>> Monday, November 1, 2021

 

KAKI MAKAN 



DI AIR OBAT 



TRADISONAL 



KELANTAN




 



Kaki Makan Di Air adalah sejenis penyakit kaki. Penyakit ini biasanya menyerang celah-celah jari-jari kaki.



Pada masa dahulu, orang-orang yang tinggal di kampung-kampung, bila tiba musim hujan, kaki mereka mudah diserang penyakit kaki makan di air, terutama mereka yang tinggal di kawasan-kawasan lembah atau di kawasan yang mudah ditakungi air.



Penyakit ini menyebabkan celah-celah jari kaki akan menjadi basah, bengkak, berair, dan gatal-gatal terutama pada waktu malam, Bila digaru ia akan mengeluarkan semacam air lendir yang pekat dan menyebabkan gatal.



Ia dilenali sebagai penyakit kaki atlet di kalangan orang-orang terpelajar.



Orang-orang kampung biasanya mempunyai cara tersendiri untuk mengobati kaki dimakan air, iaitu dengan menggunakan kapur barus, iaitu kapur makan dengan sireh dan gambir.

 




Caranya ialah dengan mengambil sedikit kapur barus dan sekeping atau dua keping gambir, campurkan dengan sedikit air untuk mendapat adunan yang pekat.



Kaki hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dan dilap kering, kemudian sapukan adunan kapur dan gambir itu dicelah-celah kaki yang bermasalah.



Tapi awas dan sabarlah kerana akan timbul rasa pedih pada tempat-tempat tersebut sehingga ia kering.



Untuk mempercepatkan ia kering dan sembuh jari-jari kaki yang berobat itu hendaklah dipanaskan dengan api. Pada masa dulu mereka menggunakan pelita catak atau pelita minyak tanah atau minyak gas untuk menyalai atau memanaskan  jari-jari kaki tersebut.



Dengan berbuat demikian Isyallah ia akan cepat sembuh, gatal-gatal akan hilang, dan celah-celah kaki akan menjadi cepat kering dan tidak menyakitkan lagi. Malam itu boleh tidur dengan enak dan pagi esoknya sudah boleh berjalan dan bermain air seperti biasa.



Dan andainya pada sebelah malamnya gatal semula kerana siang harinya basah dan berair, maka ulang lagi perkara yang sama sehingga ia sembuh semula.



Sekian.

 



Pondok Rahmat.



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



1 November 2021/



25 Rabiulawal 1443



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP