>> Tuesday, May 4, 2021

 

SALOR

 



DARAH SENI 



CHE LEH

 



[Bahahagian 12]

 

 



Empat orang daripada anak-anak Che Leh mempunyai kecenderungan dalam bidang seni penulisan dan pernah melibatkan diri dalam dunia tersebut. Mereka adalah:



Shafie bin Salleh



Beliau seorang pendidik dan pernah menulis dalam Akhbar Berita Harian dan majalah-majalah tempatan. Beliau menggunakan nama  M.S. Shaffie dan nama  samaran Teleskop Utara.



Allahyarham pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa pada suatu ketika  kerana mengeriik keajaan, dan akibatnya beliau diperintah tukar dari Kota Bharu ke sekolah di Ulu Mentakab Pahang buat beberapa tahun.



Muhamed Zain Salleh:

 


Muhamed Zain adalah seorang penulis sepenuh masa, iaitu yang kerjanya hanya menjadi penulis. Beliau melibatkan diri dalam berbagai bidang penulisan tapi kebanyakannya dalam penulisan rencana.



Dalam penulisan beliau  menggunakan nama sendiri dan di samping itu mengguna berbagai-bagai nama samaran, tapi yang trkenalnya ialah Razin M.S. yang begitu melonjak pada suatu ketika dulu.



Pada masa dulu beliau biasa  menerima berbabagi-bagaj teguran  daripada mereka yang tidak bersetuju dengan   tulisan-tuliannya itu.


 

Tulisan-tulisan beliau terdapat dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanahair.



Sebagai seorang penulis sepenuh masa beliau pernah memegang jawatan sebagai sidang Pengarang Majalah Dian, pernah memegang tugas sebagai pengarang dan ketua pengarang akhbar Sinar Kelantan dan Fajar Islam, terbitan rasmi Kerjaan Negeri Kelantan.



Beliau telah menghasilkan sejambak rencana dalam berbagai jenis dan mengahsilkan sekumpulan buku-buku, termasuk buku sejarah.



Sekarang masih bergiat dalam penulisan, termasuk menulis dalam blognya, Pondok Rahmat dalam berbagai-bagai bidang.



Che Maaruf Salleh,



Che Maaruf Salleh  pernah menjadi penulis buat beberapa ketika.



Katanya karya beliau yang julung kali diterbitkan dalam akhbar Utusan Pelajar terbitan Utusan Melayu pada tahun 1969 berjodol Pengganggur Semi Intelek. Tulisan ini dituju khusus untuk penganggur yang terdiri dari kalangan pelajar lepasan LCE dan MCE.



Ini mendorong beliau untuk terus aktif dalam dunia penulisan akhbar, justeru terus bergiat aktif sebagai wartawan bebas. Dengan itu  beliau terus  menulis  sehingga tahun 1971 iaitu setelah dapat menyambung pelajaran ke Universiti Malaya [UM] Kuala Lumpur.



Kebanyakan karya-karya beliau berbentuk berita dan rencana dan diterbitkan dalam akhbar-akhbar Berita Harian dan Berita Minggu dan juga akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.



Beliau pernah mengikuti kursus penulisan anjuran Persatuan Penulis-penulis Kelantan [PPK].



Di samping itu beliau berkesempatan bertemu dan berbincang  dengan seorang tokoh wartawan yang terkenal tentang persoalan kewartawanan dengan gemulah A. Samad Ismail, Pengarang New Strait Times.



Semasa berada di tahun akhir Universiti Malaya pada tahun 1974 beliau dilantik menjadi penulis khas berkenaan dengan perjuangan umat Islam di Selatan Filipina dan Selatan Thailand dalam Bulletin Islam terbitan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya [PMIUM].



Pada tahun yang sama   beliau dilantik menjadi anggota Sidang Redaksi  Jernal PMIUM keluaran tahun tersebut. Penghkusuan pengajian semasa di UM ialah dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangs.



Beliau pernah menulis siri sejarah sebagai Penulis khas ahbar Berita Harian dalam Sudut Bimbingan Pelajar keluaran setiap minggu pada hari Rabu mulai 26 Haribulan Jun hingga 21 Ogos 1974.



Rencana-rancan beliau diterbitkan dalam Majalah MASTIKA mengenai politik antarabangsa.



Tapi mulai 1975 beliau kurang bergiat dalam bidang penulisan dan berhenti terus menulis bila memegang jawatan tetap kerjaan pada tahun 1977.



Siti Mariam atau panggiannya Su atau Che Su kerana sempena dengan beliau anak bongsu. Pada zaman remajanya beliau juga menceburkan diri dalam bidang penulisan, khususnya puisi dan cerpen, karya beliau pernah mendapat dalam meddia massa, seperti Majalah Wanita. Tapi sayangnya beliau meninggalkanya bila beliau menjadi seorang pendidik yang berdidikasi. Su sekarang telah berpencen dan menetap bersama keluarga di Besut Trengganu.



Walau bagaimanapun darah seni itu tidak pernah padam-padam dalam keluarga Che Leh..



Kemudian minat dalam dunia seni penulisan itu diwarisi pula oleh dua orang cucu Che Leh, yang sedang mengukir nama dalam bidang penulisan.



Kedua-duanya ialah Mohd Nobli bin Usman anak Safiah dan Usman Umar yang sering menulis puisi untuk meddia temptan. Seorang lagi ialah Ahmad Syaibani Zaini bin Muhamed Zain, kedua-duanya cucu Che Leh.



Muhammad Nobli



Menurut Muhammad Nobli beliau menulis sejak di bangku sekolah rendah  lagi. Beliau belajar di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2 Kuala Terengganu. Nama pena beliau waktu itu ialah Jentayu.



Karya beliau yang julung-julung kali diterbitkan ialah dalam majalah Dewan Pelajar keluaran DPP pada tahun 1980 berjodol Hero Kampung Delima.



Ketika belajar di MRSM Kuala Terengganu beliau giat menulis cerpen dan sajak dalam majalah Dewan Siswa dan majalah sekolah  SERI.



Pada tahun 1987 beliau menjadi  editor redaki Majalah SERI.



Dari tahun 1988 dan 1989 ketika melanjutkan pelajaran di United Kingdom beliau giat memberi sumbangan untuk akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.



Di samping itu beliau juga memberi sumbangan untuk akhbar-akhbar tempatan di United Kingdom, antaranya akhbar Daily Mail dan Newcasle Eveing Chronicle. Kebanyakan  membicarakan persoalan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.



Pada tahun 1995 sempat menyiapkan buku Landskap Perancangan Bandar Kuala Terengganu, tapi malangnya buku ini kerana sebab-sebab tertentu tidak dapat diterbitkan tapi menurut beliau ada bahannya telah dipergunakan  oleh  orang lain.



Sejak pulang ke tanah air 1998 beliau terus menulis cerpen dan sajak untuk majalah Jelita, Wanita dan Majalah Keluarga dan ruangan sastera Utusan Malaysia dan Berita Harian.



Ahmad Syaibani Zaini



Seorang lagi ialah Ahmad Syaibani Zaini Muhamed Zain, seorang guru yang sedang giat dalam penulisan puisi dalam meddia massa.



Secara singkatnya beliau dilahirkan pada  26 April 1984 di Kota Bharu Kelantan.



Beliau seorang pendidik memegang Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dan Kepimpinan FPI UKM.



Kini beliau bertugas di Sekolah Menegah Agama Tok Bachok, Katanya beliau terlibat dalam panel  program penulisan  di bawah Pendidikan Islam KPM dan juga dalam penerbitan dakwah .



Beliau adalah seorang peserta Bengkel Penulisan Kreatif GEMA – DBP 2019, 2020 dan 2021,



Puisi beliau yang pertama berjodol Aku Hidu Bau Jelik tersiar dalam Utusan Malaysia 25 Mei 2019,



Beliau adalah pemenang tempat pertama  Sayembara Penulisan Kreatif  Negeri Kelantan 2019  dan 2020 kateori puisi amjura Kerajaan Negeri dan GEMA.



Akhiir-akhir ini beliau sering mengamhil bahagian dalam rancangan Pembacaan Puisi anjraun GEMA secara terbuka untuk pablik.



Kita berdoa dan berharap semoga darah seni ini akan terus bersambung dalam keluarga ini untuk masa-masa akan datang sebagai satu wadah suci untuk memperjuangkan kebenaran Ilahi.




Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



Selasa: 4 Mei 2021/



22 Ramadhan 1442

 

 




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP