AWAS HARTA DAN KEKAYAAN YANG MEMBAWA BENCANA

>> Saturday, October 19, 2019






HARTA KEMEWAHAN
MEMBAWA BENCANA






UMAT Islam dituntut mencari harta kekayaan tegasnya mencari rezeki.


Kerana dengan memiliki harta barulah mereka boleh hidup sewajarnya, terutama di zaman moden ini.

Dengan harta itu barulah mereka boleh memperolehi berbagai-bgai keperluan yang mereka butuhkan ,seperti makan minum, pakaian, rumah kediaman dan sebagainya.

Dan dengan harta yang berlebihan pula mereka mampu untuk memiliki aneka keistimewaan dalam nilai keprluan-keperluan tersebut, seperti makanan-makanan yang lebih beraneka ragam dan berselera, rumah-rumah kediaman yang besar, cantik dan selesa untuk diihuni, dapat mengupah jungus-jungus pembantu rumah, dan sebagainya.

Dengan harta itu juga mereka dapat memiliki alat-alat pengangkutan yang menjadi pilihan mereka, bukan sebuah, tapi dua atau tiga buah untuk keluarga maka dengan itu mereka tidak perlu  bergantung kepada  teksi, bas, keretapi dan sebagainya untuk memenuhi keperluan mereka.







Justeru itulah orang-orang yang berakal akan berusaha sedaya upaya untuk memburu harta kekayaan.

Tapi ada di kalangan manusia itu yang terlajak rakus dalam memburu harta kekayaan, hingga sanggup melakukan apa saja tanpa mengira halal halal atau haram atau melanggar undang-undang. .Mereka sangup menipu, mengecek, memperdaya, korapsi, mencuri merompak malah membunuh untuk menrebut harta kakayaan. Sedangkan sebahagian dari mereka beragama Islam.

Kerana harta, orang berkeluarga sanggup bertengkar, berbalah, bermasam muka, caci mencaci, fitnah memfitnah dan apa sahaja yang mampu mereka lakarkan kerana harta punya fasal.

Sementara  orang-orang yang telah berada di peringkat kaya, senang dan mewah, berpangkat dan berdarjat  pula memiliki penyakit-penyakit orang kaya yang khusus pula, iaitu penyakit yang menjadi kanser masyarakat.

Penyebar penyakit kanser masyarakat ini biasanya terdiri  dari golongan mewah yang termasuk dalam golongan para pembesar negeri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan,  para peniaga yang jutawan, kaum feudal yang kaya—raya yang memiliki segala-galanya, termasuk kuasa yang memampukan mereka dan berani bertindak sesuka hati mereka.

Orang-orang seperti ini mudah terpesong dari jalan lurus ke jalan yang menyeleweng, iaitu lebih mencintai harta benda dan kenikmatan dunia dari mencintai Allah dan Rasul Nya yang mulia.

Kerana itu mereka lupa bahawa mereka adalah hamba Allah yang tertakluk kepada perintah dan larangannya, dosa dan pahala tidak menjadi kiraannya kerana telah tenggelam dalam arus kegelitaan dunia yang pana ini.

Mereka dengan sewenang-wenangnya mempergunakan harta bendanya, kekayaannya yang berada di sekeliling pinggang untuk brmegah-megah dan menyombongkan diri.

Lebih jauh lagi mereka dengan harta kemewahan yang mereka miliki itu dengan sewenang-wenangnya menyebar dan menggalakkan kebudayaan keji,  pesta-pesta hiburan kelucahan dan cabul, hiburan-hiburan yang tidak berfaedah yang merobek-robekkan jiwa dan raga rakyat serta menjerumuskan mereka dalam aneka kancah perilaku yang hina-dina menerusi berbagai-bagai saluran media yang kian meningkat  canggih dari waktu ke waktu.

Mereka akan berusaha menentang habis-habisan segala usaha yang cuba  menghalang segla aktiviti keji dan mkar yang mereka lakukan itu yang amat merugikan bangsa dan negara dengan menggunakan pengaruh harta dan kekayaan mereka yang telah menjadi senjata dajal itu.

Manusia seperti inilah tergolong dalam makhluk dibenci Allah di Akhirat nanti, Rasulullah bersabda,

“Cinta dunia adalah dosa yang paling dibenci Allah sesudah syirik”.

Allah berfirman dalam Kitab Suci al_Quran terhadap golongan  yang mencintai dunia dan harta kekayaan lebih daripada mencintai Allah dan Rasul Nya:

“Katkanlah “Jika bapa’mu, anak-anakmu, sudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cinta daripada Allah dan Rasul Nya serta berjihad di jalan Nya, maka tungulah sampai Allah memberikan keputusan Nya”.Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”. at-Taubah [9]: 24.

Tapi golongan ini bukan sahaja melupakan Allah dalam mencintai harta benda dan pemilikannya, malah lebih jauh lagi merosak dirinya dan orang lain, masyarakat dan bangsanya dengan pengaruh harta kekayaan dan kemewahan yang mereka miliki itu dengan kemakaran yang dilakukannya.



                                             Dato' Yusoff Zaky

Seperti lumrah bencana akibat perilaku yang bejat itu bukan sahaja menimpa para pelakunya, tapi kepada semua mereka termasuk semua kaum, masyarakat dan bangsa dan negara itu, tanpa kecuali buruk atau baik, alim atau jahil.
Allah berriman,

“Dan apabila Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka  Kami perintahkan  orang-orang yang hidup mewah di negeri itu [agar mentaati Allah],tapi bila mereka melakukan kedurhakaan maka sepatutnya berlakulah terhadapnya [hukuman Kami],kemudian Kami binasakan sama sekali negeri itu”.Al-Isra’ [17]: 16.

Menjelas maksud ayat “Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah” Dato’ Haji Yusoff Zaky Hj Yacob berkata “bukanlah bererti Allah menyuruh mereka berbuat demikian, kerana Allah tidak menyuruh manusia melakukan kejahatan, malah maksudnya ialah  tindakan Allah itu adalah sebagai satu akibat yang wajar apabila orang ramai tidak sanggup bertindak menyekatkan kefasikan –kefasikan golongan mewah itu, maka Allah akan biarkan mereka terus bermaharajalela menjahanamkan negara”.  

Justeru itu pergunakanlah segala harta kekayaan dan kemewahan yang kita miliki itu dengan sewajarnya, dan pastikan juga harta yang kita miliki itu diperolehi secara yang halal, bukan secara haram, seperti menipu, mencuri, meompak, korupsi dan sebagainya. Juga jangan sama sekali lupa mambayar zakat dan menginfakkan hartanya dengan sewajarnya. Kedua-dua amalan ini menujukkan kita bersyukur kepada Allah yang telah melimpah-ruahkan nikmat Nya kepada kita dengan mengurniakan rezeki yang tidak ternilai..




Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
19 Oktober 2019
/20 Safar 1441.





1 comments:

Abdul Rahman Mohd March 18, 2021 at 4:43 PM  

Tuan,

Saya Abdul Rahman Mohd dari penerbit IM Books Dot Everything. Kami bercadang untuk terbitkan buku En Shaharom TM Sulaiman yang bertajuk Perpustakaan Penggerak Peradaban (edisi baru) dan ingin menggunakan photo Drs. Abdul Rahman Al Ahmadi yang ada di blog ini untuk artikel En Shahrom yang baru mengenai koleksi nadir termasuk koleksi Abdul Rahman Al Ahmadi di PNM.

Jadi ini adalah untuk minta kebenaran menggunakan photo Drs Abdul Rahman.

Sekian, terima kasih.

Abdul Rahman Mohd
email: books_everything@yahoo.com

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP