USTAZ BOLLYWODD BERAKSI DI MASJID AL-QASIMI PASIR TUMBOH

>> Monday, March 9, 2015




USTAZ HASLIN BOLLYWOOD BERAKSI DI MASJID AL-QASIMI PASIR TUMBOH






                                                                    ******************

[USTAZ HASLIN BOLLYWOOD BERSAMA USTAZ JA BERCERAMAH DALAM MAJLIS BUAL BICARA DI MASJID AL-QASIMI PASIR TUMBOH, PADA HARI KHAMIS, MALAM JUMAAT, 12 MAC 2015  [21 JAMADILAWAL 1436] DI MASJID AL-QASIMI PASIR TUMBOH]

                                               ************************


MASJID AL-QASIMI, Pasir Tumboh, Kota Bharu adalah salah sebuah masjid yang “hidup” dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan.




 
Setiap hari masjid itu dipenuhi dengan aktIviti-aktviti yang memberi nafas kepada masjid itu, dengan kegiatan-kegiatan dakwah dan meninggikan syiar Islam.


Ia bermula selepas solat Subuh, dengan tadarus al-Quran bersama Imamnya, kemudian di sambung semula selepas solat Meghrib dengan ceramah-ceramah agama oleh pendakwah-pendakwah jemputan setiap hari.


Di waktu-waktu tertentu pula, pendakwah-pendakwawh khas akan diundang untuk memberi ceramah di Masjid Al-Qasimi demi faedah umat Islam seluruhnya, khsusnya anak-anak mukim, Muslimin dan Muslimah yang diharap dapat memenuhi ruang masjid itu.




Mimbar Masjid Al-Qasimi




Sejajar dengan itu pada hari Khamis, malam Jumaat 12 Mac 2015, bersamaan dengan 21 Jamadilawal 1436 ini, salah seorang penceramah yang terkenal, telah diundang memperdengarkan cermahnya di Masjid Al-Qasimi dalam majlis yang berupa BUAL BICARA.


Beliau adalah Ustaz HASLIN BAHRAIN yang terkenal dengan panggilan USTAZ BOLLYWOOD yang terbuka kepada seluruh masyarakat Islam.


Banner-banner telah dipasang di tempat-tempat staregik untuk makluman dan sekali gus mengundang orang ramai menghadirinya.


Majlis “BUAL BICARA” itu dijadualkan akan bermula selepas solat Maghrib.




Solat Hajat Setiap Selepas Solat Jumaat








Marilah kita beramai-ramai menghadirinya, semoga kita memperolehi manfaat daripada apa yang akan dibicarakan oleh beliau dan juga Ustaz Ja yang ikut bersama di majlis itu.


Semoga Allah memberkati kita semua.



Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP