>> Tuesday, October 8, 2019
TINGKAP PUISI
1V
BULAN SEMANGAT
Rabiul Awal berabad mengisi ruang
Tapi Muhammad tidak kan bangun
di tengah-tengah gelombang manusia kini
bulan semangat
bulan kelahiran Muhammad
sebagai dusta kebesaran atas pengakhiran
dan kehidupan manusia seluruh
duhai kaum sebangsaku sejenismu
sesaat cuma dikau bernafas
sebelum Rabiul Awal menghimpun satu kelahiran
[di mana penguggat usia semuda ini
Pada sapa warisan Muhammad –
Padamukah samudera terentang luas
Atau padaku setimba ar di arus kedahagaan?]
Hening bening sejarahmu
Pahit masam terguris sudah
Seluruh perjuanganmu hanya termaktub
Tiada tinta jejaka kan menguggat
Hingga hilang di arus harapan
[Wahai segala sisa yang telah diratah zaman
Jerit, pekik dan dicegatkan tugu keIslaman
Pada kedamaian, ketenangan dan kehidupan di bumi TUHAN
Kerana hidup punya sejarahnya!].
Jusuff A.M.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Khabar Gembira
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah],
Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan
Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair
Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang
Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari
Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut
Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air.
Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali
Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh
[Razin M.S].
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kg. Parit, Kubang Siputt, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim
Selasa, 8 Oktover 2019
/10 Safar 1441
0 comments:
Post a Comment