ASYHADU ALLA ILAHA ILLAAL-LLAH -DISEBALIKNYA RAHSIA ALLAH [4]
>> Thursday, May 4, 2017
ASYHADU ALLA
ILAHA ILLAL-LLAH
DI
SEBALIKNYA, “RAHSIA ALLAH” [-4]
Susungguhnya
di dalam kalimah Asyhadu Alla Ilaha Illal Llah mengandungi sebuah kalimah nama
yang Maha Agung, iaitu Allah.
Yang
bermaksud, “Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah’.
Apa yang
dimaksudkan dengan Allah itu. Kita petik secebis pendapat Dr. Mustafa Mahmood,
sebagaimana diterjemahkan oleh Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid, seperti berikut:
“Di belakang
tirai yang mempunyai banyak warna yang kita namakan sebagai alam fizikal ini
ada zat Allah di alam ghaib.
Seorang
mukmin yang bertauhid tidak cukup dengan hanya menerima hakikat ini tetapi juga
merasakan bahawa dirinya juga adalah tirai yang mempunyai banyak wrna. Segala
pengelutan dalam dirinya yang disebabkan oleh hawa nafsu dan syahwat, gila
kuasa, cintakan kemewahan dan penagihan material adalah semuanya tirai-tirai
dan tabir-tabir tebal yang menjauhkan dirinya daripada Allah yang Maha
Tersembunyi di belakang alam lahir ini.
Seorang mukmin seterusnya akan menganggap
bahawa akalnya juga adalah banduan di penjara agihan dan teori. Baginya
fanatik terhadap sesuatu teori itu tidak lain dan tidak bukan kecuali suatu
penyembahan berhala dalam bentuknya yang baru dan lebih abstrak.
Justeru
kerana itu seseorang muslim berpendapat bahawa untuk sampai kepada Allah dia
harus melangkah batas alam benda, dirinya sendiri dan seterusnya batas akalanya
sendiri. Dia akan berada dalam suasana hijrah yang terus-menerus dan secara
sedar. Dia bimbang kalau-kalau dia terlupa sekejap lalu matanya disaluti tirai
[hijab] yang merenggangkan dia dengan Tuhannya yang tercinta.....penjadinya,
dan yang menjadi kiblat kepada perjalanan hidupnya. Mukmin ini akan sentiasa
lari dari daya tarikan [fitnah] harta, perempuan, kekuasaan dan malah dari
fitnah dan akalnya sendiri. Doanya pada setiap masa ialah:
“Ya Allah
ambillah daku kepaMu dari diriku sendiri. Jadikanlah aku pena dari diriku
sendiri. Jangan jadikan aku terpedaya dengan diriku sendiri dan terlindung
sebalik pancaindera aku sendiri”.
Apa yang diharapkan
olehnya ialah untuk mengatasi dirinya sendiri dan kemuncak cita-citanya ialah
untuk mengorbankan dirinya sebagai seorang syahid dalam peperangan atau yang
fana dalam suatu tugas perjuangan sebagai suatu cara memperdekatkan diri dan
menicintai zat Allah yang hanya yang kekal itu.
Apabila dia
sesat maka pemandangannya ialah kalimat “La illlaha illal-Lah” yang dengan itu
dia menafikan setiap kalangan kecuali Allah sebagai pembuat.
Selanjutnya
dia akan menafikan pengelibatan dirinya sendiri dalam apa-apa perbuatan.
Apabila dia mencapai kejayaan maka dia tidak akan berkata bahawa dialah yang
mecipta kejayaan itu tetapi akan berkata bahawa Allah telah menjadikan dia
berjaya.
Slogannya
pada setiap hari ialah
“Ya Allah,
denganMu aku berpagi dan denganMu juga berpetang”.
“Ya Allah, denganMu aku bergerak ke mana-mana.”
“Ya Allah,
denganMu aku bergerak dan beralih ke mana-mana. Tidak ada kebanggaan bagiku”.
Kalimah-kalimat
ini ialah yang selalu diucapkan oleh sebaik-baik penerima bagi kalimat “La-ilaha-illal-Llah”,
iaitulah Muhammad saw.
Melintasi
sempadan akal bagi seorang sufi yang muslim bukan ertinya mempertidakkan akal
tapi sebaliknya mempergunakan akal itu sehabis daya dan mendengar suaranya
sampai ke hujung. Di kala itu seorang sufi akan mencari ilham melalui matahati
dan imaginasinya bagi meneruskan perjalanan. Tidak ada pertentangan antara akal
dan matahati sebagaimana juga tidak ada pertentangan antara syariat dan
hakikat. Akal samalah seperti lampu yang memancarkan cahayanya sampai kepada
had tertentu. Dari situ bermula cahaya hati yang akan menjadi penyuluh dalam
kegelapan yang ada.
Begitu
jugalah melangkah dunia bagi seorang muslim bukan bererti mencari kemiskinan,
tidur di kaki lima atau memakai pakaian yang compang-camping. Tetapi ertinya
anda tidak menjadi diri anda sebagai hamba harta anda tetapi sebaliknya
menjadikan diri anda sebagai alat perkhidmatan anda kepada diri sendiri atau
kepada orang lain. Anda akan memiliki tanah dan mempergunakannya untuk faedah
umum dan bukan tujuan untuk mencari yang lebih banyak lagi. Andalah yang akan
menguasi nafsu anda dan bukan anda menjadi hamba dan orang suruhan baginya.
Dengan itu anda akan terlepas dari godaan dan anda dapat menjadikan nafsu itu
di belakang anda dan di bawah perintah serta kuasa anda. Anda akan jadi tuan
kepada dunia dan bukan hamba dunia.
Adapun sufi
yang meninggalkan penggunaan akal dan mengagung-agungkan kemiskinan, perbuatan
minta sedekah serta juga memakai pakaian yang buruk sebagai cara menuju ke
jalan Allah maka ianya suatu penyelewengan tentang agama dan pada jalan agama.
Agama
menyanjung kebersihan dan mengajak manusia bekerja. Rasulullah pernah bersabda:
“Kalaulah
kemiskian itu orang, tentu sekali aku akan membunuhnya”.
Dalam
al-Quran, harta mengertikan kebaikan dan nikmat kalau sekiranya dipergunakan
oleh pemiliknya, ia dipergunakakan untuk faedah umum. Tetapi sebaliknya akan
menjadi bala kalau ianya disimpan begitu saja atau atas dasar kedekut dan
bakhil.
Seorang
muslim tidak menolak dunia tetapi menjadikannya sebagai jalan ke Akhirat dan tempat di mana dia melakukan
amalan-amalan yang baik bagi faedah sesudah matinya.
Konsep zaid
bagi seorang muslim ialah penolakan terhadap sikap memperhambakan diri terhadap
harta dan bukannya menolak harta itu
sendiri sekiranya merupakan suatu ganjaran yang baik lagi adil bagi segala
kerja dan usaha yang dilakukan olehnya.
Zahid ialah
bencikan perbuatan membazirkan hidup dalam mencari kemewahan yang kosong.
Seorang zahid sentiasa rela menjadi miskin demi menumpukan setiap waktunya bagi
tujuan mencapai kenalan yang paling mulia iaitulah mengenali Allah.
Seluruh
usaha dan cita-citanya ialah untuk mengenal Allah.
Seorang
zahid yang bertauhid tidak akan berkata “aku”, “awak”, “mereka”, atau juga “kita”.
Dia akan selalu menyebut “Nya”. Tidak melihat kecuali ke arah “Nya”. Tidak ada
Tuhan kecuali “Nya’.
Dia tidak
takut kecuali kepadaNya dan tidak bertakwa kecuali kepadaNya. Tidak ada apa-apa
perbuatan melainkan untuk dipersembahkan kepadaNya. Dia tidak melihat zahir dan
batin kecualiNya.
Dia makan
dari tanganNya. Segala rezeki adalah kurniaanNya dan segala kegagalan untuk
mendapat rezeki adalah kerana takdirNya.
Apabia dia
sembuh dari penyakit maka itu adalah qadaNya, “Katakanlah segala-galanya dari Allah”.
Apabila dia
sabar, maka kesabarannya dengan kerana Allah terhadap Allah.
Apabila dia
lari maka dia lari dari Allah kepada Allah.
Apabila dia
minta pertolongan maka dia minta pertolongan dengan Allah dari qada’ Allah.
Apabila dia
minta perliundugan maka dia minta perlindungan dengan Allah dari Allah. Dia
minta perlindungan dari bala Allah. Syaitan itu sendiri dalam pengertiannya
yang halus tidak lain kecuali bala Allah terhadap hambaNya. Alam ini tidak lain
dari gejala nama-nama Allah dan penjelmaan sifat-sifat dan
perbuatan-perbuatanNya.
Dia tidak
nampak pada apapun juga kecuali Allah dan perbuatan Allah. Inilah tauhid dan
perbuatan Allah. Inilah tauhid dalam pengertiannya yang murni.
Inilah yang
dapat digambarkan oleh nama-nama Allah untuk hati muslim.
Ianya
bertujuan untuk membimbing manusia kepada kemurniaan tauhid”.
Dari:
ALLAH
Dr.
Mustafa Mahmood
[Terjemahan:Mahmood
Hj. Ab.Majid]
Keluaran:Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Kelantan -1987.
Lorong
Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang
Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment