>> Thursday, December 23, 2021

 

NORHAYATI 



WARISAN 



TOK BACHOK 



ZIARAH 



DI PONDOK  






 SEORANG wanita telah sampai ke pondok kami pada hari Rabu 21 Disember 2021 kerana ziarah silaturrahim.



Beliiau adalah Norhayati binti Dato’ Ahmad Shahibuddin rakan persekolahan anak kami Noorbaiti Zaini.



Beliau datang ditemani oleh empat orang anaknya. Buat masa ini beliau tinggal di Pulau Pinang bersama keluarganya.



Norhayati adalah darah turunan daripada salah seorang ulama Kelantan yang terkenal iaitu Tok Bachok.



Mereka adalah rakan sepersekolahan di Sekolah Ahmad Maher, Kota Bharu beberapa tahun yang lampau.



Setelah tamat belajar mereka pun berpisah sejak tiga puluh tahun yang lalu, masing-masing dengan hala hidup mereka.



Hanya baru hari ini mereka bertemu kembali di pondok kami dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kesyukuran.



Semoga pertemuan itu membawa barkah dan rahmat yang berkekalan sepanjang masa.









Ayahanda Norhayati, Dato’ Ahmad Shahibuddin Mohd Nor adalah bekas seorang wakil rakyat dan anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dalam masa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di negeri ini.



Beliau pernah menjadi rakan sekelas dengan ayah Noorbaiti Zaini ketika belajar di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.



Kata ayah Noor Baiti kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham Dato’ Ahmad Shahibuddin, warisan Tok Bachok itu ialah di airport Pengkalan Chepa. Dalam pertemuan singkat itu beliau sempat memberitahu tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau dan juga isterinya.



Itulah pertemuan mereka yang terakhir, selepas itu tiba-tiba terdengar khabar beliau telah pergi buat selama-lamanya.



Tok Bachok nama sebenarnya ialah Uthman bin Muhammad [1865-1953] seorang ulama Kelantan yang terkenal yang menjadikan Bachok pusat pengajarannya.



Nama Tok Bachok telah diabadikan sebagai nama sebuah sekolah di Bachok, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Tok Bachok..



Sekian sebagai sebuah catatan dan kenangan.

 




Pondok Rahmat



Pasir Tumboh, Kota Bharu



Kelantan Darulnaim.



23 Disember 2021/



18 Jamadilawal 1443.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP