BUAH HULU MENTEGA

>> Saturday, July 28, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BUAH HULU MENTEGA


Sukatannya



1 Cawan mentega



1 1/2 Dula Pasir



2 Cawan Tepung Beras



1 Cawan tepung gandum



2 Camca teh bikin powder



4 biji telur ayam



Sedikit kulit limau [essence of lemon]



Sedikit kismis



Peraturan Memasaknya:



Pukul gula dengan mentega sampai naik.Pukul telur sampai naik. Campur tepung beras, tepung gandum, bikin powder kacau.



Kemudian itu kulit limau nipis potong sebesar beras. Campurkan mentega yang telah dipukul dengan telur yang sudah dipukul, kacau hingga sebati.



Campurkan tepung yang sudah bercampur ke dalam adunan mentega dan kacau. Masukkan kulit limau dan kismis, lalu bakar.



xxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN


T.”Sumpah bukan jaminan untuk seorang lelaki, tapi lelaki itulah jaminan untuk berbagai-bagai sumpah”-Aeccylus,



I.”Sumpah yang gegabah itu, baik dkekal atau dilangar, biasanya membawa kepada dosa”-Johson



T.”Sebuah nama timangan adalah batu yang paling berat dapat dihumban syaitan ke atas seorang lelaki”-Anonymous.



I.”Seekor anjng yang hidup lebih baik daripada seekor singa yang mati”-Ecclesiastes.



K.”Lebih banyak saya melihat manusia, lebih banyak saya mengkagumi anjing”-Pepetah Perancis.



M.”Jangan ganggu anjing yang tidur”-Alexander Circuit Rufus.



E.”Anjing yang pengecut menyalak lebih bengkeng daripada gigitannya”-Quintus Circuit Rufus.



N.”Seperti anjing menyalak bukit”-Pepatah Melayu.



U.”Langkah seribu bermula dari langkah pertama; justeru berhati-hatilah memulakan langkah”-ILHAM.



N.”Berfikir baik adalah bijaksana, merancang dengan baik lebih bijaksana, dan melaksanakannya dengan baik lebih lagi bijaksana dan terbaik dari semuanya”- Peribasaha China.



G.”Lelaki yang sengaja menipu sahabatnya, dia akan menipu tuhannya”.Lavater.



A.”Tuhan menghantar daging, tapi syaitan menghantar masakan”-John Taylor’



N.”Rasuah ialah sepohon pokok, yang panjang ranting-rantingnya tidak terkira, ia menjalar ke merata tempat”-Edmund Burke



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP