Rintihan Hati Seorang Janda Dan Seorang Anak
>> Tuesday, May 7, 2013
Malam menimpa di Utara Lubnun dan
salji menutupi kampung-kampung sekeliling Lembah Kedetha, membikin
padang-padang dan padang-padang rumput, kelihatan seperti sebidang kain kertas
yang besar di mana alam yang bengis mencatat banyak tingkahnya. Manusia kembali
ke rumah dari jalan-jalan, sementara kesepian membungkus malam.

Dalam sebuah rumah terpencil, berhampiran kampug-kampung itu tinggal seorang wanita yang duduk berhampiran dapur memilin bulu-bulu, dan di sampingnya satu-satunya anaknya, yang sedang merenungi api dan kemudian merenungi bondanya.
Raungan guntur yang gamat mengeggarkan rumah itu, membuat kanak-kanak kecil itu menjadi ketakutan. Dia memeluk bondanya, mencari perlindugan daripada alam dalam kasih sayang bondanya. Sang bonda lalu mendakap anaknya ke dadanya dan menciumnya, lalu meletakkan anak itu ke atas ribanya dan bermadah, “Jangan takut anakku, kerana membandingkan alam ini dan kekuasaan-Nya yang besar dengan kelemahan manusia. Ada hidup yang unggul di sebalik salji yang gugur dan awan-awan yang tebal dan angin yang berhembus, dan Dia negetahui keperluan dunia, kerana Dia yang menciptanya, dan Dia memandang kepada yang lemah dengan mata yang pengasih.
“Beranilah anakku, alam tersenyum
di musim semi dan ketawa di musim panas dan menguap di musim runtuk, tapi sekarang
dia meratap, dan dengan air matanya dia mengairi kehidupan, tersembunyi di
perut bumi.
“Tidurlah anakku, ayahmu sedang
memerhati kita daripada keabadian, Salji dan guntur membawa kita ke dekatnya ketika
ini.
“Tidurlah kesayanganku, kerana
selimut putih yang membuat kita dingin menyimpan biji-biji kepanasan dan
perkara-perkara seperti ini akan melahirkan bunga-bunga yang cantik bila nisan
menjelma.
“Justeru itu, anakku manusia
tidak dapat mencapai cinta sebelum daripada kesedihan dan wujudnya perpisahan,
dan kesabaran yang getir dan kesukaran yang dasyat. Tidurlah buah hatiku,
mimpi-mimpi yang manis akan menghampiri jiwamu yang tidak gentar pada malam
yang menakutkan dan radang kedinginan.
Kanak-kanak kecil itu memandang
bondanya dengan mata yang berat mengantuk dan berkata, “Bonda, mataku berat,
tapi daku tidak dapat pergi tidur tanpa mengucap doa”.

Bila tidur, menawan semangat
kanak-kanak itu, bondanya meletak dia di ranjang dan mencium matanya dengan
bibir-bibir yang menggeletar. Kemudian dia kembali dan duduk dekat dapur, memilin
bulu untuk membuat pakaian. Nukilan Khalil Gibran.

0 comments:
Post a Comment