CARA BERCERMIN MENGGAMBARKAN PERIBADI ANDA

>> Saturday, March 27, 2010

RAHSIA PERIBADI

CARA BERCERMIN MENGGAMBARKAN PERIBADI ANDA*
Susunan: Hj. Mohd Zain Saleh


Salah satu percubaan yang pernah dilakukan oleh manusia, ialah percubaan untuk mengenal diri sendiri dan orang lain. Sudah berabad-abad lamanya manusia cuba mengetahui tingkah aku dan perangai seseorang dengan jalan membaca nasib dan ramalan-ramalan yang biasanya dilakukan di segenap ceruk dunia, malah dalam zman kemajuan ini pun masih banyak lagi orang-orang yang menghabiskan wang ringgit untuk meramal nasib masa depan mereka yang masih dalam alam ghaib, seperti dengan menggunakan sistem mengukur tenggkorak, melihat air muka, tulisan, melihat tapak tangan dan seumpamanya dari perbuatan-perbuatan yang lumrah dilakukan orang. Bagaimana sekali pun ganjil, mustahil dan tidak logik perbuatan itu, tapi masih tetap ada orang-orang yang bersedia mau mempercayainya walaupun dengan mengeluarkan belanja yang bukan sedikit kepada tukang-tukang telek untuk membuat ramalan tentang nasib mereka.

Ternyatalah sejak zaman lampau lagi, mausia sudah mempunyai keinginan untuk mengenal diri sendiri dan orang lain dengan berbagai-bagai cara. Kata orang- orang tua, “Tak kenal maka tak cinta”. Dan kata ahli tasauf pula, “Siapa yang kenal dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya”. Kemudian setelah perkembangan ilmu pengetahuan bertambah maju memasuki berbagai-bagai lapangan dan bidang, maka cara-cara yang dilakukan manusia untuk mengenal diri sendiri dan oran lain itu pun kian bertambah maju, wajar dan kian boleh diperyai akan kebenarannya. Psikolgi juga ada mempunyai cara-cara tertentu untuk mengenal diri sendiri dan orang lain.

Setiap perkara yang berhubung dengan kita, seperti gerak-geri kita, tutur kata kita, cara-cara kita berpakaian semuanya dapat menggambarkan diri dan peribadi kita: dari cara kita berpakaian orang dapat menggambarkan kebudayaan dan adab sopan kita, dari cara kita mengeluarkan kata-kata, duduk bangun kita adalah semuanya itu merupakan cermin yang menggambarkan peribadi kita kepada orang lain. Dari cermin itulah orang meletak nilaian terhadap kita, baik atau buruk dan sebagainya.

Malah kadang kala cara kita berpakain juga dapat mempengaruhi nasib kita dalam pekerjaan. Berhubung dengan hal ini, seorang penulis perniagaan yang terkenal, Gerald Findler telah menceritakan bahawa ada seorang lelaki tidak dinaikkan pangkat dengan sewajarnya kerana dia pergi bekerja dengan pakaian
yang tidak kemas dan dengan jambang yang liar tidak bercukur. Setelah dia membetuli kesilapannya itu dengan pergi bekeja memakai pakaian yang kemas dan jambang yang dicukur rapi, maka pangkatnya pun dinaikkan ke taraf yang sewajarnya. Sejak itu kehidupannya suami isteri kian berbahagia.

Baru-baru ini pula telah didapati bahawa cara-cara anda menghadapi cermin untuk bercukur juga dapat membuka rahsia diri anda yang sebenarnya. Ada empat cara orang bercukur, yang ke empat-empatnya menggambarkan peribadi seseorang yang berbeza-beza, Empat cara itu adalah seperti berikut: Pertama cara orang pemalu, kedua cara orang tidak tetap fikiran, ketiga cara orang penyedih dan keempat cara orang mementingkan diri sendiri.

Periksalah diri anda, adakah anda termasuk dalam salah satu cara itu dan kemudian lakukan usaha-usaha untuk membaiki diri sendiri ke arah pembinaan.

Cara orang pemalu: Cara orang pemalu menghadapi cermin untuk bercukur ialah dia terpaksa memaksa dirinya melihat wajahnya dalam cermin, atau pun dia mengelak daripada melihat wajahnya dalam cermin, kerana dia tidak tahan melihat wajahnya sendiri. Dia cuba menaruh jambang atau misai selama dua hari, kemudian mencukurnya pula. Dia melumur terlampau banyak krim pencukur janggut, kemudian membuang setengah-setengah daripadnya, tapi selepas itu melumurkanya sekali lagi kerana mendapati krim itu sudah tidak memadai lagi bagi digunakan untuk bercukur.

Cara orang tidak tetap fikiran: Orang tidak tetap fikiran, teringat hendak bercukur stelah selesai berpakaian dengan kemas, lalu tergesa-gesa masuk bilik, tapi mendapati sabun pencukur janggut telah kehabisan. Kemudian dia menggunakan sabun biasa dan seterusnya bercukur tanpa teringat untuk memasukkan mata pisau pada alat pencukur.

Andainya dia terus menyanyi sepanjang masa itu, maka nyatalah dia tolol tapi lucu.

Cara orang mementingkan diri sendri: Orang begini lama berdiri di depan cermin, menyapu sabun ke mukanya dengan hati-hati, memeriksa ketajaman mata pisau berkali-kali, tapi masih juga mengambil mata pisau yang baru. Dia mencukur janggut dengan perlahan-lahan dan hati-hati hingga sampai kulit mukanya licin macam telur dikupas.

Malah dia mungkin berlama-lama di depan cermin kerana tersangat cintakan dirinya sendiri.

Cara orang penyedih: Orang yang begini berdiri di hadapan cermin dengan rupa yang ketakutan, memeriksa mata dan lidahnya, dan menggerakkan amndil atau tonsilnya dalam lihir, dia sukakan sakit dan dapat menyulitkan kehidupan orang-orang sekitarnya. Orang-orang yang begini sangat disayangi oleh kilang-kilang ubat dan juga kilang-kilang sabun cukur kerana dia menghabiskan sabun cukur terlalu banyak.


*Rencana ini pernah disiar dalam DIAN Bil.39 1971, mengguna nama samaran “Penyiasat Muda”. Seperti yang pernah saya nyatakan ketika berkhidmat di DIAN, selain dari nama Samaran Razin.M.S. saya terpaksa menggunakan berbagai-bagai nama samaran lagi. Malah banyak karya saya disiarkan tanpa nama penulis, termasuk sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1970. Saya percaya Allahyarham [Dato’] Yusuff Zaky Yaacob [semoha Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya] selaku Ketua Pengarang pun mungkin tidak menyedari semua nama samaran yang pernah saya pakai itu, atau mana-mana karya-karya yang tak tercatat nama penulis atau penterjemah itu adalah hasil buah tangan saya

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP