Tok Guru Nik Aziz Dalam Enam Wajah

>> Sunday, June 16, 2013




TOK GURU NIK AZIZ DALAM ENAM WAJAH


Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bergelar Dato’ Bentara Setia, ialah bekas Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun dari tahun 1990 hingga 2013. Beliau melepas jawatan Menteri Besar selepas memenangi kerusi DUN dalam PRU 13 pada tahun 2013 yang baru lalu.

Selain daripada memimpin Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Menteri Besar beliau juga adalah Mursyidul Am PAS, parti yang diwakilinya. Beliau lebih terkenal sebagai seorang ulama, dan merupakan salah seorang tokoh Islam yang berpengaruh di dunia. Dalam masyarakat Kelantan beliau dikenali dengan panggilan "Tok Guru Ni Aziz".

Beliau dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, dan mendirikan perkahwinan dengan Tuan Sabariah bt Tuan Ishak, dan dikurniakan dengan sepuluh orang cahaya mata, lima lelaki dan lima perempuan.

Beliau seorang yang zuhud dan warak, dan kelihatan sentiasa berjubah dan berserban. Semasa menjadi MB selama 22 tahun beliau tidak tinggal di rumah rasmi kerajaan, tapi tinggal di rumah beliau sendiri, iaitu sebuah rumah kampung, di Kampung Pulau Melaka. Rumah yang tidak berpagar dan tidak berpengawal.

Tempat beliau sebagai Menteri Besar diganti oleh Ahmad Yakob, yang  sebelum itu telah memegang jawatan Timbalan Menteri Besar. Seluruh rakyat Kelantan berharap, pemimpin-pemimpin kerajaan Kelantan yang baru ini akan terus mengekal kepimpinan ulamak dan akan membawa kemajuan yang lebih besar dari segi rohani dan jasmaninya untuk negeri dan rakyat negeri ini yang telah memberi mandat kepada mereka untuk memerintah.

xxxxxxxxxx

Wajah Satu

Wajah Dua



Wajah Tiga


Wajah Empat


Wajah Lima


Wajah Enam















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP