APA ADA DI KEPALA DAN EKOR NAMA?

>> Thursday, June 18, 2020




APA ADA DI KEPALA DAN DI EKOR NAMA?

 


Setiap orang yang baru dilahirkan ke dunia ada mempunyai namanya yang tersendiri. Biasanya nama-nama itu dinamakan oleh ibu bapa si anak.

 



Tujuan nama-nama itu diberi ialah sebagai pengecaman atau untuk panggilan kepada seseorang- supaya senang dicam dan dipanggil. Kalau semuanya tidak bernama apa hendak dipanggilkan kepada setiap orang dari mereka?


Nama-nama itu juga biasanya digunakan untuk mempastikan harta milik atau kepunyaan seseorang, seperti kenderaan, tanah, rumah dan sebagainya.

 

Kadang-kadang haiwan jinak peliharan juga, seperti kucing diberi nama oleh pemiliknya, untuk maksud bermanja-manja atau membezakan antara seekor kucing dengan seekor kucingyang lain.

 

Keraajaan atau pemerintah pula biasanya memberi nombor-nombor siri yang tertentu bila nama-nama itu didaftarkan, seperti nombor kad pengenalan atau nombor lesen memandu yang berbeza untuk orang yang berlaian nama dan alamtnya di seluruh negara.


Tanpa nombor-npmbor yang khusus seperti itu, maka berkemungkinan kekeliran akan berlaku antara seorang dengan seorang, andainya nama dan bin atau bintiya terdapat persamaan.

 

Nama juga dapat digunakan untuk membuktikan kejantinaan seseorang, kerana lumrahnya ada nama-nama tertentu khususnya untuk kaum wanita dan ada nama-nama yang khusus untuk kaum lelaki. Nama-nama seperti  Fatimah dan Asiah biasanya untuk wanita dan nama-nama seperti Muhammad dan Saleh biasanya untuk lelaki.

 

Dan menjadi kelaziman pula kepada sesetengah orang pada hari ini merasa tidak mencukupi dengan nama asal yang mereka miliki itu, maka ditambah pula di pangkal atau di hujung nama asal mereka dengan taitel kelululusan akademik atau jawatan tertinggi yang telah mereka perolehi.

 

Sebagai contoh ada taitel di pangkal nama Doktor, Drs, Professor, Injiner  dan sebagainya yang didakwa menjadi hak milik mereka. Maka jadilah Dr. Dogol bin Bulat, Drs. Lembut bin Putih, Proffesor Dogol bin Licin dan sebagainya lagi.

 

Pada akhir-akhir ini ada pula mereka yang menambah di belakang namanya kelulusan yang dimiliknya  iaitu  Al-Hafiz, seperti Bulat bin Leper, Al-Hafiz, dengan tujuan untuk memberitahu dia seorang Hafiz al Quran bersijil.


Perletakan gelaran ustaz di pangkal nama memang perkara biasa dan telah lama berlaku, untuk membuktikan dia seorang itu cerdik pandai dalam bidang keagamaan.

 

Tapi persoalannya adakah penggunaan darjah-darjah kelulusan akademik itu benar-benar dapat membukti atau mencerminkan kualiti, nilai, mutu, kemampuan seseeorang dalam sesuatu bidang yang didakwanya itu? Atau dapatkah ianya membuktikan kemuliaan peribadi seseorang dengan taitel-taitel tersebut?

 

Apa lagi sejak kebelakangan ini terdapat berbagai-bagai penipuan dalam penggunaan taitel-taitel itu, bermula dari cara-cara untuk memperolehinya hingga kepada pendustaan oleh orang-orang yang tidak pun berhak meneletak taitel tersebut kerana dia tidak langsung pun memilikinya.

 

Kita dapat menceritakan beberapa peristiwa benar berhubung dengan penggunaan taitel-taiteel kelulusan akademik tinggi yang merupakan pendusataan semata dan kerana itu  tidak dapat samasekali mebuktikan kulaiti seseorang wlaupun dia benar-benar  mempunyai kelulusan tersebut.

 

Marilah ikuti beberapa kisah benar ini yang berlaku dalam masyarakat kita sendiri di negara kita Malaysia.

 

-Di sebuah pusat pengajian tinggi, biasalah kakitangan-kakitangan  akademiknya terdiri dari anak-anak tempatan dan juga tenaga-tenaga import dari luar negara.

 

Ada seorang ilmuan itu berasal dari sebuah negara di Timur Tengah, beliau telah dilantik menjadi Dekan sebuah fakulti di universiti tersebut sejajar dengan kelulusan yang dikatakan dimilikinya. Beliau dengan mudah sahaja diterima atas kepercayaan bahawa seorang ilmuan Islam tidak mungkin akan menipu, justeru pada hari temuduga itu beliau tidak dipaksa membuktikan taitel  kelulusannnya itu, dan diminta menyerahkannya di lain masa yang diperlukan.

 

Beberapa tahun telah berlalu, akhirnya kerana sesuatu keperluan beliau telah diminta menyerahkan dokumen kelulusannya itu, beliau cuba mengelak dengan memberi berbagai-bagai alasan. Tapi akhirnya setelah pehak universiti membuat desakan keras, beliau terpaksamengaku bahawa beliau tidak memiliki sebarang  kelulusan sebagaimana dakwaannya itu, malah beliau hanya mempunyai sijil sekolah menengah di negaranya.

 

Sehingga hari itu  sudah berapa ramai ahli-ahli  akademik dan para pelajar yang terpedaya  dengan pembohongannya itusebagai tercatat pada kad kenal dirinya.

 

-Beberapa tahun yang lalu telah ribut di seluruh negara tentang kemunculan seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang Al-Hafiz di ekor namanya.


Maka ramailah orang-orang awam, badan-badan kerajaan dan swasta serta jabatan-jabatan yang berebut-rebut mengundang beliau untuk memberi cermah, kerana beliau seorang yang pandai berpidato.

 

Di samping itu ramai pula orang yang menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada beliau kerana katanya beliau sedang berusaha membina sebuah bangunan sekolah tahfiz yang yang termedern dan terbesar di negara ini.

 

Setelah beberapa tahun berlalu maka pecahlah  tembelang bahawa lelaki ini sebenarnya bukan seorang tahfiz sebagaimana tercatat pada kad kenal dirinya dan mengikut dakwaannya. Beliau tidak pernah belajar tahfiz di mana-mana sekolah tahfiz pun, tapi pandai berceramah. 

 

Tapi beliau menanggung banyak hutang kerana gaya hidup yang mewah  dan menanggung isteri lebih dari seorang.

 

-Waktu kejadian berikut berlaku, lelaki muda ini baru balik dari belajar di sebuah universiti yang termasyur di Timur Tengah dalam juruan agama.

 

Beliau pun sering menggunakan kelulusannya akademiknya itu untuk memproklamirkan dirinya seorang ilmuan dan sangat bersetuju, malah merasa bangga  digelar Ustaz di hadapan namanya.

 

Hari itu, hari Jumaat, seperti lumrah beliau tiba  awal di masjid untuk mengambil tempat di barisan pertama dan dekat dengan belakang Pak Imam.

 

Pada hari itu, kerana sebab-sebab yang tidak  terduga Pak Imam dan Pengerusi Jawatankuasa masjid tidak dapat hadir untuk bersolat Jumaat.

 

Justeru Pk Imam tidak hadir maka timbullah masalah siapa yang hendak baca khutbah Jumaat? Pengerusi Jawatakuasa Masjid yang biasanya membaca khutbah bila Pak Imam bermasalah juga tidak hadir. Sedangkan azan akan dikemundangkan sekejap lagi.

 

Beberapa orang jawatankuasa masjid kelihatan berbisik-bisik, dan mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju. Kemudian salah seorang daripada mereka menghampiri Ustaz muda kita itu dan meminta beliau membaca khutbah. Tapi beliau menolak.

 

Bila azan selesai dikemundangkan, Uztaz enggan naik ke atas mimbar, tapi salah seorang ahli jawatankuasa asjid menarik tangan beliau dan memimpin beliau naik ke atas mimbar, dan meninggalkan beliau berdiri di situ dengan harapan beliau akan memberi respon untuk membaca khutbah.


Ustaz kelihatan terpenga-penga di atas mimbar, tidak tahu apa hendak dibuatnya. Sejurus kemudian dia mengesat matanya dengan lengan bajunya, kemudian kedengaran dia terisak-isak menangis, sambil berkata tergaggap-gaggap, “Saya dah kata saya tak pandai baca khutbah-saya tak pandai baca khutbah”, sambil menuruni tangga mimbar.

 

Tindakannya itu menyebabkan para jemaah menjadi panik. Tapi pehak jawatankuasa masjid mampu menyelesainya dengan meminta orang lain mengambil tempat tersebut yang berkebetulan berada  di hadapan mimbar.

 

-Alkisah. Peristiwa  ini berlaku sekitar tahun 1960an. Saya waktu itu masih bertugas dengan Pustaka Dian yang berpejabat  diBangunan  UMNO Kota Bharu, menjadi Ketua Pengarang Mingguan  Kota sebuah akhbar mingguan yang diterbitkan oleh Pustaka Dian.

 

Pada sautu hari kami dimaklumkan di  Kota Bharu hari itu ada seorang lelaki dari Indonesia, bekas seorang  pejuang kemerdekaan negara itu. Ringkasnya kami pun mengundang beliau untuk memberi ceramah pendek mengenai tajuk apa-apa yang difkirkannya menasabah.

 

Beliau menaiki sebuah kereta besar, memakai bendera Republik Indonesia dan mempunyai supir atau pemandu.

 

Beliau datang kepejabat kami dan memperkenalkan diri, serta mendakawa dia seorang pakar atom yang berjuang bersama dengan Presiden Soekarno dalam menuntut kemerdekaan repablik itu Dibelakang namanya ada sederet gelaran lagi. Namanya saya telah lupa.

 

Beberapa tokoh politik tempatan telah diundang menyertai cermah itu. Saya tidak pasti adakah peristiwa itu saya rakamkan dalam berita atau tidak.

 

Tapi tidak berapa lama, kami amat terkejut membaca akhbar-akhbar tanah air yang  melaporkan tentang seorang lelaki Indonesia telah diberkas oleh polis atau tuduhan menipu dan tidak membayar bil hotel.

 

Nama dan foto lelaki itu adalah sama dengan lelaki yang kami jemput berceramah di pejabat kami tempoh hari.

 

-Ada seorang lelaki yang bertugas di sebuah ajenis penjualan secara langsung. Walaupun dia seorang pegawai di ajenis tersebut tapi dia perlu juga keluar menjual barang-barang syarikat untuk mendapat duit tambahan.

 

Lelaki ini ketika keluar berjualan dan bertemu dengan orang ramai sering memberitahu bahawa dia seorang injiner yang berhenti bekerja untuk melibatkan diri secara sepenuh masa dengan syarikat tersebu dalam bidang jualan langsung. Sekali gus untuk membuktikan perniagaan tersebut mempunyai potensi masa depan yang gemilang

 

Dia juga membawa kad kenal diri yang di hadapan namanya tertera perkataan Injiner, tapi kad itu hanya ditayang kepada orang ramai dan  tidak pernah diberikan kepada sesiapapun.

 

Sebenarnya dia tidak mempunyai apa-apa kelulusan pun, malah masuk universitipun  keluar awal tanpa sempat mendapat apa-apa kelulusan kerana malas belajar dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang kurang bermoral.

 

-Ada seorang pemuda yang menamakan dirinya Ustaz di pangkal namanya. Dalam kad kenal dirinya dia menyebut  kelulusan akademiknya di belakang namanya.


Katanya dia lulusan dari sebuah universiti Timur Tengah. Dia biasanya bertugas di masjid-majid sebagai pembantu imam. Bila mendengar berita mana-mana masjid yang kekosongan imam muda atau penolong imam dia akan bekejaran untuk memhon jawatan itu.

 

Biasanya dia dengan mudah diterima bertugas, kerana keckapannya berbicara dan bercermah, dan bila pehak masjid meminta sijil keluluasannya dia dengan cekap mengelak dan memberi alasan-alasan tertentu, dan berjanji akan menyerah di lain masa.

 

Setelah beberapa bulan bertuagas bila pehak masjid meminta sijil itu, dia pun segera mohon berhenti atau terus meninggalkan masjid tersebut, untuk mencari masjid lain pula.

 

Tidaklah dapat dipastikan di manakah dia berada sekarang, adakah masih terus menjalankan penipuannya itu atau telah berhenti dan insaf.


Sudah cukuplah contoh-contoh penggunaan taitel di hadapan dan di belakang nama, walaupun masih ada lagi peristiwa yang dapat saya kemukakan.

 

Kepada orang-orang yang seperti ini saya harap mereka segera sedarkan diri dan tidak lagi berani menipu masyarakat, kerana buruk padahnya; dan demikian juga gelaran-gelaran akademik di belakang dan dihadapan nama seseorang tidak dapat menjamin kualiti atau mutu kerja dan kemuliaan keperibadian seseorang manusia, malah kadang-kadang merupakan pendustaan semata.

 

Justeru marilah kita semua berhai-hati supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan manusia yang licik yang tidak beriman.

 

Hubaya-hubaya.

 

Pondok Rahmat

16  Jun 2020/

24 Syawal 1441


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP