MASJID AL-QASIMI DAN FORUM PERDANA KEMPEN TUTUP AURAT

>> Friday, April 18, 2014




MASJID AL-QASIMI DAN FORUM PERDANA KEMPEN TUTUP AURAT


 
Dr. Abdul Basit


Kempen menutup aurat dan jom solat berjemaah di masjid yang dilancarkan oleh Masjid Al-Qasimi, Mukim Parit Lama, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, mencapai kemuncak dengan forum yang disertai oleh dua orang tokoh yang terkenal.

Forum Perdana itu telahdiadakan pada malam semalam, hari Khamis, malam Jumaat, selepas solat Isyak, 17 April 2014 yang akan  diakhiri dengan majliis penutup kempen pada hari Jumaat malam Sabtu, 25 April 2014, selepas Solat Isyak.


Semua acara telah berlangsung dan akan berlangsung di Masjid Al-Qasimi. Ramai orang, termasuk dari luar mukim telah hadir di majlis forum tersebut tersebut semalam.



                                        Dua Ahli Panel Bersama Dengan Pengendali Forum


                                     Orang Ramai Tekun Mengikuti Forum


Dua orang mengambil bahagian dalam forum itu, salah seorang daripadanya ialah seorang penceramah yang tidak asing lagi, iaitu  Dr. Abdul Basit Abul Rahman.


Dalam ceramah-ceramahnya yang lalu beliau tidak teragak-agak untuk menegur amalan salah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah dan bercanggah dengan hukum Syarak.



                                      Suasana Selepas Forum


Dr. Abdul Basit adalah putera kepada seorang guru agama yang terkenal, Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Sungai Durian Kuala Krai, Kelantan.


Beliau dilahirkan di Pondok Sungai Durian. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara, iaitu di Universiti Madinah, sehingga berjaya menggondol B.A [Syariah],  M.A [Syariah] dan Phd. [Syariah].


Setelah balik ke tanah air, beliau dilantik menjadi Musyrif atau Penasihat kepada Pondok Sungai Durian. Beliau juga mengambil dua waktu khusus dalam seminggu untuk berceramah di masjid tersebut, iaitu selepas Solat Maghrib dan selepas Solat Subuh pada hari yang berlainan.




                                     Berfoto Dengan Jawatankuasa


Di samping itu, beliau juga menjadi penceramah jemputan yang popular bukan sahaja di seluruh negeri Kelantan, tapi di luar dari negeri-negeri Kelantan.


Beliau pernah dilantik oleh pehak berkuasa menjadi anggota Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1428-1429 Hijriah.


Dalam bidang pendidikan pula, beliau menjadi pensyarah separuh masa di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra [KIAS].


Beliau adalah seorang pebimbing jemaah haji VIP melalui pakej Dar al-Eiman.


Dr. Abdul Basit juga seorang ahli panel forum “Al-Kulliyyah” TV3 serta “Program “Jejak Rasul”, dan Tanyalah Ustaz TV9”.


Di IKIM, fm. pula beliau sering menjadi tamu dalam slot-slot bimbingan agama.


Sehingga kini beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku agama, antaranya ialah “Zikir Waktu Pagi Dan Petang......”, dan “Perisai Muslim” [Terjemahan], dan lain-lain.


Demikian sedikit sebanyak tentang Dr. Abdul Basit salah seorang panel Forum Perdana semalam di Masjid Al-Qasimi. Sebahagain daripada butir-butir peribadi beliau ini di-perolehi dari buku beliau, Perisai Muslim.


Beliau juga terkenal dengan panggilan nama Abu Anas Madani. Malah di atas pentas semalam, pengedali forum beberapa kali memperkenal beliau sebagai Abu Anas Madani.

Diharap umat Muslimi dan Muslimat, terutama penduduk Mukim Parit dan sekitarnya memperolehi manfaat dari kemepnt mentutp aurat itu.




                                          Masjid Al-Qasimi

BEBRAPA BUTIR FORUM YANG PERLU MENDAPAT PERHATIAN


o.Solat boleh mencegah perbuatan mungkar. Orang-orang benar-benar solat merasa dia melihat Allah, atau setidak-tidak Allah melihat dia.


o. Para ibu bapa mestilah melatih anak-anak mereka bersolat sejak masih kanak-kanak lagi.


o. Ibu bapa mestilah mengambil prihatin terhadap anak-anak mereka yang remaja, lelaki atau perempuan supaya tidak terlibat dalam kerja-kerja maksiat.


o. Para ibu bapa mestilah mempastikan anak-anak mereka, khususnya anak-anak perempuan supaya berpakaian menutup aurat sepanjang masa di tempat yang diwajibkan.


o. Para ibu bapa hendaklah menetapkan maskahwin anak perempuan mereka secara yang berpatutan, untuk memudahkan urusan perkahwinan.


o.Para wanita yang berpakaian menutup aurat yang sempunra, tidak perlu lagi memakai kain telekong untuk solat.


o. Islam tidak menetapkan sebarang pakaian yang khusus untuk dipakai oleh umatnya, asalkan dia menutup aurat dan tidak meniru pakaian orang-orang kafir.


“WAHAI ANAK CUCU ADAM! SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENYEDIAKAN  PAKAIAN UNTUK MENUTUPI AURATMU DAN UNTUK PERHIASAN BAGIMU”. Al-A’RAF: 26.


BERKAITAN;


MASJID AL-QASIMI, PASIR TUMBUH,
KEMPEN TUTUP AURAT


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP