MITOS RAJA SALOR
>> Friday, December 22, 2017
MITOS
TENTANG RAJA SALOR
Mohd Zain & Pak Su Husin [Kanan]
RAJA SALOR
SALOR adalah
sebuah daerah yang terletak dalam Jajajahan Kota Bharu, kira-kira 12
kilometer dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Pada masa lampau daerah ini diperintah
oleh seorang raja yang tersendiri, yang didirikan dengan kebenaran dari Raja Negeri
Kelantan yang telah sedia wujud dan bersemayam di Kota Bharu.
Tapi
malangnya Raja Salor ini tidak lama wujudnya, kerana telah diserang oleh Raja
Negeri Kelantan yang membunuh semua keluarganya. Menurut cerita tradisionak
tempatan, perkara ini berlaku semata-mata berpunca dari fitnah.
Pada suatu
masa Raja Salor mengadakan pesta secara besar-besaran, dan turut menjemput Raja
Kelantan menghadiri majlis itu. Di majlis itu berlaku peristiwa yang
menimbulkan fitnah, iaitu salah seorang putera Raja Salor yang tidak siuman
yang suka bermain keris telah dengan tidak sengaja menggoriskan sedikit
kulit putera Raja Kelantan, iaitu Long Sulung, Putera Sultan Muhmmad 11 yang
memerintah dari tahun 1837-1886, yang
berada di seblelahnya.
Peristiwa
yang tidak disenghajakan ini telah dijadikan fitnah menuduh Raja Salor
menderhaka kepada Sultan Muhammad 11. Baginda sangat marah, lalu memerintah
supaya Raja Salor diserang dan dibunuh bersama-sama dengan keluarganya.
Raja Salor
yang terakhir yang dikenakan hukuman bunuh itu ialah Tan Kuning.
Demikianlah
berakhirnya pemerintahan Raja Salor, sebagai saksinya makam Raja Salor dan
kubur-kubur beberapa orang pahlawannya
terhampar kaku berhampiran dengan makam itu untuk menjadi saksi sebuah sejarah
hitam yang bermandikan darah.
Faris Zaini
Saya pernah menulis secebis catatan tentang sejarah Raja Salor ini dalam Blog saya, Pondok Rahmat tidak berapa lama dahulu. Jika anda ingin membacanya bukalah Blog Pondok Rahmat@gmail.com di bawah tajuk Kampung Salor Dalam Lipatan Sejarah.
Tidak lama kemudian ada seseorang menghubungi saya memberi maklumat yang berguna tentang keluarganya yang mengetahui kisah Raja Salor dan memberi nombor telefon kiranya saya ingin menghubungi mereka. Tapi malangnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak bekesempatan menghubungi mereka, dan sekarang nama dan alamt mereka semunya telah tidak dapat dikesan lagi dari simpanan saya. Alangkah baik jika saya dapat menghubungi mereka kembali.
Bagaimana
Tulisan Ini Bermula
Pada hari
Selasa, 5 Disember 2017 saya berkebetulan mengikuti anak Ahmad Fariz dan menantu Azaliza untuk
menziarahi keluarga mereka di Kampung Selekoh Mat Rifin, Salor. Secara
kebetulan di rumah tersebut saya bertemu dengan tuan rumah, Husin Mat Ali yang
terkenal dengan panggilan Pak Su Husin, berusia 70 tahun.
Dalam
perbualan sebentar di anjung rumahnya itu beliau telah menceritakan lintasan
sejarah Raja Salor yang memang telah lama saya mencari tambahan kisanyanya.
Beliau memang mengetahui kisah-kisah tradisonal seperti ini. Dan hasil
perbualan itu saya lampirkan di sini untuk telitian para peminat, khususnya
penduduk-penduduk tempatan, di kalangan genarasi muda yang mungkin terlepas
pandang daripada menyedari sejarah kampung mereka sendiri
Semoga
memberi manfaat jua.
Tok Kaya
Hulubalang
Raja Salor
mempunyai seorang pahlawan yang handalan, dan gagah berani yang dikenali
dengan panggilan Tok Kaya Hulubalang.
Mengikut Pak
Su Husin,Tok Kaya Hulubalang ini pada masa kanak-kanaknya seorang yang nakal,
suka mencuri telur ayam di rumah-rumah orang. Pada suatu hari, dia telah ditangkap
oleh orang kampung dan diselam ke dalam air untuk menghukumnya.
Tapi
seminggu kemudian, bila diperiksa, kerana semua orang menyangka dia telah mati,
tapi sebenarnya dia masih hidup dan segar bugar seperti biasa.
Mengikut
riwayat, dalam tengkuk Tok Kaya Hulubalang itu ada bulu atau rambut yang keluar
setiap hari Selasa. Pada hari rambut dalam tengkuknyya itu keluar, dia menjadi terlalu
ganas, maka kerana itu dia terpakasa dikurung demi keselamatan orang ramai.
Semasa
angkatan Raja Kota Bharu menyerang Raja Salor itu Tok Kaya Hulubalang tidak ada
di istana, tapi berada di negara Thailand, kerana dijemput oleh raja Siam di
sana untuk membantunya berperang dengan musuh.
Kata Pak Su
Husin, kalau Tok Kaya Hulubalang ini ada di isatana Salor ketika itu sudah
tentu Raja Kota Bharu, tidak dapat menumpaskan Raja Salor.
Kenapa
Diserang
Persoalan
yang timbul ialah kenapa Raja Kota Bharu menyerang Raja Salor dan membunuhnya.
Yang dibunuh itu bukan sahaja seorang Raja Salor, tapi seluruh keluarganya.
Seperti disebut di atas Raja Salor
dituduh derhaka dan cuba membunuh anak Raja Kota Bharu. Sebenarnya kata Pak Su
Husin, sebelum itu Raja Salor mengadakan pesta keramaian, dan Raja Kota Kbharu
dijemput menghadarinya.
Raja Salor
ini mempunyai seorang putera yang kurang siuman, dan ketika bersuka ria itu tiba-tiba
keris yang berada di tangannya dengan tidak sengaja telah terkena putera Raja
Kota Bharu, dan menggoriskan kulitnya sedikit.
Berdasarkan
kejadian itu, anak Raja Salor difitnahkan cuba membunuh putera Raja Kota Bharu.
Itulah puncanya Raja Kota Bharu menyerang Raja Salor dan membunuh seluruh
keluarganya.
Walau
bagaimanapun mengikut riwayat mulut ada seorang kanak-kanak perempuan yang
terlepas dari tindakan kejam dan berjaya meluluskan diri.
Ada sumber
tradisi mengatakan beliau melarikan diri ke Thailand, tapi menurut sumber Pak Su
Husin, kanak-kanak itu melarikan diri dan bersembunyi di Bachok.
Keris
Beliau
pernah melihat malah memegang sebilah keris berwarna hijau kepunyaan Raja Salor yang terdapat pada
salah seorang warga Cina yang pernah bekerja di Istana Raja Salor.. Katanya, “Saya pernah melihat dan memegang keris
itu yang berwarna hijau. Rupanya sangat cantik, di dalamnya macam ada air menitis. Baunya semerbak mewangi, bila saya
menarik keluar keris itu dari sarungnya, setelah meminta kebenarannya terlebih
dahulu”.
Beliau
percaya, keris itu masih ada, pada keluarga tersebut, jika tidak dijualkannya.
Tongkat
Mengikut Pak
Su Husin Raja Salor juga ada meninggalkan sebatang tongkat yang tidak dapat
dipastikan daripada apa tongkat itu diperbuat. Katanya ia bukan kayu, bukan
plastik dan bukan pula besi.
“Kepala
tomgkat itu pula boleh diputar atau di pusing-pusingkan dari kiri ke kanan atau
dari kanan ke kiri tapi tidak akan tercabut”.
Beliau
pernah memimjam tongkat itu daripada kawannya seorang Tionghoa yang neneknya pernah
bekerja dengan Raja Salor. Malah tongkat itu hampir sepanjang masa berada
padanya.
“Tapi pada
suatu ketika saya tidak nampak lagi tongkat itu di rumah saya. Bila
saya tanya keluarga, di mana tongkat itu, saya diberitahu tongkat itu telah
patah dua, ketika digunakan untuk mencongkil sesuatu benda, dan yang tinggal
bahagian kepala tongkat sahaja. Kemudiannya kepala tongkat itupun turut hilang.
Sayang sungguh”, katanya Pak Su Husin.
Di samping
itu beliau juga pernah melihat beberapa batang lembing kepunyaan Raja Salor
yang ditunjukkan oleh keluarga Cina itu kepadanya.
Katanya
tidaklah diketahui adakah lembing-lembing itu masih ada atau sudah tidak ada
lagi sekarang.
Minta
Nombor Ekor
Katanya pada
masa dulu, ramai orang berkunjung ke makam Raja Salor itu untuk tujuan yang tidak wajar, iaitu meminta nombor
ekor. Pada satu ketika dulu di sekitar Kg. Salor brlegar sejenis perjudian yang
dipanggil “cap jeki” yang menggunakan angka-angka untuk menang. Untuk mendapat
nombor-nombor ekor itu para peminat akan berkumpul di makam itu dan membuat
pemujaan yang tertentu untuk diturunkan nombor-nombor yang dikatakan akan
memenangi perjudian.
Tidaklah
dapat dipastikan adakah nombor-nombor yang mereka perolehi itu memberi
kemenangan kepada mereka.
Tapi sejak
kebelakangan ini, tidak ada lagi mereka yang berkunjung ke makam itu untuk
mendapat nombor kerana perjudian “cap jeki” telah lama berkubur.
Bukan
Untuk Orang Bukan Islam
Di sekitar
tanah perkuburan itu juga pada masa yang lalu pernah diadakan “perarakan tok
kong” oleh orang-orang Cina yang tinggal di sekitar. Biasa setiap setahun
sekali orang-orang Cina di kampung sekitar akan kmengadakan perarakan tok kong
mereka, kemudian diikuti dengan persembahan hiburan Menora Siam. Yang ramai
menonton Menora yang diadakan selama beberapa hari ialah orang-orang Melayu.
Tapi pada
suatu masa yang tidak lama kemudian perarakan tok kong di kawasan perkuburan itu terpaksa dihentikan, kerana
ketua kaum Cina itu mendapt mimpi yang bermaksud, tanah perkubunran itu tanah
perkuburan orang Islam, maka tidak patut orang-orang Cina mengadakan perarakan
tok kong mereka di situ. Maka dengan itu perarakan tok kong itu segera dipindahkan
berhampiran dengan Sungai Kelantan.
Berhubung
dengan perkara, kata Pak Su Husin ada seorang wanita Cina yang tidak mengindahkan
larangan itu, lalu mengadakan pemujaan di makan itu untuk meminta nombor ekor.
Sedang dia melakukan permujaan itu dia ternampak pancaran api jatuh ke atas
rumahnya yang tidak jauh dari situ.
Akibatnya,
dia telah menjadi gila, dan kemudiannya mati dengan kegilaannya itu.
Harta
Karung
Bila
menyedari Raja Kota Bharu menghantar angkatan perang untuk menyerang, dan
merasa kekuataannya tidak mampu untuk bertahan, Raja Salor dikatakan menyorokkkan
segala harta bendanya yang berharga.
Dikatakan
beliau telah menyembunyikan ke dalam telaga dalam kawasan istana. Dalam istana
itu mempunyai tiga buah telaga, sebuh daripadanya terletak agak jauh dari
bangunan istana untuk kegunaan puteri-puteri raja semata. Dua telaga lagi untuk
kegunaan kaum lelaki.
Pada masa lalu
ramai orang datang dari masa ke masa memburu harta karung itu. Mereka menetap
di tanah perkuburan selama beberapa malam membuat upacara-upacara tertentu
untuk memanggil harta itu.
Kata Pak Su
Husin, beliau masih ingat lagi, ada satu rombongan seramai sepuluh orang yang
datang dari Bachok untuk mencari harta yang tersembunyi itu. Mereka menetap di
situ selama beberapa hari.
Tapi pada
akhirnya, seperti mereka yang datang terdulu juga tidak mendapat harta yang
mereka cari itu. Mereka pulang dengan tangan kosong.
Walau
bagaimana pun, Pak Su Husin menegaskan, “Harta itu memang ada di dalam kawasan
istana. Jika telaga-telaga itu ditemui kemungkin besar harta itu akan ditemui".
Pak Cu
Ong
Daripada
keluarga Cina yang pernah bekerja dengan Raja Salor ada seorang Cina yang
terkenal dengan nama Pak Cu Ong. Saya pun masih teringat-ingat nama disebut
orang ketika saya kanak-kanak dulu.
Menurut Pak
Su Husin, Pak Cu Ong ini seorang bomoh yang pandai untuk merawat berbagai-bagai
jenis penyakit. Katanya, Pak Cu Ong seorang bomoh patah yang termasyur.
Beliau
sendiri katanya mempunyai pengalaman berubat dengan Pak Cu Ong, untuk merawat
siku sendinya yang terkeliher atau tercabut naik arah ke atas lengannya.
Alhamdulillah, sendinya yang tercabut itu dapat dimasukkan semula, jelas beliau
sambil menunjukkan sendinya yang pernah tercabut it.
Katanya Pak
Cu Ong, ini dia berguru dengan tok bomoh Melayu, bersama-sama dengan dua orang
lagi yang juga terkenal sebagai bomoh, iaitu Tok Samad Salor, Tok Ayah
[Pendek], dan seorang lagi Awang Gagah. Tok Samad ini ayah kepada Alahyarham
Cik Gu Ghani dan Hussin, yang memang terkenal ketika saya kanak-kanak dulu.
Pada masa
dahulu Kampung Salor memang mempunyai ramai bomoh-bomoh yang terkenal. Selain
dari tiga orang yang disebut di atas, iaitu Tok Samad Salor, Tok Ayah [Pendek],
Tok Awang Gagah, dan Pak Chu Ong, kemudian ada lagi beberapa orang yang
mewarisinya, antaranya Mat Said, Saleh Hj. Muhammad [Pak Chu Leh Tok Bomoh],
Tok Daud, Ayah kepada Yahya yang saya masih lupa namanya, Tok Minah, bomoh
resedung dan sakit mata, dan lain-lain lagi.
Sahabat
Pak Su Husin
Antara salah
seorang sahabat baik beliau orang Cina yang keturunan daripada pekerja di
istana Raja Salor. Sahabatnya itu kawan persekolahan dengan beliau di Sekolah
Menegah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan.
Sehabis
bersekolah sahabatnya itu berhijrah ke Phenon Pheng, Vietnam dengan menaiki kreta
api melalui Thailand selama dua hari. Masa itu dia bekerja sebagai penterjemah
di Lapangan Terbang Pehon Pheng.
Sahabatnya
itu pernah mengutus sepucuk surat kepadanya menjemput dia pergi ke sana jika
ingin bekerja bersama dengannya. Tempat tinggal boleh tinggal bersama
dengannya.
Masa itu dia
masih belum bekerja, dan memang terlintas dalam fikirannya untuk mengikuti
jejak kawannya itu. Tapi dihalang oleh ayahnya dan menasihatinya supaya mencari
apa-apa kerja di tempat sendiri.
Sejak itu
hubungannya dengan sahabatnya itu terputus, dan tidak lagi kabar berita darinya.
Namun
begitu, kalau saya tidak terkeliru dia ada mempunyai seorang saudara yang
pernah bekerja sebagai pemandu kepada seorang doktor swasta di Kota Bharu. Tapi
buat masa kini Pak Su Husin tidak pasti lagi di mana lelaki itu berada.
Kawasan
Istana
Menurut Pak
Su Husin tanah milik Raja Salor di mana istananya terletak seluas 18 ekar.
Kemudian tanah itu entah bagaimana dimilik oleh kerabat-kerabat Di Raja
Kelantan. Sekarang tanah itu terbiar, tanpa terurus, penuh semak samun.
Beliau
pernah berunding dengan salah seorang anggota kerabat Di Raja itu untuk menyewa
tanah tersebut, dan untuk memelihara ayam, dan juga membuat ladang pertanian. Beliau
sanggup membayar sewanya setiap bulan. Seorang dari mereka yang datang dari
Kuala Lumpur dan berunding dengannya memang bersetuju dengan rancangannya itu.
Tapi sayang keluargaynta yang lain tidak merestuinya. Maka rancangan itu tidak
dapat dilaksanakan dan tanah itu terus tinggal terbiar hingga sekarang.
Pada masa
dulu kayu-kayu sisa binaan istana itu masih boleh ditemui, tapi sejak
kebelakangan ini tidaklah diketahui lagi.
Selamat
membaca. Salam hormat dari saya,
Lorong
Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang
Siput, Pasir Tumboh,
10 comments:
Saya minat juga sejarah ni..dulu waktu belajar memang suka sangatlah bila cikgu sejarah bercerita kat depan. Seronok bila tau cerita-ceritanya :)
Alhamdulillah. Tersukanlah minat anda itu
Mudah2an kito dpt ziarah makam raja raja salor nanti
menarik
Sebenarnya sedikit Kesah ini terpahat diminda ku.. Cuma Kesahnya agak berlainan.. Cuma.. Di majlis keramaian.. Lagaan kerbau.. Kerana terlatah Tekejut.. Dgn kerbau Lagaan tertikam tengku mahkota.. Bila diketahui oleh long senik mulut merah.. Seluruh ahli keluarganya dibunuh.. Sefaham saya keturunan Syd Pasir Hor..(rupanya raja salor) Keesokan nya.. Ribut besar melanda seluruh negeri kelantan..
assalamualaikum tuan,boleh saya ingin mengetahui lebih lanjut cerita tuan..berkaitan keturunan syd di pasir hor tu..boleh contact saya yuzairul36@gmail.com
Terima kasih atas penulisan ini. Saya juga berasal di Kg Teluk Kandis Salor. Banyak persamaan cerita emak dan arwah atok dengan cerita di blog ni.
Assalamu'alaikum Tuan
Semoga sejahtera dan afiat dlm rahmat dan redha Ilahi.
Boleh tak d usulkan untuk membina Masjid Raja Salor...
moga sejarah tetap d ingati..
Post a Comment