AIDILFITRI 1442

>> Wednesday, May 12, 2021

 





AIDILFITRI 1442





 

DALAM PELUKAN

 

AIDILFIRI 1442/2021

 






Keluarga Noor Baiti





 

PUTERI Suci Ramadhan telah hilang dari dakapan

Aidifetri berada dalam pelukan, menyusun  langkah strategi dan pengharapan, semoga masa-masa yang mendatang membawa lautan kemenagnan dan samudera kenikmatan yang tidak terhitung sampai ke penghujung jalan penghidupan .






Keluarga Syaibani






Semoga Ramdhan telah mencurahkah embun nikmat  kepada kita serta membentangkan samudera iman yang tidak akan tandus buat selama-lamanya. Ia menyuburkan hati nurani kita

melampau masa dan waktu hidup yang saingkat ini. Puasa telah membuat jiwa kita menjadi tambah utuh dan kebal sebagai sebuah istana iman yang reput dek masa dan kikisan waktu yang besar ragamnya ke atas jiwa manusia yang rapuh dengan segala macam ujian yang tidak terduga.






Keluarga Faris





Itulah intipati dari ibadat puasa yang membesarkan jiwa dengan kekuatan dan kekeblan iman yang tidak akan runtuh walaupun dilanda oleh ribu dan datang yang datang menggunung, malah ia menjadi bertambah  kebal dan untuk menjadi pasak diri dengan rahmat Allah yang melimpahruah.






Keluarga Arham





Itulah hati yang disirami wudhuk Makrifah yang menegmbang sinar yang gemilang, dalam hati sebagai jiwa yang suci bersih. Semoga akan terus berkekalan sampai ke pangkuan Ilahi.








Brhari Raya






Marilah kita bersama berpakat dalam kesabaran dan bersedia menghulurkan kemaafan sepanjang masa dalam usaha menunaikan perintah Allah dan bersangkutan dengan insan yang berkongsi hidup bersama di dunia yang fana ini.





XXXXXXXX


MAAF DIPOHON


DIPOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN KEPADA SEMUA ZAHIR DAN BATIN, SERTA DIDOAKAN DIKURNIAKAN  ALLAH DENGAN RAHMAT BAHAGIA SEPANJANG MASA, AMIN,

 








Pondok Rahmat, Kota Bharu, Kel,
Khamis: 1 Syawal 1442/
13 Mei 2021





1 comments:

Warisan Petani May 12, 2021 at 10:48 PM  

Salam lebaran 1442 H
Maaf zahir dan batin

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP