PENGARANG YANG MELANGKAUI ZAMAN

>> Wednesday, July 1, 2015





PENULIS YANG MELANGKAU ZAMAN





 Ketika berada di Sekolah Melayu Salor, dalam darjah empt atau lima saya membaca sebuah buku cerita berjodol “Orang Hiluman”. Pada buku itu tertera nama penulisnya, seorang bangsa Inggeris, yang diterjemah ke bahasa Melayu dan dicetak menggunakan tulisan Jawi.


Kami dan beberapa rakan yang membaca buku itu antara lain membuat kesimpulan bahawa, cerita orang boleh menghaibkan diri atau hilimuman yang terdapat dalam cerita-cerita orang tua kita memang boleh dipercayai dan wujud  sebab orang putih pun percaya juga berdasarkan cerita tersebut.


Setelah saya memasuki Sultan Ismail College [SIC} beberapa tahun kemudiannya saya melihat dan membaca lagi buku yang sama jodolnya tapi kali ini dalam bahasa asalnya, Inggeris. Penulisnya ialah seorang pengarang bangsa Inggeris yang terkenal, iaitu H.G.Wells.


Saya tidak ingat lagi sari pati novel itu, selain daripada mengenai seorang manusia yang boleh menjadi hilimunan atau tidak kelihatan.


Siapakah S.G.Hell?


Beliau adalah seorang novelis sains fiksyen yang terkenal sampai ke hari ini, kerana apa yang ditulis oleh beliau dalam novel-novel fiksyennya itu kemudian memang menjelma menjadi kenyataan.


Dalam tahun 1902 beliau meramal dalam karyanya bahawa senjata tanki akan dicipta nanti yang akan merupakan jalan buntu dalam dunia peperangan nanti. Yang amat mengejutkan ialah apa yang diramalkan oleh beliau itu benar-benar telah  wujud dalam tahun-tahun peperangan yang berlangsung pada tahun 1914 hingga 1918.


Beliau juga meramalkan berbagai-bagai perakra ganjil akan berlaku di masa-masa akan datang, khususnya perkara-perkara yang melibatkan peperangan di kalangan umat manusia.


Pada masa itu peperangan hanya berlaku di permukaan bumi sahaja, iatu cara perang warisan sejak zaman berzaman, tapi H.G.Wells dalam karyanya meramalkan peperangan di masa akan datang akan berlaku di udara pula. Dan apa yang diramalkannya itu memang benar.


Beliau meramalkan senjata-senjata peperangan akan lebih merbahaya di masa-masa akan datang dengan mermalkan akan tercipta bom-bom yang ledakannya akan membinasakan itu. Dan memang kemudiannya bom atom atau atomik bom telah dicipta oleh manusia kemudiannya.


Beliau turut meramalkan bahawa manusia dengan segala inisiatipnya akan berjaya meneroka jauh ke angkasa lepas. Menurut ramalannya Amerika Syarikat akan berjaya mendaratkan sebuah roket di bulan yang dilancarkan dari Florida. Ramalan itu menjadi kenyataan.


Dan kemudiannya diikuti oleh pendaratan manusia di bulan.


Pada tahun 1901 beliau telah menulis tentang problem-problam tarfik yang teruk yang melanda rakyat Britain, di mana manusia akan berusaha untuk mengatasinya, antaranya ialah dengan jalan membina flyover seperti yang begitu lumrah pada hari ini.


Beliau menulis dalam berbagai-bagai generi.  Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah


-The Time Machine -1895
-The Invisible Man-1897
-The War of the Worlds 1898
-The First Man in the Moon- 1901.
-Kipps- 1905.
-The History of Mr.Polly- 1910.
-The Outline of History- 1920.
-The Shaped ot Things to Come-1933.


Selain itu ada pula antologi cerpen-cerpen beliau:


-The Stolen Bacillua- 1895.
-The Plattner Story-1897.
-Tales of Space and Time- 1899.


Banyak karya-karya beliau telah diterjemhakn ke berbagai-bagai bahasa di dunia, termasuk bahasa Malaysia kita. Selain daripada novel The Invisible Man tidaklah dapat dipastikan adakah karya-karya beliau yang lain lagi telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu?.


Saya ada menyimpan sebuah daripada buku beliau itu, iaitu sebuah buku tentang sejarah dunia.


Walaupun H.G. Wells telah lama pergi, tapi jasa-jasa beliau berupa karya-karya yang berharga  masih popular hingga ke hari ini dan mudah pula diperolehi. Antara karya-karya beliau yang telah difilemkan ialah The Invisible Man, The War of The Worlds dan The Time Machine.


Sepnjang hayatnya dalam dunia penulisan beliau dikatakan berjaya mencatat sebanyak 750, 000 patah perkataan dalam setahun. Buku sejarahnya The Outline of History pada mula-mula dicetak sebahagian demi sebahagian, sebelum dicetak penuh sebagai sebuah buku. Walaupun buku ini tidak mendapat perhatian daripada pihak persekolahan di Britain, tapi ianya mendapat perhatian besar dari masyarakat. Sebanyak 2,000,000 nasykah buku tersebut telah dijual di negaranya dan juga di negara Amerika selepas ia diterbitkan.


Selain itu, novel-novel beliau juga terkenal, demikian juga dengan cerpen-cerpennya, walaupun tidak sehebat prngarang termasyur, seperti  Maupassant atau Kipling, kerana karya-karya H.G. Wells original dan menghiburkan.


H.G.Wells atau nama penuhnya Herbert George Wells, dilahirkan di Bromley Kent pada  21 September  1866. Beliau tidak belajar dengan sempurna sebagai kanak-kanak biasa dan terpaksa meninggalkan bngku ekolah ketika berusia 13 tahun untuk bekerja di sebuah kedai menjual bahan-bahan perkebunan. Tapi beliau tidak putus asa dan terus menyambungkan pelajarannya diwaktu petang, sehingga berjaya memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Normal School of Science di South Kingston, London. Di sini beliau mendapat gelaran B.Sc degre peringkat ijazah pertama.


Beliau meninggal dalam usia 80 tahun pada 13 Ogos 1946, meninggalkan jasa yang begitu besar dalam dunia penulisan, di mana beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 120 buah buku sepanjang hayat beliau untuk ditatapi dan dikagumi oleh generasi yang mendatang selepas beliau.


Demikianlah H.G.Wells telah pergi meninggalkan jejak-jejak bertapak. Beliau telah membuktikan bahawa sang penulis itu bukan hanya jurnalis, pencatat peristiwa; bukan sahaja perakam sejarah, bukan semata penglipur lara, bukan semata pendedah, pendidik msyarakat atau seorang guru, dan pencipta masa hadapan. Penulis adalah adunan dari semunya itu yang akan sentiasa dikenangkan jasa-jasannya oleh masyarakat, bangsa dan negara. Penulis adalah mansuia semasa, masa lampau  dan masa hadapan. Penulis adalah manusia merangkumi sepanjang zaman.


Sekian.

Lorong Masjid,
Kg. Kubang Siput,
PT.KB. Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP