JANGAN BIARKAN MASA ANDA HABIS DENGAN SIA-SIA

>> Thursday, January 9, 2020







JANGAN BIARKAN MASA ANDA HABIS DENGAN SIA-SIA

“Demi masa!
Sesungghnyamanusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang melakukan amalan yang saleh serta saling berpesan  supaya menjunjung ajaran kitab Allah yang benar serta saling berpesan supaya bersikap sabar” Al-‘Ashr [103]-1-3.


KITA hidup dalam masa. Dan masa kita hidup di dunia adalah amat singkat.

Kita tidak memiliki masa besar untuk mengecap samppai beres segala kenikmatan hidup yang terdapat didunia ini.

Kita tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk mencapai seluruh hasrat yang terpacul di hati kita.

Kita tidak mempunyai peluang masa yang mencukupi untuk mencapai segala impian dan cita-cita kita.

Kerana masa kita hidup di dunia terlalu singka dan terbatas untuk mengecap segala hasrat,segala impian dan segala cita-cita kita itu.

Demkian juga kita tidak mungkin berkesempatan untuk merasa segala kebaikan dan kebajikan yang berlangsung seluruh dunia ini.

Atau demikian juga kita tidak mungkin melihat kebenaran, kejujuran dan keikhlasan mengatasi keganasan,kedustaan dan kebatilan yang juga bertebaran di seluruh maya pada ini.

Ini semua kerana masa hidup kita di dunia ini yang terbatas skopnya dalam ketentuan, hari,minggu, bulan dan tahun.

Namun begitu, di sebalik semua,di seblaik kesempitan masa itu terdapat wujudnya Allah yang kekal dan abadi yang bukan sahaja  melihat semua perkara yang berlaku di dunia ini, tapi juga akan memberi penilaian dan pemabalasan yang adil dan saksama di atas segala kelakuan makhluk-makhluk Nya itu.

Sesungguhnya kita hidup bersama masa atau dalam masa. Sejak kita dilahirkan ke dunia,kita melalui berbagai-bagai proeses atau peringkat masa,

Pertama dalam kandungan ibu, kemudian masa bay,kanak,remaja,dewasa, masa tua dan masa penghabisan masa.

Di penghabisan masa ini,ertinya masa kita telah berlalu dan kita sudahpun tidak ada lagi di dunia ini, dan hidup dalam masa baru yang jauh berbeza, iaitu alam akhirat yang bermula dengan alam berzakh.

Namun begitu walaupun masa kita telah kehabisan,tapi masa dunia tetap terus berlanjutan sebagaimana ditakdirkan Allah, dan terus dipergunakan oleh orang lain, tanpa pengambilan masa kita yang kehabisan itu.

Masa yang berlalu itu bukan milik kita lagi.Kita tidak  berkuasa mengambilnya kembali,tidak mampu mengulangi hidup kembali dalam masa yang telah berlalu itu, ia telah menjadi keras dan beku, pintunya telah terkunci mati, tanpa boleh dibuka lagi, dan bukan milik kita lagi.

Dalam Kitab Suci al-Quran terdapat sebuah surah khusus mengenai masa, iaitu Surah Al‘Ashr.Surah ini pendek, iaitu mengandungi tiga ayat sahaja, tapi mempunyai pengertian yang besar.Dalam surah ini Allah bersumpah dengan masa, iaitu “Demi Masa”. Ia sudah encukupi untuk menunjukkan masa itu amat penting kepada manusia yang hidup di dunia yang fana ini.

Allah berfirman:
“Demi masa!
Sesungghnyamanusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang melakukan amalan yang saleh serta saling berpesan  supaya menjunjung ajaran kitab Allah yang benar serta saling berpesan supaya bersikap sabar” Al-‘Ashr [103]-1-3.

Allah memperingatkan kepada kita tentang masa dengan bersumpah “Demi Masa”supaya kita tidak mengabai atau mensia-siakan masa yang kita miliki.Malah kita hendaklah menjaga masa itu dengan sewajarnya,kerana seluruh hidup manusia di dunia ini beredar di sekitar masa. Jangan biarkan masa itu tumpah atau meleleh  begitu sahaja walaupun sdetik supaya kita tidak menyesal nanti kerana mensia-siakan yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Dalam dunia hari ini banyak perkara yang  boleh meralik atau melekakan kita dalam penghabisan masa yang tidak memberi manfaat, malah merugikan semata-mata,sehingga masa itu terus berlari meninggalkan kita, menyebabkan kita tidak  mempunyai cukup waktu lagi untuk melakukan sesuatu yang memberi faedah yang kita bercita-cita untuk melaksanakannya.

Sedangkan setiap orang yang hidup di dunia ini memiliki masa yang sama banyaknya dalam sehari, baik dia seorang ketua negara atau rakyat jelata ataupun kaki lepak, iaitu sebanyak 24 jam sehari semalam atau 365 hari dalam setahun. Masa merupakan anugerah Allah yang paling besar kepada makhluk manusia.

Tidak ada seorang pun di dunia yang memiliki masa lebih banyak dari yang lain, malah semuanya sama belaka. Tapi kenapa dalam masa yang sama ada seseorang boleh melakukan sesuatu yang berfaedah atau amat berguna, tapi sebaliknya pula ada orang lain yang tidak mampu berbuat seperti itu, malah tidak mampu berbuat sesuatupun  dengan alasan tidak cukup atau tidak ada masa?

Dalam persoalan ini yang penting bukannya berapa lama masa yang kita ambil untuk melaksanakan perkara itu, tapi yang pentingnya bagaimana kita menggunakan masa untuk melaksanakan perkara tersebut.

Banyak orang samada disedari atau tidak disedari, gemar menghabiskan sebahagian besar dari masa mereka dengan sia-sia, dalam erti kata berbuat sesuatu yang tidak memberi faedah, malah kadang-kadang boleh mencetuskan gangguan awam, semata-mata kerana mereka menurut desakan perasaan dan hati mereka yang biasanya menyukai benda-benda yang rendah atau hina, seperti brebual-bual kosong, mencela atau mengumpati orang lain yang merupakan kerugian yang tidak berfaedah,malah boleh menambah dosa.

Awasilah segala gerak-geri kita dan tutur kata kita supaya kita tidak terlibat dalam komplot puak yang sengaja menghabiskan banyak masa dengan sia-sia tanpa memmberi sebarang faedah malah merugikan kita sendiri.

Ada berbagai-bagai akiviti yang perlu dijauhi untuk mengelakkan kita daripada kehabisan masa dengan sia-sia, tidak memberi manfaat  atau aktiviti yang tidak wajar dilakukan pada waktunya.

Beromong-omong kosong dalam masa kerja di pejabat. Perkara ini berlaku mungkin ada kawan-kawan sepejabat yang terdiri dari kaki bual mengajak kita beromong kosong, dan menghabiskan masa yang berharga dengan sia-sia. Lebih malang lagi kiranya perkara yang diomongkan itu berupakan kejian dan umpaatan terhadap seseroang, atau rakan sekerja atau ketua jabatan sendiri.

Kita sepatutnya  mengelak daripada berbuat demikian, kerana offis adalah tempat bekerja atau tempat kita makan gaji, lagi pun mengumpat dan mencela itu bererti mencari dosa semata.

Mengambil masa yang berlebihan untuk makan dan sambil berbual. di kantin offis, Sambil makan,sambil mencela dan mengumpat orang lain. Walaupun makan dan minum telah beres, tapi mulut kita masih terbuka tutup mengata-ngata orang. Perbuatan merugikan masa dan meraih dosa. Sebaik-baiknya selesai makan, balik semula ke pejabat untuk menyambung semula kerja.

Berbual-bual terlalu lama menerusi telefon, bercakap perkara titik-bengit yang tidak memberi faedah. Kadang-kadang  berpuluh-puluh minit lamanya. Perbualan yang tidak memberi manfaat ini bukan sahaja merugikn masa kita, tapi juga turut membazirkan wang kita yang sepatutnya digunakaan untuk perkara yang lebh berfaedah daripada membaar kos panggilan telefon yang tidak berguna.

Kepada sesetengah orang mereka menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan kaca tv, berjam-jam atau sepanjang malam. TV merupakan perompak yang paling nekad merompak sebahagian besar daripada masa mereka, masa anak-anak mereka, malah masa seluruh keluarga mereka.Sewajarnya kita hanya kita menonton rancangan-rancangan yang kita minati atau memberi faedah, kemudian berundur dari peti tv dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang lebih memberi faedah.

Bermain permainan-permainan yang tidak membuahkan hasil yang berguna, seperti terup,aji, catur dan sebagainya adalah mensia-siakan masa yang amat berharga itu.

Hargailah setiap minit masa yang kita miliki,jangan dibiarkan ia terbuang dengan sia-sia atau melakukan kerja-kerja maksiat untuk menempah dosa.

Masa bukan lagi emas, kreana emas kiranya hilang boleh dicari ganti,tapi masa yang hilang itu tidak dapat dicari ganti, tidak dapat dibeli dengan nilai sebuah dunia sekalipun.

Ingatlah salah satu rahsia kejayaan seseorang dalam hidup ialah keerana kepandiannya mengurus masa.Justeru berhati-hatilah dengan masa anda, jangan dibiarkan ia terbuang dengan sia-sia, yang bukan sahaja akan menimpakan kerugian keatas anda dan masa hadapan, tapi mungkin juga menjadi ancaman kepada keselamatan anda sekarang dan akan datang.

Semoga dengan mengingat dan memuliakan masa itu akan memberi manfaat kepada kita dunia dan akhirat.Isnya Allah.



Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
9 Januari 2020
/13 Jamadilawal 1441

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP