AMAL SOLEH;KENAPA DIROSAKKAN
>> Sunday, August 7, 2016
AMAL SOLEH: KENAPA DIROSAKKAN?
Ada
orang suka membuat kebajikan dengan berbagai-bagai usaha yang
bersungguh-sungguh. Tapi senafas itu juga mereka sendiri membinasakannya.
Mereka
seperti pelajar yang memasuki peperiksaan, dapat menjawab semua soalan dengan
betul, tapi keputusannya tidak memperolehi apa-apa markah.Justeru mereka gaggal
dalam peperiksaan.
Sebabnya
kerana mereka melanggar peraturan-peraturan atau ketetapan-ketetapan asasi yang
telah dibuat dan wajib dipatuhi dan tidak boleh sama sekali mereka langgari.
Demikian
jugalah ada amalan-amalan kebajikan yang manusia lakukan semasa hidup di dunia, tidak memberi
apa-apa faedah kepadanya di akhirat nanti. Mereka mendapat markah kosong.
Apakah
amalan-amalan kebajikan yang tidak memberi sebarang hasil setelah mereka mati,
sedangkan Allah SWT telah berjanji, setiap perbuatan manusia, walapun sebesar
atom sekalipun akan dikurniakan ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti?
Menurut
Rasulullah SAW amalan-amalan kebajikan yang diberikan markah kosong di akhirat
nanti adalah sebagai berikut:
Baginda
telah memberi tiga contoh mengenai tiga orang manusia yang tidak diberikan
sebarang ganjaran pahala, walaupun pada pandangan lahiriahnya segala amalan
yang mereka kerjakan itu merupakan amalan-amalan orang beriman dan bertakwa.
Pertama:
Seoraang
hamba Allah telah mati terbunuh di medan peperangan,dan dia dikatakan mati
syahid, kerana mati dalam menegakkan kebenaran dan menegakkan agama Allah yang
suci.
Tapi
bila amalannya itu dihisab, amalanya itu tidak diberi markah oleh Allah SWT,
kerana dalam perjuangannya menegak agama Allah itu dia tidak IKHLAS, kerana dia
berjuang untuk mendapat pujian dan sanjugan serta terkenal sebagai seorang
pahlawan ulung.
Kedua:
Seorang
hamba Allah yang tinggi ilmu agamanya, lancar dan fasih pidatonya, membuat
orang ramai terpukau bila mendengar beliau berucap.
Tapi
setelah dihisap, dia dikurniakan markah kosong oleh Allah SWT, kerana yang
dikejarnya kemasyuran nama sebagai seorang alim dan pemidato yang terulung.
Tegasnya dia berjuang bukan IKHLAS kerana Allah.
Ketiga:
Ada
seorang hamba Allah yang suka benar menolong orang, membantu siapa sahaja yang
memohon pertolongan darinya.
Tapi
setelah dihisab, dia juga mendapat markah kosong. kerana tidak ada KEIKHLASAN
dalam amalannya itu, kerana dia hanya mengharap untuk mendapat pujian dan
sanjungan orang ramai serta terkenal sebarang seorang dermawan.
Sungguh
malang nasib orang-orang yang kelihatan alim dan warak di dunia, ataupun
kelihatan suka menabur khidmat bakti mereka, kepada agama, bangsa dan negara,
tapi tidak dikurniakan apa-apa faedah atau mendapat apa-apa ganjaran dari penat
jerihnya itu dari Allah SWT akibat telah diperdaya oleh was-was syaitan yang
menukar halatuju perjuangannya daripada mencari keredaan Allah kepada
perjuangan untuk mencari kepuasaan nafsu dirinya sendiri.
Semoga
Allah menjauhkan perkara ini ke atas kita semua. Semoga kita berjaya di dunia dan bergembira di akhirat.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment