Majlis Graduasi Pelajar-Pelajar Prasekolah Kuala Krai

>> Friday, October 25, 2013





MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR PRASEKOLAH KUALA KRAI


Tahun-tahun ke belakangan ini berbagai-bagai aktiviti baru telah didedahkan kepada para pelajar sekolah, bermula dari sekolah-sekolah prasekolah sehingga ke menara gading. Pendedahan-pendedahan ini diharap dapat merangsangkan para pelajar berusaha lebih gigih untuk mencapai kemjauan dalam pelajaran mereka.


Adik N. Nur Syaafiya Zaini bt Safayi


Demikianlah semalam, Khamis  24 Oktober 2013, pelajar-pelajar prasekolah Daerah Kuala Krai 2013 telah menghadiri majlis graduasi yang diadakan di Dewan SMK Bandar Kuala Krai. Upacara sambutan diadakan dengan begitu meriah dan warna-warni.

Pada majlis kali ini sebanyak 12 buah prasekolah di Daerah Kuala Krai telah terlibat mengambil bahagian, dengan bilangan pelajar seramai 275 orang. Sekolah-sekolah itu ialah SK Bandar Kuala Krai, SK Batu Mengkebang, SK Chenulang, SK Kampung Tengah, SK Sultan Yahya Petra 2, SK Sungai Pas, SK Sungai Embak, dan SK Temalir. Di antara sekolah-sekolah itu ada yang mempunyai dua kelas prasekolah dan ada juga sebuah kelas prasekolahan.

                                 Pelajar sedang menerima anugerah

Seramai lima orang pelajar dari setiap kelas prasekolah itu telah dipilih sebagai penermima anugerah emas, anugerah perak, anugerah gangsa, anugerah sahsiah terbaik dan anugerah kehadiran terbaik.
                                       Para graduasi dan para ibu

                                          Sambutan yang meriah

Objektif majlis ini diadakan ialah:

-Untuk memberi perangsang dan dorongan kepada pelajar untuk berusaha dan terus maju dalam pelajaran.

-Untuk menganugerahkan pelajar yang telah berjaya dan cemerlang dalam semua tunjang dan aspek yang lain.

-Untuk mendedahkan pelajar kepada persekitran majlis rasmi.

-Dan untuk memberi pengalaman kepada pelajar menyamnbut hari graduasi.

Pengerusi majlis hari itu ialah Puan Wan Maznun Bt Wan Yahya, Guru Besar SK Kampung Tengah.


Dengan jubah graduasi




Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan telah melancarkan berbagai-bagai rancangan untuk memajukan pendidikan negara, termasuklah menggunakan perbelanjaan yang besar. Antara perbelanjaan itu ada yang amat besar, hingga mengejutkan rakyat, dan menganggapnya  sebagai pembaziran wang rakyat. Antara perbelanjaan besar Kementerian Pendidikan yang dikecam hebat yang dianggap  sebagai membazir ialah  pembayaran kepada perunding luar, MCKinsey & Co RM 20 juta  untuk merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dan kedua bayaran sebanyak RM270 juta kepada perunding luar, iaitu British Council, Brighton Education Education Group dan SMR HR Group untuk meningkatkan kualiti bahasa Inggeris di negara ini.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP