari jalan yang benar. Sesungguh semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka. Sabarlah kita yang melihat perkara-perkara yang tidak dipersetujui  itu dan bersyukurlah kepada Allah.


Oh begitu rupanya, kata sang murid dalam hatinya sambil mengulum senyum.



Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
18 Januari 2020
/22 Jamadilawal 1441

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP