>> Friday, October 29, 2021

 

RAHSIA



DARI SEKEPING 



LABEL OBAT

 
















Di Sebuah pondok pusat pengajian agama ramai pelajar yang mengikuti ilmu di situ daripada berbagai peringkat usia, lelaki dan perempuan.



Seorang lelaki bertugas sebagai pengetua di spondok itu. Usianya belum sampai lima puluh tahun  dan beliau bertugas di situ sejak masih muda lagi. Pondok itu diasaskan oleh keluarganya.



Palajar-pelajarnya dan juga masyarakat umum memanggilnya Tok Guru dan mereka semua menghormati beliau.



Namun begitu sejak akhir-akhir ini beliau terdengar desas-desus beberapa pelajar baru terhadap sikap beliau yang dituduh oleh mereka lebih menyayangi pelajar-pelajar tertentu. Dan ini menyebabkan mereka rihati dan dengki terhadap pelajar-pelajar tersebut.



Perkara ini disedari oleh Tok Guru, dan merasa perlu diselesaikan segera supaya tidak merebak menjadi problem di kalangan para pelajar.



Pada suatu hari Tok Guru menjemput lima orang pelajar yang tidak puasa hati itu ke rumahnya, bersama dengan dua orang daripada pelajar yang mereka irihatikan itu.



Semua pelajar itu diminta duduk bersama dalam sebuah bilik, sementara Tok Guru berada dalam sebuah lain yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di bilik sebelah. Bilik itu khas sebagai tempat menginap mereka yang datang dari jauh, seperti ibu bapa pelajar dari luar negeri.



Setelah semua berkumpul Tok Guru meminta seorang demi seorang masuk ke biliknya berada. Mula-mula pelajar-pelajar yang tidak ipuas hati itu diminta masuk secara bergilir-gilir seorang demi seorang berjumpa Tok Guru.



Mereka ditanya soalan-soalan yang sama. Mula-mula mereka diminta mengambil sebuah botol obat dari atas meja di sudut bilik itu dan diminta memerhati atau membaca label yang tertampal pada botol obat itu, kemudian mereka ditanya oleh Tok Guru, obat itu untuk siapa, untuk penyakit apa, berapa banyak yang perlu dimakan, bila waktu memakannya, dan berapa kali sehari.



Pelajar pertama yang dipanggil dapat menjawabnya dengan membaca setiap kali pertanyaan itu dikemukakan oleh Tok Guru, kerana setiap kali sebelum menjawab mereka disuruh meletak terlebih dulu botol  obat itu di atas meja. Justeru untuk menjawabnya mereka terpaksa mengambil kembali botol obat itu untuk membaca kenyataannya sebelum Kmemberi jawapan. Kerana itu untuk menjawab kelima-lima soalan To Guru itu mereka perlu mengulangi membaca sebanyak berkali-kali. Selepas itu mereka semua diminta menunggu bersama Tok Guru di bilik tersebut.



Kemudian dua orang pelajar yang mereka irihatikan itu diminta masuk seorang demi seorang, dan diminta menjawab pertanyaan yang sama dikemukakan kepada mereka oleh Tok Guru.



Bila disuruh oleh Tok Guru membaca label obat itu mereka memerhatinya sekejap sebelum meletaknya kembali di atas meja. Bila Tok Guru bertanya, mereka langsung dapat menjawabnya tanpa perlu lagi mengambil botol itu berulang-ulang kali mencari jawapannya pada label di botol tersebut. Kedua-duanya juga dipanggil bergilir-gilir seorang demi seorang seperti yang lain juga.



Sesudah itu, Tok Guru menjemput mereka makan bersama di luar bilik. Katanya Mok mereka, panggilan pelajar kepada isteri Tok Guru telah menyiapkan makanan istimewa untuk mereka hari itu.



Selepas makan, sebelum beredar, kelima-lima orang pelajar itu memohon maaf kepada Tok Guru tentang kesilapan buruksangka mereka kepada Tok Guru dan berjanji tidak akan melakukannya lagi di masa-masa akan datang.



Allah melarang manusia bersasngka buruk terhadap orang lain. Dalam Surah Al-Hujuraat, [49], ayat 12 Allah berfirman, maksudnya:


"Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana  sesungguhnya  sebahagian daripada prasangka itu dosa".



Sekian.

 



Pondok Rahmat,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



29 Oktober 2021/



22 Rabiulawal 1443.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP