>> Sunday, May 2, 2021

 

SALOR

 


BENARKAH CHE LEH



PELIHARA HANTU?



[Bahagian 9]

 


Pada masa-masa yang lalu, ilmu perbomohan ini sering dikaitkan dengan pemeliharan jin, hantu dan syaitan untuk menolong tok bomoh mengubat dan menyembuhkan orang sakit, tegasnya mereka menggunakan hantu-hantu untuk menghalau hantu dan jin menganggu orang sakit itu.



Che Leh kerana beliau seorang bomoh ada orang-orang-orang tertentu yang menganggap beliau menggunakan hantu dan jin dalam mengamalkan imu perbomohannya seperti bomoh-bomoh biasa di kampung-kampung.



Tapi Che Leh menafi keras tuduhan tersebut, kerana katanya beliau tidak memelihara hantu dan jin untuk tujuan perawatannya.




Pada suatu hari Che Leh  telah memanggil saya berjumpanya di rumahnya di Kg. Salor. Bila sampai dan duduk di hadapannya, kebetulan beliau duduk di lantai, beliau terus menangis terisak-isak, menyebabkan saya kaget dan tak terkata. Saya tunggu beliau berkata.



Dalam isak dan tangis dengan air mata berderaian Che Leh antara lain membertahu saya, “Jin [beliau tidak memanggil saya Awang seperti anak-anak yang lain] mu tolong beritahu kepada orang-orang [beliau sebut namanya] yang mengatakan Che pelihara hantu, tapi Che tak pelihara hantu. Mu tolong beritahu mereka Jin. Che harapkanmu sangat-sangat tu”.



Rupanya perkara tersebut menyebabkan beliau menangis terisak-isak.



Saya berjanji akan menyampaikan apa yang dipesankan beliau itu secepat mungkin.



Pagi besok Che Leh bertemu dengan saya lagi dan memberitahu perkara yang sama, iaitu minta saya nafikan beliau memelihara hantu dan jin untuk berbomoh.



Perkara ini berlaku menjelang keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah.



Sebenarnya kebolehan beliau menyembuhkan orang-orang sakit itu bukanah satu perkara yang luar biasa, kerana Allah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Itulah pemberian Allah kepada hamba Nya.



Tok-tok Bomoh dahulu ada yang mampu memindahkan penyakit yang dihidapai oleh seseorang kepada makhluk yang lain. Seorang bomoh dapat memindahkan penyakit sakit perut seseorang kepada ayam, yang menyebabkan orang itu sembuh tapi ayam itu sakit perut. Demikian juga lain-lain penyakit seperti penyakit barah.



Mereka tidak menggunakan hantu dan jin tapi mereka menggunakan jampi atau doa mereka yang mustajab.



Lagipun semua kita ketahui bahawa ayat-ayat suci al Quran itu mempunyai berbagai mukjizat  keajaiban, antaranya untuk menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit. Sebagai contohnya, Surah Al-Fatihan dapat menyembuhkan, seperti termakan racun, penawar  gigitan binatang-binatang bisa atau patutan binatang, sakit kepala, demam dan sebagainya.



Orang-orang Barat mendakwa mereka dapat menahan hujan dari turun di sesuatu tempat yang mereka kehendaki. Sebenarnya mereka bukan menahan hujan tapi memindahkah hujan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.



Mereka tidak mendakawa mengguna jin atau syaitan, tapi mengatakan mereka menggunakan kuasa minda mereka yang kuat untuk memindahkan tongkolan-tongkolan awan-awan yang mengandungi air hujan itu dari satu tempat ke suatu tempat yang mereka kehendaki. Mereka percaya minda manusia mempunyai kuasa yang kuat yang aiaib yang boleh menguasai benda-benda.



Sebenarnya kebolehan Che Leh menyembuhkan orang-orang sakit itu bukanah satu perkara yang luar biasa, kerana Allah Yang Berkuasa menentukannya. Itulah pemberian Allah kepada hamba yang dikehendaki Nya.





Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim



2 Mei 2021/



20 Ramadhan 1442





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP