PERJUMPAAN KELURGA WAN SALEH SEMPENA IDUL AD-HA 1436

>> Monday, September 28, 2015




PERJUMPAAN KELUARGA WAN SALEH SEMPENA IDUL AD-HA 1436



                                                                  Pak Da Mahmud


                                          Sebelah Kanan Mak Su Jah,tengah Pak Dan Isteri

SEMPENA dengan kunjungan hari mulia, Idul Ad-Ha beberapa hari yang lalu, seluruh keluarga Wan Saleh Wan Ahmad Kampung Raja Besut telah mengadakan perjumpaan besar-besaran buat pertama kalinya. Sebahagian besar dari keluarga telah hadir di majlis terbut.


Majlis diadakan di rumah salah seorang keluarganya, Zaharah di Kampung Kayu Kelat, Jerteh Terengganu.


Upacara bermula pada malam raya, 24 Oktober 2015  bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1436 dengan Solat Maghrib, membaca Yasin dan Tahlil dan jamuan makan malam selepas Solat Isya’.


Kemudian selepas Solat Isya’ diikuti dengan acara majlis perkenalan keluarga yang hadir. Sementara keesokan harinya  diikuti dengan acara korban, menumbangkan seekor lembu.


Dalam ucapan singkatnya di majlis malam raya itu, ketua keluarga, Mahmud bin Wan Saleh. 79 tahun yang dikenali dengan panggilan Pak Da atau Tok Da memberitahu ayahnya bernama Wan Saleh bin Wan Ahmad, dan diberitahu berasal daripada Kampung Pasir Pekan, yang terletak di seberang Sungai Kelantan dari Kota Bharu.


Ayahnya itu telah berhijrah ke Kampung Raja, Besut dan beristeri di situ serta dikurniakan dengan sebelas orang anak lelaki dan perempuan menerusi dua orang isteri. Sebahagian daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih tinggal lagi ialah beliau dan adiknya yang dipanggil Mak Su Jah yang tinggal di Petaling Jaya.


Katanya beliau pernah pergi ke Pasir Pekan untuk mengesan keluarga ayahandanya itu, tapi tidak berjaya.



                           Sebelah Kanan Pak Da, di tengah[?] dan di kiri Mohd Zain Saleh


Bagaimana kalau generasi baru berusaha menjejakinya pula?


Beliau juga memberitahu ayahnya Wan Saleh telah membuang nama Wan dipangkal namanya ketika berada di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh, kerana sebab-sebab yang tidak diketahui. Dan beliau meninggal dunia di Pasir Pekan.




N.M.Syafiq Zaini Hadir Bersama Keluarga




Pak Da berharap upacara perjumpaan keluarga seperti itu akan dijadikan upcara tahunan, dan beliau juga berharap pertalian keluarga antara mereka hendaklah terus dipelihara sepanjang masa dengan bertanya khabar, berkirim salam dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain.


Majlis diakhiri pada keesokan hari dengan korban seekor lembu dan jamuan makan untuk semua keluarga.


Noor Baiti Zaini bt Mohd Zain bagi pihak keluarga Allahyarhmah bondanya Asiah Yaacob memohon ribuan maaf kerana tidak dapat mengikuti sepenuhnya majlis tersebut kerana kesuntukan masa hari Idul Ad-Ha.



Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP