MIGRAINE; PANTANG-PANTANG BILA SAKIT

>> Friday, December 4, 2015







MIGRAINE, PANTANG-PANTANG BILA SAKIT

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar di kalangan generasi baru bahawa mereka menghidapai migraine.


Apakah migraine?




Antara ibu jari dan jari telunjuk




Migraine dalam bahasa kita yang mudah ialah sakit kepala sebelah.

Ia boleh menyerang semua peringkat umur, baik kanak-kanak, orang-orang dewasa dan juga orang-orang tua. Gejala migraine yang menyerang kanak-kanak biasanya tidak serupa dengan gejala-gejala migraine  yang menimpa orang dewasa.


Tapi ia tidak terhenti setakat itu sahaja, kerana migraine mungkin disertai oleh rasa mual-mual dan muntah-muntah, serta berlaku perubahan sementara pada pengelihatan mata mangsa.


Mengikut doktor gangguan pada pengelihatan mata ini mungkin berlaku sebelum migraine menyerang, atau berlaku selepas diserang migraine, atau berlaku dalam masa serangan, dan mungkin berkekalan selama dua puluh empat jam selepas mendapat serangan.


Gangguan pengelihatan itu ia berupa cahaya yang berkelap-kelip, lingkaran cahaya pada sesuatu benda yang bundar, dan sebagainya.


Punca


Serangan migraine itu mungkin dicetuskan oleh berbagai-bagai faktor yang berbeza-beza antara seorang dengan seorang.


Seperti kebanyakan penyakit lain juga, ketika migraine menyerang, ada beberapa perkara mesti dipantangi, supaya sakit kepala tidak berlanjutan dan juga cepat sembunya.


Antara pantang larang itu, terutama ketika sakit diserang migraine ialah:


~Jangan makan coklat, keju, buah citrus dan jangan minum kopi.


~Jauhi arak.


~Jauhi bawang putih,  bawang dan buah anggur hitam.


~Jauhi makanan yang mengandungi “tyrmaine”, seperti buah kurma, pisang, bayam, telur, broad bean, sos soya, buah ara dan buah prun.


~Jauhi masakan Cina yang mengandungi Monosodium gluconate [MSG]. Menurut pakar, masakan Cina sering menjadi pencetus  serangan migraine.


~Jauhi makanan-makanan yang menggandungi zat Nittrates dan Nitrites yang biasanya digunakan untuk mengawetkan  makanan-makanan yang tertentu.


Digalakkan Makan


Sebaliknya penghidap-penghidap migraine digalakkan memakan banyak makanan seperti:

~Biasakan makan makanan-makanan yang ringan untuk mencegah jatuhnya paras gula dalam darah.


~Gunakan halia dalam masakan atau parutkan halia dan perah airnya dan minum air halia dengan air panas seperti tea.


~Makan makanan-makanan yang kaya dengan zat Magnesium.



Tindakan Mencegah


Selain itu tindakan mencegah juga boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelak daripada diserang sakit kepala migraine, iaitu dengan mengelak perkara-perkara yang boleh mencetuskan serangan migraine itu.


Pencetusnya memang banyak, antaranya:


Dari segi kerohanian: Kecemasan, kemarahan, menghadapi peperiksaan,  tekanan, kejutan, kerangsangan, keghairahan, kebimbangan dan dalam masa percutian.  


                                                Picit sampai sakit



Dari segi jasmaniah: Termasuklah tindakan membengkok, membongkok, berkembara, bangkit lewat dari tidur, perubahan cuaca dan mandi air panas.


Dari segi anggota badan: Mendengar bunyi yang kuat, mencium bau yang keras, dan merokok.


Dari segi pemakanan: Makan coklat, makan tidak teratur, makan kiju, buah-buah kering, buah citrus, dan makanan-makanan masin.


Dari segi pandangan mata: Terpandang cahaya natahari yang terang benderang, terlihat pancaran kilauan cahaya yang terang dan melihat cahaya, melihat bintik-bintik pada kaca tv yang terpasang.


Namun begitu satu sebab sahaja tidak mungkin mampu mencetuskan migraine kepada seseorang, tapi ia memerlukna gandingan beberapa sebab pencetus migraine.


Mengurang Kesakitan:


Bila migraine telah menyerang, kesakitan kepala akan terasa. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, kesakitan itu dapat dikurangi.


Caranya ialah dengan jalan mengepit di celah jari antara ibu tangan dan jari telunjuk dengan menggunakan ibu tangan dan jari-jari. Kepitan itu mestilah dilakukan dengan cukup kuat sehingga menimbulkan kesakitan.


Selain itu ubat-ubat penahan sakit juga biasa digunakan. Tapi jika pada pesakit terdapat tanda akan muntah, ubat penahan sakit tidak lagi berkesan, kecuali muntah itu dapat ditahan.


Tapi sejak kebelakangan ini, mungkin ramai pesakit-pesakit tidak lagi suka memakan “painkillers” kerana menyedari kesan-kesan sampingannya yang serius. Justeru cara yang pertama  dapat menjadi cara alternatif.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP