KAMPUNG-KAMPUNG NAMANYA POKOK-POKOK

>> Saturday, February 14, 2015





KAMPUNG-KAMPUNG NAMANYA POKOK-POKOK


Mungkin disedari atau tidak disedari banyak kampung-kampung di Kelantan, malah di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia juga mempunyai nama-nama kampung berasal dari nama-nama pokok.







Sebahagiannya memang telah dikenali umum kerana nama-nama kampung itu memang popular, dan mungkin masih banyak lagi yang tidak didengari namanya terutama yang terletak jauh di pendalaman.


Kampung-kampung itu memang telah lama wuud dan dinamakan mengikut nama pokok yang tumbuh di situ, dan kebanyakannya tidak kita ketahui lagi bagaimana bermula sejarahnya pemberian nama-nama itu.


Selain nama kampung menggunakan nama pokok, projek-projek perumahan atau taman-taman yang diwujudkan akhir-akhir ini juga biasa menggunakan nama-nama pokok, selain daripada mengguna nama tokoh-tokoh tertentu yang  dianggap berjasa. Juga nama-nama jalan di taman-taman perumahan juga biasa menggunakan nama-nama pokok.


Biasanya pokok-pokok yang sering digunakan di taman-taman perumahan ialah pokok-pokok bunga, terutama sekali- nama lorong atau jalan dalam taman itu. Seperti Jalan Selasih, Jalan Kemboja, Jalan Kenanga dan sebagainya.


Kenapa

Ada beberapa faktor yang menyebabkan nama-nama kampung di masa-masa yang lalu dinamakan mengikut nama pokok-pokok tertentu. Sudah tentunya pokok-pokok itu merupakan pokok-pokok yang popular kerana beberapa faktor.
.

Pada asalnya semua kampung tidak bernama. Sebagaimana manusia dikeluarkan dari perut bondanya. Tapi bila manusia menempatinya atau biasa dengannya maka mereka terpaksa memberi tanda pengenalan kepada tempat-tempat atau kampung-kampung itu sebagai batu tanda supaya mereka tidak keliru dan mudah mencari tempat tersebut. Kebiasannya pokok-pokok yang didapati   tumbuh dan mudah dikenali maka digunakanlah nama pokok-pokok itu sebagai tanda pengecaman sesebuah tempat.


Kalau orang bertanya “Awak nak pergi mana?”. Masa itu tempat masih belum bernama, maka orang itu ambil jalan mudah lalu berkata, “Di tempat yang ada pokok pauh tu”.


Akhirnyta bila terlalu kerap digunakan dan ramai menggunanya maka, dipanggillah “Kampung Pauh”. Dan panggilan itu terus melekat buat selama-lamanya.


Keistimewa Pokok

Pokok yang dijadikan batu tanda itu pula merstilah merupakan pokok yang mempunyai ciri-ciri yang khusus, dan bukannya sebarang pokok diambil untuk dijadikan nama tempat.


Pokok tersebut mungkin tidak banyak terdapat di tempat itu, Mungkin hanya ada sepohon atau sepohon dua sahaja waktu itu di tempat tersebut. Seperti pokok Binjai, maka dinamakanlah Kampung Binjai.


Pokok itu mungkin pohon yang besar, yang ke-besarannya mengalah pohon-pohon yang lain, dan mudah dicari. Seperti pokok “macang” [bacang] maka dinamakanlah “Kampung Machang”.


Atau pokok besar itu digunakan sebagai tempat berhenti rihat atau berteduh dalam perjalanan, terutama di musim panas. Seperti pokok berangan yang rendang, maka dinamakanlah “Kampung Berangan”.


Selain daripada itu pokok-pokok itu mungkin juga  dipandang dari segi mistik oleh sesetengah penduduk sekitar, malah mungkin juga digunakan sebagai tempat meletak sesembahan untuk hantu-hantu jembalang. Seperti pokok chengal, maka dinamakanlah “Kampung Chengal”.



Pokok itu mungkin mempunyai jumlah yang terlalu banyak di tempat tersebut. Seperti pohon ketereh, maka dinamakan “Kampung Ketereh”


Pokok itu mempunyai buah yang rasa manisnya cukup luar biasa. Seperti pokok pauh, maka dinamkan “Kampung Pauh”.


Pokok itu mungkin mempunyai buah yang ganjil bentuknya daripada biasa. Seperti pokok pauh yang buahnya bengkak-bengkak, maka dipanggillah “Kampung Pauh Butut”.


Pokok tersebut mungkin mempunyai bilangan-bilangan yang unik, seperti tujuh atau sembilan. Seperti pokok tar [lontar] yang terdapat tujuh pohon, maka dinamakanlah “Kampung Tar Tujuh”.


Pokok itu mungkin pokok yang telah lanjut usia, mungkin ratusan tahun. Seperti pokok merbau, maka dinamakan tempat itu “Kampung Merbau”..


Nama-nama Kampung

Antara kampung-kampung, tempat-tempat, dan seterusnya Mukim di Kelantan yang menggunakan nama-nama pokok ialah:


ARA

Kampung Telaga Ara [Pak Mali], dalam Jajahan Bachok.


AUR

a]Kampung Aur Duri, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Aur, dalam Jajahan Bachok.
c]Kampung Aur Gading, dalam Jajahan Kuala Krai.
.

BELIMBING

Kampung Belimbing, dalam Jajahan Tanah Merah.


BEKLAM

Kampung Beklam, dalam Jajahan Bachok.


BEMBAN

a]Kampung Paya Bemban, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Kubang Bemban, dalam Jajahan Pasir Mas.
c]Kampung Padang Bemban, dalam Jajahan Kota Bharu.
d]Kampung Bemban, dalam Jajahan Pasir Mas.


BERANGAN

a]Kampung Berangan, dalam Jajahan Tumpat.
b]Kampung Tasek Berangan, dalam Jajahan Pasir Mas.
c]Kampung Kok Berangan, dalam Jajahan Pasir Puteh.
d]Kampung Berangan Selatan, dalam Jajahan Pasir Puteh.
e]Kampung Berangan Utara, dalam Jajahan Pasir Puteh.


BERTAM

a]Kampung Bertam Timur, dalam Jajahan Gua Musang.
b]Kampung Bertam Barat, dalam Jajahan Gua Musang.


BINJAI

a]Kampung Binjai, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Binjai, dalam Jajahan Machang.


BULOH

a]Kampung Kedai Buloh dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Buloh Poh, dalam Jajahan Kota Bharu.
c]Kampung Alor Buloh, dalam Jajahan Pasir Mas.
d]Kampung Buloh Timor, dalam Jajahan Tanah Merah.
e]Kampung Buloh Barat, dalam Jajahan Pasir Mas.
f]Kampung Dusun Buloh, dalam Jajahan Machang.




BONGOR

a]Kampung Padang Bongor, di Jalan Pengkalan Chepa, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampng Padang Bongor terletak di Kampung Binjai, dalam Jajahan Kota Bharu.
c]Kampung Bongor, di dalam Jajahan Pasir Mas.
d]Kampung Lubok Bongor Utara, dalam Jajahan Jeli.
e]Kampung Lubok Bongor Selatan, dalam Jajahan Jeli.


BUNUT

a]Kampung Bunut Payung, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Bunut, dalam Jajahan Machang.
c] Kampung Bunut Susu, dalam Jajahan Pasir Mas.


CHEMPAKA

Kampung Chempaka dalam Jajahan Kota Bharu.


CHENGAL

a]Kampung Chengal, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Hutan Chengal, dalam Jajahan Pasir Mas.
c]Kampung Gong Chengal, dalam Jajahan Pasir Puteh.
d]Kampung Pengkalan Chengal, dalam Jajahan Bachok.
e]Kampung Chenggal, dalam Jajahan Pasir Puteh.


DELIMA

a]Kampung Delima, dalam Jajahan Tumpat.
b]Kampung Wakaf Delima, dalam Jajahan Tumpat.


DURIAN

a]Kampung Sungai Durian [Kenor], dalam Jajahan Kuala Krai.
b]Kampung Alur Durian, dalam Jajahan Tumpat.
c]Kampung Bukit Durian, dalam Jajahan Tanah Merah.
d]Kampung Durian Hijau, dalam Jajahan Kota Bharu.
e]Kampung Dusun Durian, dalam Jajahan Bachok.


GEMANG

Kampung Gemang, dalam Jajahan Tanah Merah.


GORIK

Kampung Pulau Gorik, dalam Jajahan Tumpat.


GUCHIL

Kampung Banggol Guchil, dalam Jajahan Kuala Krai.


GHARU

Kampung Gong Gharu, dalam Jajahan Pasir Puteh.


HALBAN

Kampung Padang Halban, dalam Jajahan Kota Bharu.


JAMBU

Kampung Lubok Jambu, dalam Jajahan Kota Bharu.


JELATANG

Kampung Jelatang, dalam Jajahan Kota Bharu.



JENEREH

a]Kampung Jenerih Tujoh, dalam Jajahan Pasir Mas.
b]Kampung Pangkal Jenereh, dalam Jajahan Machang.
c]Kampung Jenereh Bongkok, dalam Jajahan Machang.


JERANGAU

Kampung Jerangau, dalam Jajahan Tanah Merah.


JERING

Kampung Tanjung Jering, dalam Jajahan Bachok.


KACHANG

Kubang Kachang dalam Jajahan Kota Bharu


KADOK

a]Kampung Kadok Barat, dalam Jajahan Kota
Bharu.
b]Kampung Kadok Timor, dalam Jajahan Kota Bharu.


KANDIS

a]Kampung Teluk Kandis dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Kandis Barat, dalam Jajahan Pasir Puteh.
c]Kampung Kandis Timor, dalam Jajahan Pasir Puteh’
d]Kampung Kuala Kandis, dalam Jajahan Bachok.
E]Kampung Lapan Kandis, dalam jajahan Machang.


KANGKONG

Kampung Kangkong, dalam Jajahan Pasir Mas.


KEMUCUK

Kampung Padang Kemucuk, dalam Jajahan Machang.


KEMUNTING

Kampung Kemunting [Pengkalan] dalam Jajahan Pasir Puteh.


KERASAK

Kampung Kerasak, dalam Jajahan Pasir Mas.


KUNDOR

Kampung Pulau Kundor, dalam Jajahan Kota Bharu.


KEDONDONG

Kampung Kedondong, dalam Jajahan Pasir Mas.


KELUBI

Kampung Kelubi, dalam Jajahan Pasir Puteh.


KEMUNING

a]Kampung Gong Kemuning, dalam Jajahan Pasir Puteh.
b]Kampung Kemuning, dalam Jajahan Machang.


KERDAS

Kampung Pangkal Kerdas, dalam Jajahan Machang.


KETEREH

Kampung Ketereh dalam Jajahan Kota Bharu


KIAT

Kampung Kiat, dalam Jajahan Pasir Mas.


KUNDUR

Pulau Kundur, dalam Jajahan Kota Bharu.


LALANG

a]Kampung Lalang Papuyu, dalam Jajahan Tanah Merah.
b]Kampung Lalang, dalam Jajahan Pasir Mas.
c]Kampung Beris Lalang, dalam Jajahan Bachok.
d]Kampung Ulu Lalang, dalam Jjahan Tanah Merah.
e]Kampung Lalang Luas, dalam daerah Machang.


LANAS

Kampung Air Lanas, dalam Jajahan Tanah Merah.


LARAK

Kampung Larak, dalam Jajahan Kota Bharu.


LEBAN

Kampung Leban, dalam Jajahan Kota Bharu.


LIMAU

a]Kampung Limau Kasturi dalam Jajahan Gua Musang.
b]Kampung Limau Nipis, dalam Jajahan Bachok.
c]Kampung Limau Hantu, dalam Jajahan Tanah Merah.


MACHANG

a]Kampung Machang, sebuah jajahan dalam Negeri Kelantan.
b]Kampung Machang Gochoh, dalam Jajahan Pasir Mas.


MELOR

Kampung Melor, dalam Jajahan Kota Bharu.


MEMPELAM
Kampung Pangkal Mempelam, dalam Jajahan Machang.


MENGKUANG

a]Kampung Paya Mengkuang, dalam Jajahan Bachok.
b]Kampung Perupok Paya Mengkuang, dalam Jajahan Bachok.


MERBAU

a]Kampung Merbau, dalam Jajahan Kota Bharu.
c] Kampung Batang Merbau, dalam Jajahan Pasir Puteh.
c] Kampung Merbau Patah, dalam Jajahan Pasir Puteh.
d] Kampung Bukit Merbau Timor, dalam Jajahan Pasir Puteh.
e]Kampung Bukit Merbau Barat, dalam Jajahan Pasir Puteh.
f]Kampung Batang Merbau, dalam Jajahan Tanah Merah.
g]Kampung Merbau Salim, dalam Jajahan Machang.
h]Kampung Merbau Labi, dalam Jajahan Machang.
i]Kampung Merbau Chondong dalam Jajahan Machang


MERKANG

a]Kampung Merkang, dalam Jajahan Pasir Puteh.


b]Kampung Merkang Timur, dalam Jajahan Pasir Puteh.
c]Kampung Merkang Barat, dalam Jajahan Pasir Puteh.


NANGKA

a]Kampung Bukit Nangka, dalam Jajahan Tanah Merah.
b]Kampung Gong Nangka Timor, dalam Jajahan Pasir Puteh.
c]Kampung Gong Nangka Barat, dalam Jajahan Pasir Puteh.
e]Kampung Nangka, dalam Jajahan Bachok.


NIBONG

Kampung Nibong, dalam Jajahan Tanah Merah.


NIPAH

Kampung Nipah, dalam Jajahan Bachok.


NYUR

-Kampung Bendang Nyur, dalam Jajahan Tanah Merah.
-Kampung Nyur Chabang, dalam Jajahan Bachok.


PAKU

a]Kampung Lundang Paku dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Lubuk Paku dalam Jajahan Kota Bharu.
C]Kampung Kuala Paku, dalam Jajahan Tanah Merah.


PAUH

a]Kampung Pauh Butut, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kmpung Pauh Lima, dalam Jajahan Kota Bharu.
c]Kampung Pauh Sembilan. Dalam Jajahan Bachok
d]Kampung Pauh Sembilan [Anak Tembesu], dalam Jajahan Bachok.
d]Kampung Padang Pauh, dalam Jajahan Pasir Mas.
e] Kampung Tasek Pauh, dalam Jajahan Pasir Puteh.
f]Kampung Pauh Lima, dalam Jajahan Machang.
g] Kampung Pauh, dalam Jajahan Kota Bharu.
h]Kampung Alor Pauh, dalam Jajahan Bachok.
i]Kampung Tanjung Pauh, dalam Jajahan Bachok.
j]Kampung Pauh, dalam Jajahan Tanah Merah.
k]Kampung Bukit Pauh [Peralla]. Dalam Jajahan Jeli.


PERIA

Kampung Peria dalam Jajahan Kuala Krai.


PETAI

a]Kampung Sungai Petai dalam Jajahan Pasir
Puteh
b]Kampung Pangkal Petai, dalam Jajahan Machang.


PINANG

Kampung Sungai Pinang, dalam Jajahan Tumpat

Saya teringat, masa saya kecil-kecil dahulu ada sebuah pantun yang popular tentang Sungai Pinang, berbunyi:

Gelap gugup di Sungai Pinang
Tahan racit di hujung galah;
Sedap duduk di rumah tunang
Makan nasi dengan gulai telur.


PISANG

a]Kampung Pulau Pisang dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Pangkal Pisang, dalam Jajahan Kota Bharu.
c]Kampung Pangkal Pisang, dalam Jajahan Machang.


PULAI

a]Kampung Teratak Pulai [Tepus Timor], dalam Jajahan Bachok.
b]Kampung Pulai Chondong, dalama Jajahan Machang..
c]Kampung Pulai, dalam Jajahan Gua Musang.
d]Kampung Alor Pulai, dalam Jajahan Bachok.


RAMBAI

a]Kampung Paya Rambai, dalam Jajahan Kota Bharu..
b]Kampung Rambai [To’Che Dol], dalam Jajahan Tanah Merah.


RAMBUTAN

Kampung Rambutan Rendang, dalam Jajahan Kota Bharu.


RAWA

a]Kampung Padang Rawa dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Rawa dalam Jajahan Tanah Merah.


RENGAS

Kampung Rengas, dalam Jajahan Machang


RHU

a]Kampung Rhu Muda, dalam Jajahan Bachok.
b]Kampung Dalam Rhu, dalam Jajahan Tumpat.


SETOL

a]Lubuk Stol Barat, dalam Jajahan Pasir Mas.
b]Kampung Lubok Setol Timur, dalam Jajahan Pasir Mas.
c]Kampung Banggol Setol, dalam Jajahan Pasir Puteh.
d]Kampung Setol, dalam Jajahan Bachok.
e]Kampung Pengkalan Setol, dalam Jajahan Bachok.


SIRIH

a] Kampung Sirih, dalam Jajahan Kota Bharu.
b]  Kampung Bukit Sirih dalam Jajahan Kuala Krai.


STONG

Kmpung Stong, dalam Jajahan Kuala Krai.


STAN

Kampung Wakaf Stan, dalam Jajahan Kota Bharu.


TAMSU

Kampung Kubang Tamsu dalam Jajahan Pasir Mas.


TANJONG

Kampung Bunga Tanjong, dalam Jajahan Jeli.


TAR

Kampung Tar Tujuh, dalam Jajahan Pasir Mas.


TEMBESU

a]Kampung Kolam Tembesu Utara, dalam Jajahan Pasir Puteh.
b]Kampung Kolam Tembesu Selatan, dalam Jajahan Pasir Puteh.


TERAP

a]Kampung Terap dalam Jajahan Kota Bharu.
b]Kampung Terap, dalam Jajahan Pasir Mas.


TUALANG

a]Kampung Tualang Rendah Lama, dalam Jajahan Pasir Puteh.
b]Kampung Tualang Rendah Baru, dalam Jajahan Pasir Puteh.
c]Kampung Tualang Salak, dalam Jajahan Bachok.
d]Kampung Tualang Utara, dalam Jajahan Kuala Krai.
e]Kampung Tualang Kelikir, dalam Jajahan Machang.


Negara Luar

Selain dari Negeri Kelantan, negeri-negerii lain di Malaysia juga banyak mempunyai nama-nama kampung yang berasal dari nama-nama pokok. Demikian juga di negara-negara lain juga di seluruh dunia.


Di sana ada kampung-kampung dinamakan mengikut nama pokok  terutama kerana pokok itu telah tua umurnya atau pokok yang menakutkan kerana dianggap berpuaka. Antaranya Kampung Wavertree dan Kampung Plymtree terletak di Devon, England.


Di Devon ada pokok-pokok tertentu dijadikan gelanggang untuk menari di atasnya. Bahagian atas pokok itu terlebih dahulu dipotong untuk membolehkan sebuah pentas dibina di atasnya. Pada hari perayaaan orang-orang muda mengadakan acara menari  di atas pentas yang terletak di atas pokok itu. Sementara orang-orang tua di kampung tersebut akan duduk mengelilingi pokok sambil berbincang dengan serius.


Mungkin masih banyak lagi kampung-kampung yang berasal nama pokok-pokok di negeri ini yang tidak sempat disenaraikan di sini. Adalah diharapakan para pembaca dapat melengkapkanya dengan komen-komen yang  amat dihargai.


Sekian.

Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.











Kota Bharu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP