PISANG BENGGALA DAN KHASIATNYA

>> Wednesday, September 16, 2015





PISANG BENGGALA DAN KHASIATNYA


Bagi penduduk-penduduk Negeri Kelantan ada beberapa jenis pokok dinamakan mengikut nama bangsa. Justeru bunga-bunga atau buah-ketuah yang dihasilkan oleh pokok-pokok tersebut dipanggil dengan nama bangsa pokok tersebut.

                     Pisang Benggalam Tumbuh Dalam Semak


Antara buah-buah tersebut ialah ubi keling, timun cina, pisang kelat keling [restali], pauh siam, durian belanda atau durian selat, dan ubi benggala [ubi kentang]. Kalau bukan buah pula, ialah bunga cempaka keling, bunga cina, dan bunga kemunting cina, dan asam jawa.


Pisang  Benggala ialah sejenis pokok pisang sama dengan pokok pisang biasa. Saya tidak tahu apa namanya pisang benggala di luar Negeri Kelantan. Pisang ini buahnya tidak dimakan, kerana rasanya tidak sedap dan mengandungi terlalu banyak butir di dalamnya. Justeru buahnya menjadi makanan binatang seperti burung dan tupai.


Namun begitu, pisang benggala mempunyai daun yang berguna untuk dijadikan pembungkus makanan, atau pembalut kuih dan seumpamanya. Daunnya lembut dan baunya wangi bila dibuat pembungkus nasi panas. Setakat yang diketahu, daun-daun pisang selain dari pisang benggala biasanya keras, kerana itu mudah carit  atau koyak. Kerana itu kalau terpaksa digunakan juga perlu dilayur di atas api terlebih dulu supaya menjadi lembut dan tidak mudah koyak.


Hari ini tidak banyak lagi mereka yang menanam pokok pisang benggala kerana buahnya tidak dapat dimakan seperti pisang-pisang yang lain. Akibatnya daun pisang benggala menjadi mahal di pasaran.


Walaupun buahnya yang tua atau masak tidak boleh dimakan, tapi buahnya yang masih muda sebeluam masak boleh digunakan untuk membuat makanan, iaitu acar. Acar pisang benggala. Pada waktu itu biji-bijinya yang banyak itu masih lagi lembut dan boleh dimakan.


Ada dua jenis acar yang boleh dibuat dengan buah pisang benggala yang masih muda.


Acar Mentah


Pertama buat acar mentah, sebagaiaman membuat acar timun. Kulit pisang yang masih hijau itu hendaklah dikupas, kemudian isinya hendaklah dipotong kecil-kecil tapi jangan sampai putus. Kemudian masukkan ke dalam sebuah bekas yang berisi air garam, uli atau ramas-ramaskan buat seketika sehungga pisang menjadi empuk. Kemudian letak dalam bekas atau mangkuk, lalu diisi dengan cuka, garam dan sedikit gula seperti membuat acar timun juga. Biarkan beberapa jam kemudian barulah boleh dimakan dengan nasi.


Acar Masak


Satu lagi ialah acar masak. Saya menemui resipi membuat acar masak ini dalam buku catatan saya, tapi saya tidak mencatat daripada siapa saya mengambilnya atau dari sumber mana saya menyalinnya. Maka saya memohon maaf.


Cara-cara membuatnya seperti berikut:


Bahan-bahan:


Pisang benggala muda 11 biji.


Bawang besar 100 gm, dipotong bulat memanjang.


Cili hidup 60 gm. Dipotong.


Bawang merah 60 gm, ditumbuk atau dikisar.


Bawang putih 60 gm ditumbuk atau dikisar.


Lada kering 40 gm  ditumbuk atau dikisar.


Air bersih secukupnya.

Halia 2 sm. Ditumbuk atau dikisar.


Kunyit 1 sm. Ditumbuk atau dikisar.


Kalau suka boleh masukkan sedikit belacan bakar.


Minyak untuk menumis.


Garam secukup rasa.


Gula secukup rasa.


Cuka secukup rasa.


Cara


Pisang dipotong halus-halus, tapi jangan sampai putus atau bercerai-cerai. Rendam dalam air garam selama kira-kira 2 jam. Uli-uli atau ramas-ramaskan, tapi jangan sampai putus atau hancur sehingga pisang menjadi lembut.


Panaskan minyak, tumiskan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dan bila sudah berbau, masukkan bawang besar, cili hidup dan pisang benggala yang telah direndam air garam tadi.


Kacau-kacau sehingga mendidih, kemudian masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Bila semuanya menjadi sebati tutup api dan angkat. Atau kalau hendak berkuah, masukkan air seperlunya dan masak sehingga mendidih.


Buat Obat

Selain itu buah pisang benggala yang masak dan kering di atas pohon boleh digunakan untuk dijadikan obat menyurutkan bengkak pada badan. Ambil buah-buah pisang itu bakar dengan api, kemudian arangnya adunkan dengan minyak kelapa dan sapukan pada tempat yang bengkak.


Pisang benggala juga boleh digunakan untuk meredakan penyakit darah tinggi. Ambil sulur atau pulur dalam batang pisang benggala, rebus dengan air, dan minum air rebusan itu sedikit demi sedikit sambil mengawasi kesannya, kerana ditakuti kalau terlalu banyak meminumnya, boleh menyebabkan darah turun dengan mendadak dan ini membahayakan.


Demikian saya bentangkan, sekadarnya untuk berkongsi pengalaman dengan anda yang dikasihi.

Lorong Masjid al-Qasimi,

Kg.Kubang Siput,

PT.KB.Kelantan Darulnaim.


3 comments:

Unknown December 13, 2020 at 9:37 PM  

Hi assalamualaikum, boleh saya tahu jangka hayat pisang ni?

Nur haura afeeya June 17, 2022 at 9:15 PM  

Pesakit radang paru-paru Copd

En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP