ORIENTASLIS SENTIASA MENGANCAM ISLAM

>> Tuesday, December 5, 2017







ORIENTALIS SENTIASA MENGANCAM ISLA




APA yang dimaksudkan di sini dengan “orientalis” ialah sarjana- sarjana Barat yang terdiri dari mereka yang menjalankan penyelidikan tentang Islam atau “studie Islam”. Walau apapun tujuan mereka menjalankan sesuatu penyelidikan itu, maka tidaklah dapat dinafikan bahawa mereka merupakan orang yang terlebih dahulu melakukan penyelidikan dan kajian ilmiah tentang Islam jika dibandingkan dengan orang orang Islam sendiri yang sepatutnya mendului usaha-usaha seperti itu.




Tapi sungguh malangnya kebanyakan kaum orientalis itu terdiri dari orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang memang terkenal sebagai kaum yang memusuhi Islam sejak zaman berzaman. Justeru dalam usaha mereka menjalankan penyelidikan dan pendedahan hasil-hasil penyelidikan mereka, berbaur dengan perasaan dan sentimen dendam, kebencian dan permusuhan mereka terhadap Islam dan umat Islam. Justeru itu kebanyakan pendapat- pendapat yang mereka utarakan merupakan putar belit, pembohongan, dan penipuan fakta serta menggunakan kata-kata kasar dan kesat bila berbicara tentang Islam, umat Islam dan juga Baginda Rasulullah SAW. Mereka dengan selamba menyerang begitu sahaja dalam setiap segi terhadap agama Islam walaupun persoalannya tidak mempunyai sangkut-paut langsung dengan agama Kristian atau agama Yahudi.

Mereka adalah orang-orang kafir, justeru mereka sanggup berbuat demikian, khususnya orang-orang Barat yang beragama Kristian dan juga lebih-lebih lagi orang-orang Yahudi. Mereka berbuat demikian kerana merasa amat takut dan gerun, di samping benci dan dendam kesumat terhadap Islam, justeru mereka tidak habis- habis melancarkan berbagai-bagai serangan dalam aneka bentuk terhadap agama Islam dan pemeluknya, tanpa teragak agak lagi, lebih-lebih lagi kerana mereka merasa bimbang dan terguggat dengan kekuatan Islam yang kian meningkat .




Mereka sedar dan ini membuat mereka bimbang, agama Islam ialah sebuah agama yang suci dan demokrasi tulen tanpa dikriminasi, baik dari segi fizikal atau bangsanya. Semua insan yang beriman kepada Allah SWT dalam Islam dianggap sama, tanpa dibeza bezakan oleh kelas sosial dan sebagainya; dan yang membezakan antara seorang dengan seorang di sisi Islam ialah kerana ketakwaannya kepaada Allah SWT semata.

Mereka bimbang kerana Islam menganjurkan penganut- penganutnya supaya menjadi umat yang terbaik yang boleh menjadi contoh tauladan kepada seluruh umat manusia.

Mereka sedar dan bimbang Islam mengutamakan pemerintahan secara khalifah sebagaimana diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW [Khulafar Rasyidin[. Dengan sistem khalifah ini, maka bererti tidak ada sistem demokrasi berparlimen ala Barat di mana segala keputusan kerajaan dibuat secara bermesyuarat.

Mereka sedar dan bimbang kerana Islam secara jelas menunjukkan kepada umatnya cara membentuk pemimpin yang bijaksana, sebagaimana sifat-sifat yang ada para Rasul Allah, iaitu memiliki sifat sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Mereka sedar dan bimbang kerana Islam mengajar umatnya supaya memberi taat setia yang mutlak kepada Allah SWT dan RasulNya, tanpa ragu-ragu dan takut-takut terjerumus di medan juang untuk membela maruah agamanya yang suci.
Malah orang kafir itu sedar dan bimbang kerana masih banyak lagi ciri-ciri kedinamisan dan kemuliaan yang dimiliki oleh Islam yang mereka anggap menjadi ancaman kepada mereka yang kuffar dan sekular.

Mereka sedar dan bimbang kalau cecara beradu senjata dalam jangka masa yang panjang, umat Islam sukar atau tidak dapat ditewaskan, kerana bila tiba waktu dan saatnya orang-orang Islam akan bangkit melancarkan jihad yang amat ditakuti oleh orang- orang kafir, kerana dengan semangat jihad itu orang orang Islam sanggup berkorban apa sahaja, jiwa dan raganya demi kepentingan agamanya yang suci dan dimulai.

Justeru itu mereka sedaya upaya berusaha keras untuk menghancurkan Islam dengan apa-apa cara sekalipun, khususnya kepada mereka umat Barat yang anti Islam. Mereka berusaha sehabis daya untuk mmelumpuhkannya semangat umat Islam sekali gus menewaskan mereka, antaranya dengan jalan melancarkan rancangan-rancangan menggelabah dan mengkucar-kacirkan pemikiran umat Islam, terutama yang boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri dan juga memesongkan umat Islam daripada agama mereka yang suci dan benar.

Mereka menyusun strategi untuk membolehkan kaum cerdik pandai mereka mempelajari Islam dengan serius dan mendalam, untuk mencari faktor-faktor kekuatan dan kelemahannya bukan dengan tujuan untuk mempertahankannya, tapi sebaliknya untuk menghancur-leburkannya. Untuk tujuan itu mereka menghantar cerdik pandai mereka berhijrah dan belajar di negara-negara Islam, khususnya di Timur Tengah. Maka dengan itu lahirlah kaum orientalis yang memikul tugas khusus menjatuhkan Islam.

Tidak cukup dengan itu, mereka menubuhkan jabatan-jabatan pengajian yang khusus di universiti-universiti di Eropah, di mana orang-orang Islam dari seluruh dunia datang menuntut ilmu untuk meraih gelaran sarjana atau kedoktoran di hadapan nama mereka. Mereka berguru dengan kaum orientalis yang amat memusuhi Islam yang menanam berbagai-bagai keraguan dalam fikiran para pelajar Islam baik disedari ataupun tidak disedari.

Tujuan mereka bukanlah secara langsung untuk memurtadkan orang-orang Islam itu supaya terus keluar dari Islam dan masuk Kristian, tapi mereka lebih mengusahakan unuk meremeh- remehkan, merendah-rendah dan mencela dan menghina agama Islam untuk menggoncangkan rasa penghargaan dan kemuliaan orang-orang Islam terhdap agama mereka sendiri yang telah dijamin oleh Allah akan kemuliaannya.

Di kalangan orientslis itu terdapat golongan khusus yang terdiri dari cendikiawan mereka yang tugasnya melakukan propaganda- propaganda untuk menjatuhkan Islam dan umatnya menerusi berbagai-bagai cara khususnya menerusi tulisan-tulisan mereka, Mereka adalah kaum orientalis.

Kaum orientalis menggambarkan umat Islam dalam satu gambaran yang keji dan hina, sebagai satu kaum yang gemar hidup bermewah- mewah, berharen-harem, tenggelam dalam kemewahan dan hidup glamor dan meneguk arak dan mabuk tertidur dalam lautan seks haram dan sebagainya.

Apa yang mereka gambarkan itu sebenarnya tidak wujud dalam masyarakat Islam. Tapi apa yang mereka gambarkan ialah kehidupan segelintir kecil raja-raja atau kaum-kaum bangsawan atau pangeran-pangeran dari negara-negara Islam yang memang telah rosak akhlaknya.

Tuduhan kaum orientalis yang paling utama dan jahat ialah Islam di zaman Rasulullah SAW disebar dengan kekuatan mata pedang. Selaras dengan itu ada pula sebahagian dari kaum orientalis itu menuduh Islam melancarkan peperangan untuk mengejar kepentingan ekonomi dan kebendaan.

Tapi tuduhan-tuduhan tersebut adalah tuduhan yang dusta semata mata. Lembaran sejarah dengan jelas membuktikan bahawa Rasulullah SAW mengembang agama Islam secara aman dan damai. Sepanjang hayatnya Baginda tidak pernah memaksa sesiapa pun supaya memeluk agama Islam. Agama Islam ialah agama yang aman dan damai. Perkatan Islam itu sendiri  membawa makskud perdamaian. Kitab Suci Al Quran melarang umatnya melakukan pemusnahan dan paksaan walaupun dalam peperangan.

Allah berfirman dalam Kitab Suci al Quran, Surat Al A’raaf yang bermaksud, “Hai anak-anak Adam [manusia], jika datang kepada kamu Rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat Ku, maka barangsiapa yang bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak [pula] mereka bersedih hati”.

Menurut ahli-ahli tafsir ayat itu bermaksud Islam tidak memaksa sesiapapun untuk memeluk Islam, tapi Islam memerintah umatnya supaya menyampaikan ajaran Islam kepada setiap manusia dengan cara yang wajar. Kemudian tgerpulanglah kepada mereka berkenaan untuk menerimanya ataupun tidak.

Tokoh-tokoh Islam yang trkenal daripada berbagai-bagai bangsa, mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa paksaan. Antara mereka ialah Bilal bin Rabah, berbangsa Habsyi, Salaman al Farisi berbangsa Parsi, dan Umar al Khattab berbangsa Arab. Mereka semua dan lain lain lagi memeluk Islam dengan rela hati sendiri tanpa paksaan ataupun tekanan daripada sesiapapun.

Permainan Orientalis
Kalau di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, kaum orientalis itu terdiri daripada orang-orang Belanda, kerana mereka adalah penjajah Indonesia, sementara di Malaysia kaum orientalisnya terdiri dariipada orang-orang Inggeris kerana merekalah yang paling lama menjajah negara ini.

Mereka menulis, terutama mengenai sejarah Islam di rantau ini dengan dua tujuan utama yang tersirat, prtama kerana kepentingan kolonial atau penjajah dan kedua kerana kepentingan penyebaran agama Kristian yang mereka anuti.

Dalam tulisan tulisan sejarah yang mereka hasilkan, walaupun merupakan hasil kajian yang mendalam, mereka tetap mempersalahkan Raja Raja Melayu atau kaum Bumiputera yang beragama Islam, dan membenarkan pihak penjajah, iaitu Belanda kalau di Indonesia dan Inggeris kalau di Malaysia, seolah olah mereka tidak mengerti kenapa kaum Bumiputera bangkit menentang mereka.

Setelah mereka mengetahui titik-titik kekuatan umat Islam, maka mereka menjadikannya umpam atau sasaran dan menyerangnya dengan kekuatan yang meningkat secara bertubi-tubi untuk menghancur dan memusnahkannya dengan berbagai-bagai jenis peluru dan senjata yang canggih yang mungkin tidak terdaya oleh akal dan fikiran manusia biasa untuk memikirkannya.

Atau sebaliknya mereka menulis tentang kelemahan umat Islam secara terperinci, supaya dari sudut itulah umat Islam diserang habis habisan untuk melumpuhkannya.

Umpamanya setelah mereka mengetahui peranan dan kesan yang begitu hebat Kitab Suci al Quran terhadap orang-orang Islam, maka umat Kristian Barat berusaha keras untuk menyekat penyebaran kitab suci itu daripada sampai kepada seluruh umat Islam, mereka membuat penafsiran yang tidak benar dan menyeleweng daripada maskud kitab suci al Quran itu yang sebenarnya, dan mencadangkan supaya para  pemimpin Islam dan para ulamanya menentang atau membuangnya mana-mana ayat yang tidak mereka sukai kerana bercanggah dengan kepentingan keduniaan mereka.

Demikian juga setelah mereka mengetahui tentang kesan-kesan positif yang besar Ihya’ Ulumuddin karya Imam Al Ghazali terhadap umat Islam, maka mereka pun terus melancarkan serangan terhadap karya Imam Al Ghazali itu sebagai sebuah buku yang tidak bernilai kerana banyak mengandungi Hadis dhaif dan membesar-besarkan Imam Al Ghazali  yang menuduh orang lain sebagai kafir. Tujuannya untuk mencacatkan peribadai Imam Al Ghazali salah seorang tokoh Islam yang ulung itu.

Mereka berusaha mengelirukan keturunan tokoh tokoh Islam dengan tujuan untuk membangkitkan kebencian atau kemaarhan segolongan umat Islam kepada mereka. Umpamanya kaum orientalis mendakwa seorang tokoh pembaharuan Islam yang terkenal, iaitu Sayid Jamaluddin al Afghani berketuruan Iran. Dengan itu mereka berharap dapat membangkiktan kemarahan sebahagian besar umat Islam yang terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamah, kerana bila disebut Iran sudah tentu penganut Syiah. Dengan itu mereka berharap umat Islam akan membenci dan menolak buah fikiran Jamaluddin al Afghani yang menyeru perpaduan umat Islam sejagat.

Pada umumnya perkara pokok yang sering menjadi bahan serangan dan tipu daya terhadap Islam antaranya ialah:

-Memburuk-burukkan kitab suci al Quran dan menuduhnya sebagai hasil khayalan Nabi Muhammad SAW semata-mata dan tidak ada hubungan dengan wahyu.

-Memburuk-burukkan peribadi Rasulullah SAW dan menjatuhkan kehormatannya.

-Memburuk-burukkan Sunnah Rasulullah SAW dan menuduhnya bercanggah dengan akal fikiran dan ilmu pengetahuan, di samping meragukan keilmuan dan kesahihan sumbernya.

-Menuduh Nabi Muhammad SAW pernah belajar dengan ahli kitab, kerana itu al Quran bukan wahyu, sedangkan Allah SWT dalam kitab suci al Quran  telah berfirman, “Bahawa sebelum al- Quran ini turun, dia belum pernah membaca sebuah kitab pun, dan belum pernah dia menulis apa-apa dengan tangannya”. Al-Ankabut:48.

Cubalah renungan. Orang-orang Islam tidak pernah menghina Nabi Isa dan bondanya Siti Maryam sebagaimana orang-orang Kristian menghina Nabi Muhammad SAW. Walaupun orang-orang Islam tidak percaaya kepada ketuhanan Nabi Isa as, tapi orang-orang Islam tetap percaya kepada kenabian atau kerasulannya, sebagaimana orang-orang Islam percaya kepada kenabian Nabi Muhammad SAW.

Malah seorang Islam tidak mungkin menjadi seorang Islam jika mempercayai kenabian seorang nabi tapi senafas itu juga menafikan kenabian Nabi yang lain.

Orang-orang Islam tidak pernah menghina kitab Injil sebagaimana orang-orang Kristian menghina kitab suci al Quran. Malah mereka percaya kepada Injil yang tulen yang mengandungi wahyu Tuhan, tapi orang-orang Islam tidak dapat menerima keseluruhan kitab Injil sekarang mengandungi wahyu, kerana ia telah dipinda dan diubahsuai oleh tangan-tangan pendusta.

-Malah lebih jauh lagi mereka menuduh Islam itu bertentangan dengan ilmu pengetahuan dan tidak boleh dipertanggungjawabkan.

-Mereka menuduh kemunduran umat Islam adalah kerana ajaran agama yang mereka anuti. Tegasnya mereka menuduh Islamlah yang menjadi punca kemunduran umat Islam.

Tapi hakikat yang sebenarnya agama Islam bukanlah menjadi punca kepada kemunduran atau kejumukkan yang mereka alami. Sebaliknya mereka mundur kerana mereka meminggir atau meninggalkan Islam. Tidak ada sama sekali dalam Islam faktor yang mendorong ke arah kemunduran, malahnya dalam Islam ada berbagai-bagai faktor yang menjadi pendorong kepada kemajuan.

Bagaimana Islam boleh dituduh pendorong kemunduran, sedangkan Islam tidak memandang hina atau keji perbuatan makan, minum, berumahtangga, beranak-pinak dan seumpamanya.

Apa yang dikeji oleh Islam ialah sikap pemeluknya bermewah-mewah dan melampau dalam menggunakan kemewahan atau kekayaan hidup, lebih dari sewajarnya.

Islam tidak layak dikatakan punca kemunduran selagi Islam menetapkan setiap orang Islam harus memikul dosa masing-masing. Sesiapa berbuat salah dia sendiri harus memikul risikonya. Itulah ketentuan Allah SWT, keadilan Tuhan yang meliputi seluruh alam jagat.

Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran maksudnya:
“Dan tiadalah [kejahatan] yang diusahakan oleh tiap-tiap seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya, dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain [bahkan dosa usahanya sendiri]- al-An’am:164.

Justeru andainya orang-orang Eropah dikuasai oleh Islam, sudah tentu pemikiran sekular tidak akan wujud di kalangan mereka dan cendakiawan mereka tidak akan berfikir secara ekstrim mengenai kebendaan sehingga menimbulkan rasa dengki yang mencetuskan revolusi berdarah untuk menyelesaikan problam masyarakat.

-Mereka menuduh Islam agama yang beku yang tidak mampu menghadapi perubahan dan cabaran dunia yang silih berganti.

-Mereka menuduh falsafah Islam tidak mempunyai keaslian.

-Mereka mendustakan sejarah Islam, mengubah faktanya ikut sesuka hati mereka untuk mengelirukan.

-Menuduh tokoh-tokoh Islam sebagai pendusta dan pembohong.

-Menuduh bahasa Arab [bahasa al-Quran] tidak mempunyai wibawa, kemampuan untuk menjadi bahasa perantara atau tidak dapat menggambarkan fikiran-fikiran dan pendapat, dan mendesak supaya penggunaan bahasa Arab yang khusus itu digantikan dengan bahasa Arab  awam, dengan tujuan untuk memisahkan generasi-generasi Islam yang akan datang dengan warisan Islam yang suci dan asli.

Sebenarnya mereka sendirilah yang tidak dapat memahami seluk-beluk Bahasa Arab dan rahsianya, dan ini adalah salah satu sebabnya terjemahan mereka daripada teks Bahasa Arab, terutama mengenai hukum atau sejarah Islam menjadi terpesong daripada maksudnya yang sebenar yang didukung oleh ayat-ayat tersebut. Ini tidak menjadi problam kepada mereka, kerana niat mereka sejak mula lagi pun memang untuk meracun fikiran orang-orang Islam dengan fakta-fakta yang salah menerusi karya-karya mereka.

Fitnah orientalis yang jahat ini dengan cepat dan meluas merebak mempengaruhi pemikiran di dunia Islam, terutama di kalangan kaum cerdik pandainya, pelajar-pelajar universiti sehingga membuat mereka malu untuk mengaku dan berpendirian seperti orang Islam. Malah ada di antara cerdik pandai Islam itu tergamak dan berani memburuk-burukkan dan mengejek-ngejek Nabi Muhammad SAW. Persis sebaliknya kepada mereka memperjuangkan cita-cita kaum orientalis itu seolah-olah satu kebenaran yang mutlak.

Masyarakat yang patuh dengan saranan orientalis Kristian itu sudah tentu akan menerima kesan yang buruk sekali, dan kesan-kesan itu kalau diperhatikan dapat dirasa dan dilihat dengan jelas menggoda masyarakat Islam.

Masyarakat Islam menjadi tidak berminat atau menjadi lemah pandangan dan sikapnya terhadap Islam seperti benda yang tidak diperlukan. Dalam masyarakat yang seperti ini segala unsur-unsur dan bentuk-bentuk keIslaman akan dipinggirkan kecuali untuk urusan yang amat terbatas sekali, khususnya dalam ibadat, seperti sembahayang dan puasa.

Tapi sebaliknya mereka amat memuja dan meniru apa sahaja yang datang dari Barat yang mungkin pada anggapan mereka semuanya baik belaka, justeru itu mereka akan kehilangan kepercayaan dan pegangan pada diri sendiri, di mana peribadi Muslimnya telah dipalit lumpur Barat yang hitam legam.

Orang-orang seperti ini sudah kehilangan identitinya sebagai Islam yang sebenarnya, mereka tidak mengerti lagi matlamat hidup yang murni dalam Islam, justeru itu kehidupan mereka hanya dipenuhi dengan acara memburu kebendaan, kerana pada sangkaan dan anggapan mereka hanya kebendaan sahaja yang dapat memberi kepuasan dan kebahagian kepada mereka, Mereka rela berbuat apa sahaja untuk memperoleh kebendaan itu dengan sebanyak-banyaknya hingga sanggup bekerja siang dan malam, tanpa waktu untukmibadat dan rihat.

Namun begitu, Islam tidak pernah menghalang atau tegasnya mengharam manusia mencari kekayaan melalui berbagai-bagai cara, asalkan cara itu betul dan tidak melanggar peraturan dan undang-undang, seperti menipu, menganiya orang lain, menindas, memeras, makan harta anak-anak yatim, mengambil riba, rasuah dan sebagainya daripada segala amalan yang tidak dibenarkan oleh syariah, dan tidak pula melupakan tanggungjawab kekeluargaan dan keagamaan. Tidak dibenarkan berniaga siang dan dan malam wlaupun halal tapi meninggalkan solat, salah satu ibadat yang utama dalam Islam.

Orang-orang seperti ini kepalanya telah menjadi orientalis Barat, justeru akan mencontohi Barat dalam semua bidang kehidupan, dari sekecil-kecil hingga yang sebesar-besar perkara dengan melupakan unsur-unsur yang lebih mulia dan tinggi yang sedia ada pada bangsa dan agama mereka sendiri, iaitu Islam.

Orang-orang ini telah menjadi mangsa kekeliruan yang telah direkacipta oleh pehak orientalis durjana yang sengaja belaku tidak adil dengan melancarkan tindakan-tindakan mengeritik dan mengutuk Islam secara melulu, menyebabkan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang Islam akan membuat kesimpulan sendiri yang melulu, dan akhirnya secara disedari ataupun tidak disedari memehak kepada kaum orientalis yang jahat itu.

Namun begitu bukan semua hasutan-hasutan orientalis itu diterima oleh seseorang atau sesebuah masyarakat itu secara keseluruhannya, tapi ia mungkin sebahagian daripdanya sahaja samada disedari atau tidak disedari. Namun begitu ia tetap merbahaya kepada keIslaman seseorang jika ia mengukur atau menjadikan Barat sebagai kayu ukur atau neraca pertimbangannya dalam semua perkara.

Tidaklah dapat dinafikan mana-mana masyarakat yang pernah dijajah oleh Barat, walaupun telah mencapai kemerdekaan tapi keadaan seperti itu tidak dapat dielakkan kedapatan dalam masyarakat atau bangsa tersebut, mungkin sedikit dan mungkin pula banyak kerana ia telah diprogramkan oleh penjajah sejak mereka mulai menjajah negara itu lagi.

Pada umumnya ada tiga cara penjajah menanam sarana-sarana mereka ke dalam fikiran umat Islam:

Pertama mereka secara langsung masuk ke dalam sesebuah negara yang memang menjadi sasaran  sebagai pegawai tertentu dalam sesebuah institusi rasmi negara itu. Perkara seperti ini sering berlaku di masa-masa yang lalu ketika negara Islam itu masih berada di bawah belenggu penjajahan, sebagaimana berlaku di neagra-negara Arab.

Kedua dengan jalan membawa masuk buku-buku atau mejalah-majalah atau akhbar-akhbar dan sebagainya yang mengandungi karya-karya kaum orientalis ke dalam negara terebut. Perkara ini amat mudah dilakukan, dan ia terus berlangsung dari sejak dahulu hingga sekarang.

Para Pelajar Menjadi Mangsa

Selain daripada menyampaikan rancangan-rancangan mereka secara tidak langsung menerusi majalah-majalah, buku-buku dan media-media lainnya, kaum orientalis juga banyak menyampaikan pengajian mereka secara langsung kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sistem pendidikan mereka, khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi ataupun di universiti-universiti di dalam negara para pelajar itu sendiri ataupun di luar negara.

Para orientalis mengumpulkan segala bahan yang boleh mencetuskan “keraguan” kepada para pelajar mereka, kemudian mengubahnya supaya menjadi lebih keliru, dengan membuat ulasan-ulasan yang tidak tepat ataupun berdasarkan riwayat-riwayat palsu semata-mata untuk melemahkan Islam. Kemudian keraguan-raguan palsu yang diada-adakan itu diasak ke dalam fikiran pelajar-pelajar Islam, terutama mereka yang masih muda. Malah keraguan-raguan ini sering menjadi syarat untuk mendapat ijizah Ph.D dan sebagainya dari para pensyarah, kerana itu keraguan-keraguan tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam tulisan-tulisan atau kajian-kajian mereka.

Salah sebuah kisah trajis tentang seorang pelajar  Islam dari Pakistan yang belajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat dengan seorang proffesor orientalis. Pelajar itu salah seorang sekumpulan pelajar yang dihantar oleh kerajaan Pakistan pada sekitar tahun 1950an. Pelajar itu namanya “Daud Hayyar” dan gurunya Arberry A.J., seorang orientalis yang bersikap sederhana.

Daud Hayyar telah diarah oleh gurunya supaya mengkaji al-Quran dan mengumpul segala perkara yang boleh mereka jadikan pertentangan yang terdapat dalam al-Quran. Daud Hayyar berjaya menyelesaikan kajian itu dengan jodol “Pertentangan Dalam Al-Quran”. Sebagai penghargaan Daud telah dilantik meyandang jawatan “Penyelidik Cemerlang” di Pusat Kajian Islam Universiti Mcgill Montreal, Kanada. Beliau terus bertugas di universiti tersebut sehingga beliau memeluk agama Kristian bersama-sama dengan isteri dan dua orang anak perempuannya.

Kemudian pada tahun 1960an Daud berhijrah ke Amerika Syarikat dan dilantik sebagai pensyarah di Pusat Eastern Ford, iaitu di Pusat Pengajian Lahatiyyah Mesehiyyah yang diasaskan oleh padri Zoamer, seorang padri Amerika Syarikat yang terkenal dengan sikap beraninya menentang Islam dan dialah pemilik Majalah “Muslim World”.

Justeru jika kita membaca hasil-hasil karya mereka, kita hendaklah sentiasa awas dan waspada, kerana para penulisnya terdiri dari mereka yang anti atau memusuhi Islam yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Islam dan umat Islam. Awas dan waspadalah banyak buku-buku Islam yang ditulis orang-orang Barat sejak kebelakangan ini, yang tujuannya semata-mata untuk merosakkan umat Islam.

Antara begitu banyak buku-buku orientalis yang memburuk-burukan Islam, ialah:

1.Daertul Maarif Al-Islamiah
2.Daertul Maarif tentang Peradabaan Islam dan Arab
3.Pelajaran Sejarah tentang Islam Dan Rasul- oleh Arnold Townbee
4.Hayat Muhammad oleh Williamn Moir
5.Al-Islam oleh Alfred Girum
6.Al-Islam edisi bahasa Perancis oleh Henry Lamens
7.Daiwatul Ma’thanah oleh Kinit Cragter  
8.Tarikhul Islam oleh serangkai orientalis terkemuka, antaranya H.A.R.Gibb [terjemahan].
9Terjemahan al-Quran oleh A.G.Arberi
10.Al-Islam oleh Smoil Zwyer
11.Mizanul Haq [terjemahan]
12,Al-Hidayah 4 jilid [terjemahan]
13.Masaadirul Islam oleh Sint Clear dan tusdie
14.Al-Masehiah Fil Islam oleh Ibrahim Looge.
15.Dan lain-lain.

Umat Islam sepatutnya sudah lama menyedari hakikat yang malang ini, dan terus menyingkirkanya tanpa ragu-ragu lagi dan kembali kepada Islam yang hakiki dalam semua bidang kehidupan mereka, demi kebahagian hidup  mereka dunia dan akirat.

Apa yang pernah ditegaskan oleh Asy Saekh Arrad Bayudin Attamimi wajar benar menjadi peringatan kepada seluruh umat Islam supaya kita lebih berhati-hati dalam perkara-perkara yang berhubung dengan akidah, kerana dibimbangi ia akan terlucut dari dada kita semuanya. Semoga dijauhkan Allah SWT.

Beliau menegaskan, “Sesiapa orang yang kafir kepada Allah, kepada Rasul Nya, kafir kepada Islam, tidak percaya kepada kemampuannya mengatur peraturan kehidupan ini atau mempunyai keyakinan bahawa Islam hanya boleh dioperasikan dalam masjid sahaja, tidak boleh ikut campur urusan politik, tidak boleh tahu urusan kepimpinan, tidak boleh campur tangan mengatur hubungan antara manusia yang berbeza-beza, maka orang itu sudah kafir”.

Seterusnya beliau menegaskan lagi, “Dengan demikian kepada kita diwajibkan memutuskan hubungan dengan orang tersebut, kecuali dalam rangka berdakwah kepadanya dengan kebaikan, kalau ia tergolong ahli kitab. Kalau orang itu tadinya beragama Islam, maka ia telah murtad dan hukum orang murtad dalam Islam sudah dikatakan iaitu dibunuh, sesuduah diberi keterangan selama tiga hari untuk menentukan sifat terakhirnya”.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP