KOPI MENGANCAM KESIHATAN ANDA?

>> Tuesday, December 22, 2015







KOPI MENGANCAM KESIHATAN ANDA??



Kopi adalah sejenis minuman yang telah lama wujud dan diminati oleh manusia sejagat yang menjadikannya sebagai minuman harian mereka. Kopi diminum oleh segenap peringkat manusia, lelaki, perempuan, orang-dewasa dan kanak-kanak juga.


Menurut penyiasatan, di dalam kopi terdapat beberapa jenis zat, seperti kafin, asid klorjin dan tigonilin dan asid nikotinik.


Pada suatu ketika dulu setiap orang penduduk Amerika Syarikat menggunakan sebanyak lebih dari 16 paun serbuk kopi setiap tahun. Sebagaimana kita  ketahui serbuk kopi perlu dicampur dengan air yang mendidih terlebih dulu sebelum dapat dijadikan minuman kopi. Kemudian dicampur pula dengan susu, gula dan sebagainya untuk menjadikannya lebih enak diminum. Serbuk kopi 16 paun itu boleh menghasilkan bergelen-gelen minuman kopi.


Peminat-peminat kopi tegar, biasanya minum kopi terlebih dahulu sebelum makan pagi atau kopi merupakan sebahagian makanan pagi. Mereka minum lagi kopi waktu makan tengah hari dan ketika makan malam dan juga mnum lagi secawan dua kopi dalam masa menjelang waktu tidur.


Selain daripada memenuhi selera untuk minum, ada lagi lain-lain faktor yang menyebabkan seseorang minum kopi. Sebahagian besar daripada peminum kopi mendakwa kopi dapat mencergaskan badan nereka, menghilangkan rasa mengantuk, keletihan dan menimbulkan kententeraman.


Kopi menjadi minuman pilihan kepada pemandu-pemandu kenderaan, seperti bas atau lori, biasanya mereka memandu di waktu malam dalam perjalanan yang jauh. Tujuannya ialah untuk kesegaran dan mencegahnya daripada merasa mengantuk. Biasanya untuk tujuan terebut, mereka meminum beberapa cawan kopi sebelum memulakan tugas.


Mengikut kajian dalam kopi ada bahan  perangsang, menyebabkan kebanyakan peminum kopi merasa selesa hidup sepanjang hari. Di sinilah terletak sumber ancaman bahayanya. Kerana dengan semata-mata bergantung kepada perangsang, tanpa mengindahkan zat-zat makanan, seperti vitamin, zat galian, zat besi dan sebagainya mereka akan menerima padahnya dari segi kesihatan.


Kita mungkin tidak menyedari bahawa dalam secawan kopi mengandungi antara 8 hingga 12 sentigram kafin. Justeru jika ada seseorang yang meminum kopi sebanyak 50 cawan dalam tempoh 24 jam samalah ertinya dia bersedia untuk membunuh dirinya sendiri.



Ini bukan kopi, tapi teh




Menurut Dr. Carlson Wade minuman kopi tidaklah baik untuk anda, walaupun anda makan dengan wajar. Namun begitu, beliau tidaklah mengatakan minum sekali sekala secawan kopi boleh mambahayakan kesihatan anda.


Namun begitu, beliau menarik perhatian kepada ujian-ujian yang pernah dilakukan di makmal terhadap binatang-binatang yang minum terlalu banyak kopi dalam masa yang lama. Binatang-binatang itu mengalami keracunan. Kanak-kanak yang minum kopi juga boleh mengalami keracunan kopi yang sama.


Beliau menegaskan, terlalu banyak minum kopi dalam apa keadaan sekalipun boleh menimpakn bahaya.


Perangsang itu ialah kafin yang terdapat dalam kopi. Katanya anggota pertama yang menjadi mangsa serangan kafin ialah sistem saraf anda. Bila kafin memasuki tubuh anda, denyutan jantung anda meninggi. Lilihan kelenjer gastrik anda juga akan bertambah banyak. Justeru jika perut anda bermasalah, seperti menghidap radang perut anda mungkin akan merasa sakit, semput dan memulas.


Di samping itu kopi juga merbahaya kepada penghidap-penghidap penyakit jantung, urat-urat darah dan buah pinggang.


Jika anda berada dalam ketegangan dan hati yang terganggu meminum kopi yang terlampau banyak boleh menyebabkan jantung anda berdebar, insomnia, sakit kepala dan boleh menyebabkan anda keresahan.


Kopi juga kata Dr Carlson Wade menimpakan kesan terhadap kimia kelenjer anda. Ia bertindak sebagai perangsang kepada kelenjar adrenalin dan ini menyebabkan anda merasa segar sementara  daripada kopi.


Adrenalin secara normal bersegera menjalari sistem saraf anda bila emosi anda berkocak, seperti merasa ghairah atau takut.


Bila adrenalin anda dihasil terlalu banyak oleh  hati, anda akan bertindak memecahkan simpanan gula badan anda dan memasuki saluran darah anda, jutseru ia memberi tenaga tambahan kepada anda. Justeru kalenjer pankreas mesti bertindak untuk menormalkan paras gula dalam darah.


Keadaan yang sama juga tercetus dengan pengambilan makanan biasa. Tapi jika perkara itu berlaku berulang kali sepanjang hari, berpuca daripada perangsang tiruan, iaitu kafin, badan anda boleh menjadi terlampau sensitif dan lebih kerja. Dan ini boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan dan kemusnahan.


Malah kopi memang telah diketahui merosakkan vitamin C, iaitu vitamin yang berfungsi untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit.


Lalu Dr. Carlson Wade, membuat kesimpulan, bahawa dipandang dari sudut mana sekalipun, meminum kopi terlalu banyak tidak dapat memberi apa-apa kebaikan kepada anda, kecuali kesusahan. Justeru jika anda suka menikmati masa rihat tengah hari, anda akan menjadi lebih segar dan tetap sihat, dengan meminum jus buah-buhan bukannya minum kopi.


Namun begitu, kafin menjadi minuman yang tidak merbahaya kepada keselamatan jika zat kafinnya dan minyak dikeluarkan daripada bahan kopi itu terlebih dahulu sebelum ianya digoreng untuk dijadikan bahan minuman. Bila bahan-bahan negatif dalam kopi itu dibuang, maka kopi akan bertukar menjadi minuman sihat dan segar yang bebas diminum dengan selamat tanpa takut diancam peyakit seperti biasa.


Justeru jika anda hendak minum kopi, carilah kopi yang tidak megandungi kafin di kedai-kedai atau di pasar-pasar raya.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.










0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP