>> Sunday, March 7, 2010

Sekalung Bunga Kenangan :
Dari Mohd Zain Saleh


TUMBANGNYA PERAJURIT

Janda muda merayap lesu menuju ke pusara abadi
Anak dikendung menangis terisak dengan nada yang pilu
Lalu tersempuh di pusara merah dua nisan tegun terpaku,
Sunyi keliling tangis anak mengoyak sepi.

Tersedu janda menangis meratapi suami yang berpulang
Air mata tercucur bak manik putus di karangan
Dalam sedu sedan mengombak dada kedengaran ratap menghiba,
“Kanda, adikanda datang membawa anakanda di pagi lebaran”.

Sedu sedan dua beranak silih berganti meratapi pusara
Tangis kian memuncak hiba menghiris tangkal hati
Dua tangan menadah kaku sembari menyusun restu,
“Ya Allah! Bahagiakanlah roh suamiku yang tercinta”
Dalam kesepian kuntum-kuntum kemboja guggur bertaburan.

Dua beranak dirundung malang mengheret kaki pulang
Meninggal pusara sepi persemadian tangkal harapan
Disambar pelor maut dalam peperangan mempertahankan watan,
Seorang janda seorang yatim sisa-sisa peperangan.

Dharmawani*

[Puisi di atas adalah hasil pena saya yang telah di siar dalam Majalah Dian Bilangan 6, 1965. Puisi ini saya temui ketika mengemas buku-buku kami selepas kematian isteri saya yang dikasihi, Asiah Yaacob pada hari Rabu, malam Khamis 8 Rejab 1430, bersamaan 1 Julai 2009. Ya Allah cucuri Rahmat Mu ke atasnya]

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP