>> Tuesday, December 14, 2021

 


SUDU 



TAK ADA. 



BAGAIMANA  NI??

 

 




Hari ini tidak ada lagi  orang yang tak kenal sudu, baik orang dewasa, kanak-kanak dan bayi pun kenal sudu. 



Suudu sejenis alat dapur yang penting.



Seperti pisau juga setiap buah rumah di kampong  mesti mempunyai sudu yang berguna untuk mencedok nasi, lauk-pauk, dan kuah-muah ketika makan.



Bayangkanlah jika tidak ada sudu bagaimana kita hendak memindahkan kuah sayur atau lauk dari sesebuah pinggan atau periuk ke pinggan kita atau ke pinggan yang lain?



Sebenarnya untuk mencedok makanan dari periuk yang panas ada sejenis sudu yang dipanggil senduk, yang mempunyai pemegang atau tangan yang lebih panjang untuk mengelak dari kepanasan. Senduk ini pada masa dulu diperbuat daripada daripada tempurung kelapa dengan hulu atau pemegang dari kayu.



Dan jika jari-jemari kita berproblem, seperti luka, maka kita terpaksa makan menggunakan sudu untuk menyuap nasi atau lain-lain makanan ke mulut kita untuk memakannya.



Pada masa dulu, sudu itu juga digunakan sebagai alat timbangan untuk menyukat sesuatu bahan masakan, khususnya kueh-mueh. Kerana pada masa dahulu sebelum alat timbangan populer sudu digunakan untuk menyukat sesuatu bahan yang diperlukan, kerana setiap sudu itu dibuat dengan  kandungan yang telah ditetapkan beratmya, seperti susu atau gandum.



Tapi penggunaan sudu sebagai alat timbangan seperti ini tidak praktikal lagi buat masa sekarang, kerana kek-kek itu dibuat dengan banyak, seperti gandum menggunakan bahan-bahan yang banyak, seperti 100 sudu gandum, 100 sudu tepung susu dan 50 sudu  gula halus, tentulah tidak sesuai untuk menggunakan sudu sebagai sukatan, dengan itu alat timbangan yang khusus dan wajar terpaksa digunakan.



Sebenarnya sudu  itu telah lama dipergunakan oleh manusia di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada pralatan dapur. Dalam hal ini ada berbagai-bagai jenis bahan dipergunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis sudu.



Di antara bahan-bahan yang sering digunakan di masa lalu untuk membuat sudu ialah tanduk binatang, gading gajah dan seumpamanya, dan kemudiannya digunakan bahan-bahan galian, seperti besi, tembaga, malah perak dan emas juga untuk membuat sudu kepada mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih.



Kemudian bahan-bahan yang lebih khusus  digunakan untuk membuat sudu, sepert aluminium, bahan-bahan yang tahan panas seperti silikon,dan juga plastik yang tahan panas.



Pernahkah anda terbayang bagaimana kiranya sesuatu keluarga sedang makan bersama di kampong-kampong pada masa dulu didapati tidak mempunyai sudu atau tidak mempunyai cukup sudu, bagaimana mereka makan makanan berkuah, seperti gulai atau sayur?



Jika ada pinggan gulai daging yang tidak bersudu mereka menggunakan pinggan tersebut untuk memasukkan kuah ke dalam pinggan mereka iaitu dengan terus menuangnya sebanyak mana yang mereka kehendaki, sedangkan isinya pula mereka gunakan hujung jari untuk mengambilnya, atau meletakkannya di tepi pinggan gulai terlebih terlebih dahulu sebelum mencubitnya sekadar yang mereka mahu.



Untuk minum air pula mereka curah air itu ke dalam pinggang atau piring kosong dan menghirup air dalam piring atau pinggan itu untuk meminumnya.



Bagaimana pula orang-orang kampong zaman lampau memakan isi kelapa muda dan meminum airnya, sedangkan mereka tidak membpunyai gelas dan sudu untuk memakan dan meminumnya?



Mula-mula mereka bersihkan kulit atau sabut kelapa muda itu dengan dedaun yang ada di situ ataupun menggesel-genselkannya pada rumput-rumput di situ, lagipun buah kelapa itu tidaiklah kotor kerana ia hanya baru dipetik dari pohonnya.



Kemudian dengan menggunakan parang atau golok yang tajam diparasnya sedikit salah satu daripada mana-mana sudut buah kelapa itu dan dengan sekali paras sahaja sekeping sabut kelapa sebesar kira-kira tiga jari akan tertanggal dari kulit atau sabutnya yang segar itu.



Kepingan sabut itu sebenarnya berupa sebuah sudu yang diguna untuk mengokok atau memisahkan isi kelapa muda yang telah dibelah itu daripada tempurungnya untuk dimakan.



Kalau perlukan sebuah sudu lagi buat parasan yang serupa pada buju atau sudut lain pada buah kelapa itu.



Sudu itu bolehlah diguna untuk mengokok  isi kelapa muda supaya berpisah tegasnya tanggal dari tempurungnya seperti menggunakan sudu biasa, dan dengan sudu sabut kelapa itu juga mereka menyuap isi kelapa muda itu ke mulut mereka untuk memakannya.



Buah kelapa itu pula dibelah dengan cermat supaya airnya tidak habis tumpah dan boleh diminum terus dengan menghirupnya daripada tempurung belahan kelapa itu jika dikehendakinya. Membelah kelapa muda  tidak seperti membelah kelapa tua untuk mendapat isinya bagi dikukur atau dimesinkan isinya untuk mendapat santannya.



DOA MAKAN



Baik anda makan dengan jari-jemari secara langsung untuk makan atau menggunakan sudu untuk makan anda tetap diperlukan menyebut nama Allah:



 Bismillahirahahmanirahim.



Kemudian diiringi dengan doa makan yang khusus, antaranya bermaksud:

 



“Ya Allah berkatilah kami pada makanan ini dan berilah kami makan  yang lebih dari ini”.

 



“Segala puji bagi Allah  yang telah memberi makan dan minuman kami serta menjadikan kami sebagai orang-orang Islam”.  

 




Sekian

 



Pondok Rahmat




Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



13 Disember 2021/



8 Jamadilawal 1443.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP