ROTI BENGGALI DI PARIT BUNTAR

>> Monday, May 15, 2017






ROTI BENGGALI DI PERAK, ROTI “GA-LI” DI KELANTAN



SELAMA beberapa hari di Parit Buntar, Perak beberapa hari yang lalu, kami telah menemui sejenis roti yang istimewa, iaitu Roti Benggali yang terdapat dalam pasaran di sana.



               Roti Benggali

Saya suka makan roti setiap hari, makan dengan bubur oats, madu atau gula. Biasanya roti yang saya makan itu roti yang telah dipotong sekeping-sekeping atau roti keping yang begitu lumrah di pasaran sejak kebelakangan ini , dan dikeluarkan oleh saudagar-saudagar roti yang ternama.


Saya terkenang, pada masa-masa yang lalu, terutama dalam masa saya berusia belasan tahun di Kelantan pun terdapat Roti Benggali yang dipanggil “Roti Ga-li”, singkatan daripada Benggali.





Roti Benggali di Parit Buntar hari ini mempunyai tiga tongkol yang berjerijngkit, tapi “Roti Ga-li” di Kelantan dulu mempunyai lima butut yang berjeringkit. Justeru ‘Roti Ga-li” keadaannya lebih selim dan cantik dipandang, tapi Roti Benggali hanya tiga butut kerana itu bentuknya,  gemuk gedempol, tidak secantik “Roti “Ga-li.”


Di sesetengah tempat pula, kerana ia berbutut lima, Rot Ga-li ini juga dikenali dengan panggilan “roti paund”. Saya difahamkan “paund” itu bererti lima, merujukkan kepada lima butut yang terdapat pada bentuk roti itu.


Seingat-ingat saya, Roti Benggali dan Roti Ga-li ini mempunyai rasa yang sama,  kerana ia diperbuat daripada bahan gandum yang sama.

              Sebuah bandar  di Parit Buntar

label yang tercatat pada pembungkus roti itu menunjukkan Roti Benggali diusahakan oleh kaum wanita, yang bermotokan, “Fresh Setiap Hari-Keluaran Muslimah.


Ertinya Roti Benggali ini diusahakan oleh anak Bumiputera sendiri, tidak seperti Roti Ga-li di Kelantan dulu ia disahakan oleh orang asing, atau orang Banggali atau India.


Walau bagaimanapun, bila peniaga-peniaga Cina memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran roti di Negeri Kelantan, menyebabkan Roti Ga-li tidak mendapat tempat pada selera orang-orang Kelantan, dan akhirnya Roti Ga-li terus berangsur-angsur luput dari bumi Kelantan.


Sebagai Roti Benggali ia tidak mempunyai pembalut yang khas sebagaimana roti potong yang biasa di pasaran, tapi ia hanya dimasukkan ke dalam sarung [supit] plastik yang bertangkai di mana lambang dan pengenalan rotinya dicetak, justeru roti itu tidak bertutup sepenuhnya. Harganya RM 3.50 sebungkus.
 

               Sebelah kanan Faris

Anak saya Ahmad Faris Zaini yang tinggal di Parit Buntar gemar memakan Roti Benggali ini di samping roti potong yang biasa. Saya pun ikut menikmatinya juga dan membawanya balik sebungkus ke Kelantan untuk dinikmati. 


Katanya, sebelum dimakan, roti itu dibakar terlebih dulu, kemudian dimakan dengan kaya, ataupun untuk lebih sedap lagi ditamba dengan telur masak separuh.


Adalah diharapkan Roti Benggali ini dapat terus dimajukan dan berkembang dengan berbagai-bagai penyesuaian dan perubahan yang lebih menawan dan dapat menandingi aneka roti yang dipersembahkan dengan berbagai-bagai gaya dan rasa yang menarik di pasaran hari ini. 


Semalam saya menerimta maklum balas dari Perak tentang tulisan singkat saya mengenai Roti Benggali itu. Katanya saya telah terlepas pandang. Sebenarnya ada sejenis Roti Benggali lagi di Parit Buntar, iaitu roti yang diusahakan oleh orang Benggali Muslim.


Katanya, roti ini tidak diedarkan di pasar-pasar, tapi dijual sendiri oleh pengusahanya dengan menggunakan kenderaan mulai petang sehingga malam, di kawasan-kawasan yang tertentu.

 
Berbeza dengan roti yang dijual di pasar, pembeli-pembeli boleh meminta roti ini dipotong berkeping-keping, kemudian disapukan dengan kaya buatan sendiri untuk terus dimakan atau dibawa pulang. Ataupun kaya buatan sendiri itu boleh dibeli untuk dibawa pulang.


Semoga terus maju dan jaya.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP