Switzerland:Orang Islam Kian Bertambah

>> Wednesday, July 18, 2012

SWITZERLAND: ORANG ISLAM KIAN BERTAMBAH


Switzerland pernah terkenal sebagai sebuah negara yang terbuka, neutral, cekap serta mempunyai taraf hidup yang tinggi. Ianya sebuah negara di Eropah yang mempunyai penduduk yang paling ramai terdiri dari kaum imigran selepas Liechtenstein dan Luxemboug.



Kawan-kawan yang pernah menjejakkan kaki mereka ke negara tersebut beberapa tahun yang lalu, memberitahu semasa mereka berada di sana itu, musim sejuk, sukatan suhunya 10 darjah di bawah. Tapi sehari dua yang lalu foto-foto yang dihantar menerusi internet kepada saya menunjukkan Switzerland ketika ini berada dalam musim panas.



Dalam foto-foto itu menunjukkan orang-orang Malaysia kita berpakaian biasa lebih kurang macam berada di Malaysia sahaja ketika berada di tempat terbuka di luar, tanpa perlu memakai baju sejuk. Foto-foto yang diambil di atas tempat tinggi itu juga menunjukkan suasana kelilingnya tidak ada salji, dan kelihatan pokok-pokok tumbuh segar menghijau.



Switzerland negara kecil yang rakyatnya menggunakan berbagai-bagai bahasa dan mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Itali di peringkat nasional dan dan bahasa Romansh sebagai bahasa rasmi peringkat daerah. Switzerland terletak di Eropah Tengah yang mempunyai persempadanan dengan negara-negara Jerman, Perancis, Itali, Liechtenstein dan Austria, dan sebahagian besar daripada muka buminya dipenui oleh Pergunungan Alpen.



Baru-baru ini pernah terbetik dalam hati untuk ke Switzerland bersama kawan-kawan. Kembara dan ziarah. Tapi niat di hati saya tidak menjadi kenyataan.



Namun saya telah berhasil mengumpul sedikit maklumat tentang negara sejuk Switzerland itu, terutama berhubung dengan agama Islam dan umat Islam di negara itu. Setelah merenung-renungnya, saya dapati ada juga baiknya sekiranya sedikit maklumat yang telah saya kumpulkan itu saya adun semula untuk dikongsi bersama dengan anda, dengan harapan memberi manfaat jua.



Sejarah Kedatangan Islam



Mengikut sejarahnya sebelum abad 20 tidak ada orang Islam di Switerzland. Mereka hanya mulai muncul di Switzerland selepas Perang Dunia Kedua serentak dengan kehadiran kaum-kaum imigran di Eropah.



Orang Islam mulai imigran ke Switerzland pada tahun 1970an dan bertambah dengan ramainya pada tahun 1980an sehingga tahun 1990an. Pada awal tahun 1970an orang-orang Islam yang menetap di Switzerland tidak sampai 20,000 orang. Tapi pada tahun 1980 terdapat 56,600 orang Islam di negara itu, iaitu merupakan 0.9 peratus daripada seluruh penduduk. Pada tahun 1990, penduduk Islam di Switzerland telah meningkat kepada seramai 152, 200 orang atau 2.2 peratus daripada seluruh penduduk negara itu.



Pertambahan ini berlaku kerana penghijrahan penduduk bekas negara Yugoslavia ekoran daripada Peperangan Yugoslav pada tahun 1990an. Dan sehingga ke hari ini bilangan umat Islam di negara itu kian meningkat juga. Pertambahan yang begitu ketara dan telah mengundangkan kekejutan awam.



Tapi mengikut pertubuhan Islam di Switzerland penduduk Islam di sana berjumlah lebih ramai dari itu lagi, iaitu antara 200,000 hingga 250,000 orang, atau antara 2.8 hingga 3.5 peratus penduduk tetap Switzerland.



Menurut sumber yang lain pula, pada tahun 2009, terdapat seramai 400,000 orang Islam di negara itu yang merupakan kira-kira 5 peratus daripada seluruh penduduknya yang pada tahun 2005 berjumlah seramai 7.5 juta orang.



Dalam tahun 2000 seramai 39.2 peratus daripada umat Islam di Switzerland berada dalam lingkungan usia di bawah 20 tahun,



Hari ini, Islam merupakan agama yang kedua terbesar di negara Switzerland selepas agama Kristian.



Sebahagian besar orang-orang Switerzland memeluk agama Roman Katholik iaitu 43 peratus daripada jumlah seluruh penduduk, sementara penganut Protestan sebanyak 35 peratus, dan kaum immigran pula membawa masuk agama Islam dan Ortodoks Timur, masing-masing 4 peratus dan 2 peratus pada peringkat permulaannya,



Kaum imigran ini terdiri daripada berbagai-bagai bangsa yang datang daripada berbagai-bagai negara. Justeru itu mereka mempunyai berbagai-bagai bahasa dan budaya dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain.



Pada tahun 1990, sebahagian besar [4/5] daripada umat Islam di Switzerland adalah terdiri daripada bangsa Turki, seramai 65,000 orang atau 42.8 peratus, dan bangsa bekas Yugolavia 55,000 orang atau 30.4 peratus. Selain itu ada pula mereka yang berasal daripada Afrika Utara, iaitu Moroko, Algeria dan Tunisia berjumlah sebanyak 4 peratus daripada seluruh umat Islam, sementara bangsa Lubnan pula sebanyak 3.3. peratus.



Di samping itu dari masa ke masa, ramai pula penduduk Switerzland yang memeluk agama Islam. Tidak ada angka rasmi jumlah mereka yang memeluk Islam itu. Namun ada sumber mengatakan sehingga kini seramai 10,000 orang Switerzland telah memeluk agama Islam.



Kemasukan orang-orang Switerzland ke dalam agama Islam itu, tidak disenangni oleh banyak pihak, dan menimbulkan salah faham yang tidak wajar dan merbahaya, kerana pada anggapan mereka orang-orang masuk Islam itu boleh menjadi ancaman kepada negara dan rakyatnya. Ini sebenarnya merupakan rangkaian Islamfobia yang melanda seluruh dunia hingga sekarang.



Orang-orang Islam bertebar rata di seluruh negara Switzerland, dan kebanyakan mereka terdapat ramai di pusat-pusat perbandaran, iaitu sebanyak 73 peratus daripada penduduk Islam di Switzerland.



Sebahagian besar umat Islam itu tinggal di kanton Zurich, Aagau, St. Gallen dan Bern. Menariknya sebahagian besar, iaitu 76 peratus daripada orang Islam itu tinggal di kawasan penduduk Switzerland yang bercakap Jerman, 14 peratus tinggal di kawasan penduduk Switzerland yang bercakap Perancis.



Orang-orang Islam dari keturunan Turki pula tinggal di kawasan penduduk Switzerland yang bercakap Jerman, sementara sebahagian besar daripada masyarakat Islam yang berasal daripada Afrika Utara pula tinggal di kawasan penduduk Switrzeland yang bercakap Perancis.



Sementara rakyat yang berasal bekas Yugoslavia pula bertebaran di merata-rata tempat di seluruh Switzerland.



Kawasan di mana bilangan orang Islamnya lebih daripada 5 peratus daripada penduduk-penduduk setempat mengikut daerah yang disebut kanton dalam bahasa Switerzland itu ialah di Basel-Stadt seramai 6.72 peratus, Glarus seramai 6.50 peratus, St.Gallen seramai 6.13 peratus, Thurgau seramai 5.94 peratus, Schaffhausen seramai 5.80 peratus, Aargau seramai 5.49 peratus, Solothurn seramai 5.39 peratus dan Zurich seramai 5.33 peratus.



Masjid Dan Menara



Pertumbuhan masjid-masjid, tempat umat Islam menunaikan ibadat di Switzerland amatlah menggalakkan. Kira-kira dua puluh tahun yang lalu, Switzerland hanya mempunyai tiga buah masjid sahaja, dua buah terletak di kota Geneva dan sebuah terletak di Zurich. Masjid di Zurich dibina pada tahun 1963 oleh golongan Ahmadiah.

Tapi hari ini di negara itu terdapat hampir 90 buah masjid yang pada umumnya dikenali sebagai “Pusat Kebudayaan Islam “ yang dibina di seluruh negara itu. Ini tidak termasuk mussala-musaala tempat umat Islam mendirikan sembahayang.



Masjid yang dipanggil sebagai “Pusat Kebudayaan Islam” ini bukan sahaja digunakan untuk sembahayang fardhu Jumaat, tapi kadang-kadang juga dibuka setiap hari untuk umat Islam solat lima kali sehari.



Pada tahun 2007 umat Islam di di Switzerland merancang untuk membina sebuah Pusat Kebudayaan Islam di bandar Bern, iaitu pusat kebudayaan Islam yang terbesr di seluruh Eropah, tapi malangnya tidak dibenarkan oleh pehak berkuasa bandar tersebut.



Menara masjid yang pertama dibina di Switerzland ialah masjid di Zurich yang dibina pada tahun 1963 itu, dan masjid di Geneva yang dibina oleh Arab Saudi pada tahun 1978.



Semua sekali ada empat buah masjid yang mempunyai menara di Switzerland. Dua buah masjid lagi ialah masjid di Winterthur dan masjid di Wangen bei Olten. Menara masjid yang kedua itu dibina pada tahun 2009 setelah beberapa tahun terlibat dalam persengketaan dari segi politik dan perundangan.



Seterusnya pada bulan November 2009 telah dibuat undang-undang mengharamkan sebarang pembinaan menara masjid yang baru. Tapi menara empat buah masjid yang sedia ada itu tetap selamat, kerana tidak terlibat dalam peraturan baru itu yang mengharamkan pembinaan menara masjid itu.



Sebenarnya ada pehak yang terdiri dari kumpulan politik yang berhaluan kanan di negara itu melancarkan kempen menghalang pembinaan menara masjid dengan tuduhan menara masjid itu lambang kekuasaan dan juga boleh menjadi ancaman kepada keselamtan negara itu. Setelah berlakunya berbagai-bagai plomik di kalangan rakyat jelata, maka pembinaan menara masjid pun telah diharamkan di Switzerland.



Perpecahan



Kehadiran berbagai-bagai bangsa dan keturunan di kalangan umat Islam di Switerzland itu telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan mereka, yang melahirkan berbagai-bagai kumpulan dan dengan berbagai-bagai sikap yang berbeza-beza antara satu sama lain, seperti antara orang Turki dan Bonsnia, Albania, Arab dan sebagainya.



Sudah tentu perpecahan itu melemah dan merugikan umat Islam sendiri, bukan sahaja di Switzerland, tapi juga di seluruh dunia yang telah lama dilanda oleh sindrom perpecahan di kalangan umat Islam.



Namun begitu sejak beberapa tahun kebelakangan ini Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang berpusat di Zurich di bawah pimpinan seorang tokoh, Ismail Amin, bangsa Mesir berusaha menyatupadukan masyarakat Islam di Switzerland yang berberai-berai itu. Ismail Amin berketurunan Mesir, seorang yang amat diplomatik sikapnya dan bekas profesor universiti dalam bidang philology. Beliau juga telah berjaya berhubung dengan pegawai-pegawai gereja Kristian, Protestant dan Katholik. Dengan itu orang Islam di sana telah diberi ruang lingkup yang lebih baik untuk besuara dalam bidang politik.



Sebenarnya ada lagi beberapa pertubuhan yang berpengaruh di Switerzland, seperti Organisation Muslime and Musliminnen der Schweiz yang ditubuh pada tahun 1994, Basler Muslim Kommission di Basle, 1997, Vereinigung Islamischer Organisationen des Kantons Luzern [VIOKL] di Lucerne 2002 dan lain-lain.



Marilah kita semua berdoa semoga umat Islam yang berberai-berai di Switzerland itu dapat bercantum dalam satu perpaduan yang kental di bawah panji-panji Islam, dengan meminggirkan semangat kebangsaan dan kepentingan diri masing-masing. Selagi mereka mengutamakan diri mereka sebagai orang Turki, sebagai orang Bosnia, sebagai orang Arab, sebagai orang Afrika , dan macam-mamcam orang lagi, persatuan yang utuh di kalangan umat Islam tidak dapat dipadukan di kalangan umat Islam bukan sahaja di kalangan umat Islam di Switzerland, tapi di seluruh dunia itu. Sejarah dengan jelas membuktikan bahawa bangsa-bangsa Arab tidak pernah bersatu padu di bawah panji-panji semangat kebangsaan, tapi mereka bersatu dan terkenal kerana perpaduan dalam Islam, agama tauhid yang diredai Allah.

EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd

2 comments:

Anonymous,  May 24, 2013 at 5:18 AM  

You ought to be a part of a contest for one of the best websites on
the web. I will highly recommend this site!

My site :: click here

Anonymous,  June 3, 2013 at 4:57 AM  

Juno Beach rosacea treatment

my homepage; rosacea laser treatment Palm Beach Gardens

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP