RAHSIA IMAN KITA NAIK DAN TURUN
>> Thursday, June 1, 2017
RAHSIA IMAN KITA
NAIK DAN TURUN
[Dialihbahasa
dari:
Suara
Al-Islam:
Keluaran: Januari,
Febuari 1984]
Dalam
menuju kesempurnaan, iman kita selalu menerima ujian. Malah percubaan dan
kesulitan merupakan neraca kekuatan iman kita
Perbezaan antara seorang yang beriman dengan seorang yang tidak beriman ialah persis berbezanya sebidang tanah yang kering dengan sekeping tanah yang memperolehi hujan yang banyak. Tanah-tanah yang disuburkan oleh air hujan, menampung hidup. Dari tanah itu datangnya sayur-sayuran, tumbuhan, dan manusia dan juga hewan bergantung kepadanya. Sebidang tanah yang kering menumbuhkan sayur-sayuran hanya dengan ihsan Allah bila Allah membiarkan pintu langit terbuka untuk menyiraminya dengan hujan. Demikianlah orang yang tidak beriman itu di waktu-waktu tertentu dalam hidupnya, mungkin dengan ihsan Allah akan berubah menjadi seorang yang tegar imannya.
Iman itu sesuatu yang dimiliki dan seperti sejenis tumbuhan ia perlu dijaga. Semata-mata memiliki iman tanpa memberi perhatian untuk meningkatkannya ia akan menyebabkanya tempang dan lemah. Orang yang lemah itu tempat yang baik untuk syaitan. Syaitan dengan dorongan yang halus boleh mendorong orang itu sentiasa melanggar perintah Allah. Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah [kuat] imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”. Al-Anfal: 2.
Al-Quran itu batu asas kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran. Bila seorang yang beriman percaya bahawa wahyu Allah itu benar dan mematuhinya maka keimanannya akan meningkat. Mematuhi perintah-perintah Allah dan kepada ajaran Nabi SAW mungkin bercanggah dengan nafsu, keinginan, kesukaan, tabiat dan kesenangaan dirinya sendiri. Dia bukan sahaja tidak mengubah perintah-perintah Allah itu, tapi meninggalkan amalan-amalannya yang palsu itu.
Kita juga mesti menyedari bahawa iman itu berkemampaun hidup dan reput. Penapian kepada kebenaran akan melemahkan keimanan kita, demikian juga setiap penerimaan kebenaran akan meningkatkan keimanan kita itu. Dalam al-Quran kita membaca:
“Dan Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka [yang telah ada].-Al-Fath [48]:4
“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk”. Maryam [19]:76.
“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka”.al-Kahf [18]:13.
Justeru kita juga membaca ayat al-Quran yang sebaliknya:
“Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir, maka hati mereka dikunci, sehingga mereka tidak dapat mengerti”.Al-Munafiqun [63]:3.
Setiap Muslim dapat membuktikan kebenaran hakikat ini menerusi pengalaman mereka. Setelah kita mengetahui keadaan iman ini, maka kita perlu mengawasinya daripada menjadi reput dan meningkatkannya dari masa ke masa. Kita ketahui jalan menuju kesempurnaan itu tidak pernah berakhir. Merujuk kepada ayat dalam Surah Al-Anfal di atas, kita dapat memeriksa keadaan iman kita. Pernahkah hati kita merasa gementar bila nama Allah disebut, justeru menambahkan lagi ingatan kita kepada-Nya. Atau bila ayat Allah disebut kita yakin akan kebenarannya. Andainya ada sedikit sahaja kesan-kesan perasaan seperti itu, justeru kita boleh merasa gembira kerana setidak-tidaknya ada petunjuk bahawa ada iman dalam hati kita. Andainya tidak ada kita akan bermain dengan bayang-bayang.
Untuk mencegah diri kita daripada bermain dengan bayang-bayang dan mencegah kemerosotan iman kita, maka kita perlu mengenakan sedikit displin dalam diri kita, iaitu:
1.Yakin dengan hati kita
2.Mengaku dengan lidah kita
3.Mengamalkannya.
Andainya salah satu daripada sifat-sifat tersebut tidak ada, maka iman kita telah pincang. Umpamanya, seseorang melakukan solat setiap hari, tapi hatinya tidak pernah membenarkan tujuan dan kebaikan solat itu. Solatnya hanya menunjuk-nunjuk. Orang seperti ini menghadapi bahaya menjadi orang munafik.
Salah satu lagi rahsia yang penting untuk meningkatkan iman kita ialah mengandaikan iman kita tidak pernah sempurna. Kiranya kita berfikir iman kita sempurna, ini menujukkan hati kita sedang sakit tenat.
Dalam perjalanan menuju kesempurnaan, iman kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Malah aneka percubaan dan kesulitan adalah menjadi ukuran kekuatan iman kita.
Langkah yang praktikal yang wajar diambil oleh setiap Muslim ialah berkumpul bersama-sama di mana mereka berada dan walau bagaimana sedikit bilangan mereka sekalipun. Dengan cara ini mereka boleh membentuk sebuah badan dakwah yang aktif. Tanpa dakwah, istana kepalsuan tidak dikunjungi, apa lagi merosakkannya. Kepalsuan adalah patung yang menarik penyembah-penyembah nafsu dan keseronokan.
Berjuang di jalan Allah merupakan perisai kepada serangan-serangan syaitan dan godaan duniawi. Ia dapat melindungi iman dari kejatuhannya. Ia merosakan patung kepalsuan dan ejen-ejennya. Sebaik-baik sahaja kita menyedari kita sedang menjunam jatuh, kita mestilah berusaha membetulkan kesalahan-kesalahan kita dan memperbaharui semangat juang kita. Sebagaimana firman Allah:
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka”. Al-Imran [3]:135.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment