PENGALAMAN SAYA DENGAN GOUT

>> Wednesday, August 26, 2015






PENGALAMAN SAYA DENGAN GOUT



Pada suatu hari M [bukan nama sebenar] merasa sakit sedikit kaki kirinya di sekitar buku lali.. Tapi oleh sebab M meganggapnya sebagai perkara biasa, dia tidak mengindahkanya.

                                 Kaki Kena Gout
Tapi beberapa hari kemudian, bengkak di buku lalinya  itu terasa bertambah besar sedikit dan rasa sakitnya juga bertambah. Pada malamnya dia mengambil minyak ubat dan mengurutnya sendiri sebelum tidur. Kemudian meletaknya sebuah bantal air panas di bawahnya waktu dia tidur. Selesa rasanya.


Pagi keesokannya  kakinya kelihatan kian membengkak dan sakitnya kian bertambah lagi. Tempat sakit itu terasa padat macam dicengkam. Petangnya M dibawa oleh keluarganya menemui doktor di sebuah klinik.


Setelah diperiksa, doktor mengatakan dia telah terkena penyakit gout yang belum pernah dialaminya selama ini. Doktor tersebut mejelaskan secara ringkas punca-punca penyakit gout.

M akui apa yang dikatakan oleh doktor itu memang benar. Sepanjang bulan yang lalu  dan selepasnya, dia makan nasi berlaukkan hati ayam setiap hari. Oleh sebab badannya waktu itu kekurangan air, dia terpaksa minum air lebih banyak, tapi kalau tidak lalu makan bagaimana hendak minum air banyak. Justeru untuk melalukan dia makan, M makan nasi berlaukkan hati ayam setiap hari, lauk yang amat digemari di masa-masa mudanya yang lalu, tapi telah puluhan tahun ditinggalkannya bila mengetahui ancaman memakan anggota dalaman haiwan, seprti hati, limpa dan sebagainya.


Ketika menjamah  gout dikaki M doktor berkata, bila gout bengkak, warnanya menjadi merah dan terasa panas bila dijamah macam ini. Waktu itu kesakitannya akan meningkat.


Gout juga kata doktor boleh menyebabkan mangsanya demam dan kesejukan akibat bengkak sendi dan panas. Tapi M bernasib baik kerana tidak demam.


Doktor juga bertanya adakah dia merasa sakit dan boleh menanggung kesakitannya, oleh sebab masa itu sakitnya belum begitu parah, M mengatakan dia masih boleh bertahan, dan menolak untuk diberi suntikan tahan sakit.

Tapi pada malam itu kesakitan gout pada kakinya mulai menguat. Dia hampir tidak boleh berdiri dan berjalan terpaksa menggunnakan bantuan tongkat untuk selama beberapa hari. Hendak solat pun susah. Walau bagaimanapun dia bersabar selama beberapa hari sehingga kesakitannya berangsur-angsur hilang dengan izin Allah dan pertolongan ubat yang diberikan doktor.

M juga membaca doa “pain killer” yang diajar oleh Rasulullah SAW bila seseoramg merasa mana-mana bahagian badannya sakit.


Lagipun menurut doktor tersebut goutnya itu masih di peringkat awal, dan belum berat, tidak perlu apa-apa yang henda dibimbangkan. Katanya ada pesakit-pesakit goutnya yang langsung tidak dapat berjalan, dan terpaksa diusung, ada pula gout yang bermata dan pecah bernanah. Gout saya ini baru bermula sahaja.


Apakah Gout?


Gout adalah sejenis sakit atau sengal-sengal di sekitar  anggota  sendi kerana sebab-sebab tertentu.


Penyakit gout telah lama wujud sejak ribuan tahun yang lmpau lagi. Penyakit ini dikatakan berpunca dairpada makanan-makanan sedap yang pada masa itu menjadi kebiasan di  kalangan orang bangsawan atau ningrat.


Pada  hari ini untuk mengatakan gout sebagai penyakit orang-orang berada tidak betul lagi, kerana makanan-makanan seperti hati, limpa dan sebagainya, boleh dimakan dengan harga yang murah, setidak-tidaknya sepinggan atau sebungkus hanya baru beberapa ringgit sahaja.


Selain itu gout juga mungkin merupakan penyakit warisan dan kurang metalbolosme dan berat badan yang berlebihan boleh mengundang gout.

Sehingga hari ini gout masih belum berjaya disembuhkan sepenuhnya oleh perubatan moden. Tapi dengan mengambil ubat-ubatan tertentu dan mengelak daripada makan makanan-makanan tertentu dalam menu harian kita mungkin boleh mengelak daripada mendapat gout.


Mengikut nasihat pakar-pakar, kita hendaklah mengambil sedikit sahaja makanan-makanan yang  kaya dengan bahan yang boleh terus menukarnya menjadi uric acid dalam darah kita


Makanan itu termasuk anggota-anggota dalaman haiwan, terutama hati, limpa, dan perut, serta sesetengah ikan seperti ikan bilis, ikan sardin dan ikan mackerel, dan sayur-sayuran pula, seperti asparagus, dan kacang-kacang, bayam dan sebagainya.


Makanan orang-orang kaya atau bengsawan orang zaman dahulu biasanya banyak mengandungi bahan berlemak, dan kalau di kalangan orang-orang bukan Islam ditambah lagi sejenis makanan, iaitu minuman keras. Biasanya, kedua-dua benda inilah yang menjadi punca kepada penyakit gout  atau sakit sendi.


Hari ini jutaan orang di seluruh dunia   menghidapi penyakit gout. Kebanyakan mereka terdiri daripada lelaki yang lenih berat badan atau overweight yang berusia empat puluh tahun ke atas, dan juga kaum wanita paska
putus haid. Walau bagaimanapun kaum lelaki lebih banyak mendapat masalah gout dari kaum wanita


Mengikut doktor gout berlaku kerana sejenis bahan yang dipanggil asid uric berlebihan dalam darah yang terdapat di dalam badan seseorang. Arid usid ini boleh menjadi kumpulan kristal dalam darah seseorang.


Asid uric  ini meninggi dalam darah seseorang mungkin berpunca daripada makanan-makanan tertentu seperti dikatakan di atas tadi dan mungkin juga berlaku kerana ketidakwajaran dalam pembuangan asid uric 
itu dari badan.

                                 Hati-hati Pilih Makanan  
Apakah asid uric. Asid uric  ialah bahan-bahan buangan yang tidak dikehendeaki oleh cel-cel badan. Dan bila asid uric ini tinggi jumlahnya berkumpul dalam darah, maka sejenis bahan yang dipanggil sodium urate crystal [kristal] mungkin terbentuk. Bila kristal-kristal ini memasuki dan berada sendi-sendi kita menyebabkan kita akhirnya  mendapat gout.


Kristal ini yang bertanggungjawab menyebabkan kesakitan pada sendi-sendi dan juga menyebab ianya menmenjdi bengkak.


Anggota yang biasanya yang sering menjadi mangsa serangan gout ialah ialah ibu kaki. Tapi ia boleh juga mengenai semua semua sendi-sendi jari kaki, jari tangan, lutut, lengan dan bahu, seperti M mendapat serangan di sendi buku lali..


Kepada orang-orang biasa serangan gout pada ibu kaki bunyinya lekeh sangat dan tidak  wajar diberi perhatian kerana ianya tidak merbahaya. Hanya orang-orang yang pernah diserang gout sahaja yang mengerti untuk menghargai penyakit gout. Dia sedar bengkak itu boleh menyebabkan sakit yang memeritkan.


Itulah sebabnya, ketika diserang gout, doktor menasihatkkan pesakit supaya tidak membebankan anggota kakinya yang bergout itu, untuk mengelak daripada berlaku kecederaan yang lebih seirus. Malah dokor menasihatkan supaya kaki di rehatkan buat sementara.


Kaki yang bergout hendaklah diletakkan lebih tinggi, terutama ketika baring, supaya darah tidak turun dengan laju ke tempat yang sakit dan dan ini dapat mencegahnya daripada bertambah bengkak.


Jangan demah gout dengan air panas atau air batu kerana kedua-duanya boleh menambah kesakitan. Air panas boleh menderaskan lagi pengaliran darah ke tempat yang sakit sementara air batu pula boleh menyebabkan bertambahnya kristal, dan ini boleh menyebabkan gout menjadi tambah serius.


Sebaik-baiknya ketika mendapat gout berihatlah, supaya kaki yang bergout itu tidak bertambah sakit dan cepat sembuh.


Makanan


Dari segi makanan pula perkara-perkara ini perlu diberi perhatian untuk mengelak dan mencegah gout, selain daripada makanan-makanan yang perlu dijauhi ialah:


Air hendaklah diminum dengan banyak untuk mencairkan asid uric  yang terdapat dalam aliran darah dan  menolong mencegahnya daripada menjadi gumpalan kristal yang akan menyakitkan.                                                           


Makan sayur celery  dan juga biji celery  juga boleh membersihkan asid uric dalam aliran darah.

Kunyit pula menolong  menyurutkan bengkak dan mengurangkan rasa sakit gout.
                                                     
Orang-orang tua kita pula menasihatkan kita supaya minum teh air misai kucing yang banyak khasiatnya itu.


Ulam-ulam spereti daun pegagga juga baik.


Minyak zaitun juga berguna.


Jangan urut gout, kerana boleh menambahkan kesakitan. Salah seorang kenalan M terpaksa diusung ke hospital kerana mengurut goutnya.


Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
PT.KB. Kelantan Darulnaim.



5 comments:

UmmuAyyash April 12, 2016 at 7:14 AM  

Saya pernah ada pengalaman melihat pesakit gout yang kronik, kasihan sangat. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat kita semua aameen.

Anonymous,  June 24, 2016 at 10:52 PM  

saya pernah alami..mmg sakit dan menderita..alhamdulillah skrg dah sihat..boleh cuba contact
https://penawarpenyakitgout.blogspot.my

MaMa Chantique May 26, 2017 at 6:15 PM  

Gout ni jangan di buat main...memang menderita menangungnya..ada yang sampai jalan bertongkat gara-gara penyakit gout ni...

Daud Mohamad September 7, 2017 at 8:39 AM  

Kawan saya dah 20 tahun mengidap gout sampai dah kronik boleh daftar OKU. Jemput ke blog saya untuk baca perkongsian pengalamannya menghadapi GOUT.

syakila saiman October 3, 2017 at 1:35 PM  

tuan, saya nak share dalam facebook boleh?suami saya sakit gout juga..

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP