PUJI MATI

>> Thursday, June 11, 2015







PUJI MATI


Mati itu temannya hidup. Setiap hari, malah setiap detik, berlaku kematian di seluruh dunia. Si mati itu mungkin keluarga kita, atau bukan keluarga kita; mungkin kita kenali atau mungkin juga tidak kita kenali;mungkin orang yang kita kasihi atau orang yang kita benci.

Biasanya bila seseorang mati, orang yang menetahuinya atau mengenalinya akan mengucap takziah kepada keluarganya dan mengalungkan berbagai-bagai bunga kepujian kepada si mati.

Mereka mungkin terdiri daripada para sahabatnya, atau musuh-musuhnya malah orang munafik terhadapnya sewaktu hidupnya juga tidak lokek untuk melonggokkan pujian terhadap si mati.

Mereka tidak segan-segan mendakwa si mati pada masa hayatnya seorang yang sangat baik, suka menolong orang, pemurah, warak, pemikirannya bernas dan sebagainya lagi, termasuklah musuh-musuh ketatnya semasa hayat, terutama musuh-musu poiltiknya ikut mencurah kepujian.

Ada beberapa sebab orang yang mati segera dipuja dan dipuji oleh musuh-musuhnya semasa hayatnya dulu,

Orang mati tidak lagi boleh menjadi musuh orang hidup. Jasadnya telah keras kaku dan tidak berfungsi lagi. Dan akan segera disemadi dalam tanah buat selama-lamanya. Si mati telah menjadi bangkai yang pekak dan bisu terhadap hal-hal keduniaan.

Orang mati tidak dapat berfikir lagi, tidak dapat berhujah lagi, tidak dapat menyanggah lagi, tidak dapat mengeritik lagi, baik dengan mulut atau dengan tulisan, justeru itu orang-orang yang hidup tidak perlu lagi takut kepada mereka yang telah mati itu. Dia bukan musuh yang nyata lagi.

Kematian telah memadamkan senarai barisan musuhnya dan untuk selama-lamanuya, Justeru si mati tidak perlu lagi dicurigai atau ditakuti.

Teganya orang-orang mati tidak lagi dapat memberi apa-apa pertentangan atau  perlawanan atau perseteruan kepadanya, walaupun semasa hayatnya dulu si mati adalah salah seorang seteru ketatnya, secara jelas atau tersembunyi.

Si mati tidak lagi dapat melihat dengan matanya untuk menyatakan tidak bersetujunya atau menentang apa-apa yang dilakukannya, walaupun perkara yang sedang dilakukannya itu tidak wajar. Mata si mati tidak lagi dapat menjadi saksi apa-apa perbuatannya itu kerana telah tertutup rapat, dan tidak terbuka lagi buat selama-lamannya.

Demikian juga dengan telinganya telah menjadi pekak dan bisu untuk mendengar kata-katanya walaupun dusta dan penuh penipuan. Dia tidak perlu takut dan bimbang lagi, kerana telinga si mati telah tersumbat dan tidak lagi dapat menjadi saksi ke atasnya.

Si mati tidak lagi menjadi beban kepada si hidup, kalau selama ini dia menjadi beban kepada mereka yang masih hidup, Kematian telah menamatkan beban itu, baik berat atau ringan.

Justeru si mati tidak lagi perlu dikutuk segera. Lagipun alangkah buruknya mengutuk si mati yang tidak lagi mampu memberi apa-apa reaksi, malah tidak mendengar dan mengetahuinya pun. Justeru lebih memberi pujian dan sanjungan, supaya orang-orang yang masih hidup, orang-orang yang menyayanginya tidak menaruh sebarang permusuhna dengannya lagi.

Lagipun memberi pujian itu tidak memerlukan sebarang perbelanjaan, buka saja mulut, lalu ucapkan sesuatu pujian, baik dengan hati ikhlas atau tidak ikhlas, tidak ada siapa yang tahu, dan ianya tidak melibatkan sebarang kerugian harta benda. Kecuali air liur yang keluar dari mulut itu bertukar menjadi butir-butir emas dan terus jatuh ke gengaman orang lain.

Namun begitu mungkin ada puji-pujian yang sungguhati, yang benar dan jujur, yang turut merasa sedih di atas pemergiannya yang tidak akan kembali lagi itu. Kemudian turut berdoa untuknya semoga diredai oleh Allah dan berada di tempat yang mulia di sisi-Nya.
hakikat puji mati itu.

KLIA,
SELANGOR

2 comments:

ken bryan June 11, 2015 at 5:11 PM  

salam tuan, saya faizah izzani zakaria daripada utusan malaysia. boleh saya dapatkan emel tuan. ini emel saya angah.ichigo@gmail.com. saya ingin berhubung dengan tuan. harap dpt maklumbalas.

Pondok Rahmat June 16, 2015 at 7:24 AM  

Salam. email yang diberi tidak dapat dihubungi. Katanya tidak dikenali. Saya baru balik di Indonesia. Masih di KL lagi.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP