MENDAPAT HIDAYAH
>> Wednesday, January 15, 2020
MENDAPAT HIDAYAH
“Sesungguhnya
engkau [YaMuhammad] tiada dapat
menunjukki orang yang engkau kasihi,
tetapi Allah menunjuki siapa yang dikehendaki Nya, dan Dia lebih mengetahui
orang-orang yang meneriima petunjuk”.al-Qasas
[28] :56
Hidayah itu
milik Allah, dikurniakan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Tidak ada
sesiapa boleh memberi petunjuk hidayah kepada seseorang kecuali Alah SWT.
Kita manusia
hanya berkewajipan menyampaikan dakwah, mengajak manusia ke jalan Allah, Agama
Islam yang benar dan suci yang satu-satunya agama yang diterima Allah di dunia
dan akhirat.
Dalam cerita
senafas ini kita paparkan sebuah kisah di mana sebuah keluarga yang asalnya
bukan Islam telah dikurniakan petunjuk oleh i Allah dengan cara yang unik, menerusi
mimpi yang membawa mereka memeluk Agama Islam.
Selamat
membaca.
MALAM itu sang doktor sampai ke rumahnya lewat sedikit dari
biasa. Isteri dan anak-anaknya
sedang menunggu untuk makan malam bersama. Seperti biasa dia keluar pagi
selepas sarapan dan balik waktu lewat
petang. Tengah hari dia tidak balik ke rumah.
Dia seorang doktor dan membuka sebuah klinik swastanya
sendiri, jauh sedikti dari rumahnya. Isterinya tidak bekerja, dan suri rumah sepenuh
masa. Dulunya dia juga bekerj a sebagai pegawai kewawngan di sebuah bank, tapi
meletak jawatan untuk mengurus keluarga dan anak-anaknya yang sedang membesar.
Dia merasa perolehan suaminya sebgai seorang doktor sudah memadai untuk
menampung kehidupannya sekleluarga, dan dia merasa kehidupan dan masa depan anak-anaknya
amat penting dijaga sendiri daripada diserahkan kepada orang lain.
Selepas mandi-manda sang doktor pun menghadapi makan
malam bersama keluarganya. Sambil makan mereka saling bercerita serba sedikit
pengalaman mereka masing-masing sepanjang hari itu sebagai penyedap selera
makan.
Selepas makan anak-anaknya masuk ke kamar untuk belajar
sambiil menunggu masa untuk tidur. Dia juga masuk ke kamar tidur untuk mambaca
buku sementara menunggu isterinya yang sedang mengemas dapur selepas mereka
makan tadi. Biasanya isterinya juga turut membaca bersamanya sementara menunggu
masa mengantuk.
Sebelum merebahkan belakangnya ke pembaringan, dia dan
isterinya masing-masing membaca doa kepada tuhannya memohon keselamatan dan
sebaginya kepada tuhannya yang disembah mereka.
Dia tidur dengan nyenyaknya. Tiba-tiba dia terkejut dan
terbangun dari tidurnya. Dia lalu mengenyeh-genyeh matanya, dan lalu
teringatkan mimpinya yang aneh masa tidurnya tadi.
Dia masih dapat mengingatinya dengan jelas apa yang
muncul dalam mimpinya itu. Dia melihat tuhan yang disembahnya itu muncul di
hadapannya dan berkata dengan suara yang jelas kepadanya, “Wahai manusia,
aku ingin mengingatkan kamu, jangan
engkau sembah aku, kerana aku bukan tuhanmu, tuhanmu yang sebenar ialah
Allah. Sembahlah Ia”.
Justery sang doktor lalu menuduh kuasa-kuasa jahat, iaitu
syaitan telah memperdayakannya dan membuat dia bermimpi yang bukan-bukan.
Setelah berdoa kepada tuhannya dia terus berbaring semula dan terus tertidur
hingga ke pagi.
Sepanjang keesokan harinya mimpi-mimpin aneh yang
dialaminya malam itu terus muncul dalam kepalanya.
Pada malam keduanya mimpi yang sama muncul lagi dalam
tidurnya. Kata-kata yang sama juga diulang-ulangi oleh tuhanya. Kali ini sang
doktor sempat bertanya siapakah Allah
itu?
Tuhannya menjawab,
“Besok kau pergi ke kedai buku, cari dan beli buku tafsir al-Quran, dan kau bacalah
Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas”.
Selepas berpesan demikian, tuhanya pun menghilang dan dia
pun terjaga. Dia masih menuduh roh-roh jahat telah menganggu tidurnya dengan
mimpi-mimpi yang buruk itu.
Walau bagaimanapun dia pergi juga ke kedai buku dalam
perjalanan ke pejabat dan membeli sebuah tafsir al-Quran dan membawanya ke
pejabat, dan membaca kedua-dua surah itu ketika ada masa ruang.
Tafsir surah-surah itu membuat dia berfikir panjang. Malam
itu dia bermimpi lagi, mimpi yang sama datang berulang. Dan sebelum tuhanya itu
berlalu, dia berkata, “Sekarang dengan membaca tafsir al-Quran itu engkau telah
mengetahui tuhanmu yang sebenarnya . Aku bukan tuhanmu”.
Pada malam keesokanya dia telah mengundang beberapa orang
adik beradik dan bapa saudaranya menceritakan mimpi-mimpinya berulang-ulang
itu, dan meminta mereka berdoa supaya dia tidak lagi diganggu roh-roh yang
jahat dalam tidurnya.
Tapi malam itu mimpi yang serupa muncul lagi dalam
tidurnya. Malah keesokkan harinya dia mendapat panggilan telefon daripada
saudara-saudara dan bapak saudaranya yang dijemput semalam untuk berdoa
kepadanya. Mereka semuanya memberitahu mereka juga memperolehi mimpi yang sama.
Mereka berjanji untuk berkumpul di rumahnya malam itu.
Malam itu setelah diadakan perbincangan yang lanjut,
mereka membuat keputusan bahawa mimpi mereka bukannya karut dari roh-roh jahat atau syaitan, tapi merupakan
yang benar.
Akhirnya mereka semuanya bersetuju untuk meninggalkan
agama asal mereka dan memeluk agama Allah yang sebenar iaitu agama Islam yang
dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.
Asyhadu allaa Ilaaha
illaallah
Wa asyhadu anna
Muhammadarrasulullaah.
“Aku mengaku tiada Tuhan
yang sebenar melainkan Allah
Dan aku mengaku Muhammad
itu Utusan Allah”.
Kg. Kubang Siput, Pasir
Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan
Darulnaim.
15 Januari, 2010
/19 Jaadilawal 1441.
0 comments:
Post a Comment