BETIK MENGHILANGKAN TATU

>> Thursday, July 10, 2014





BETIK UNTUK SAPU TATU


Adakah sesiapa orang Melayu yang tidak mengenali pohon betik, dan tidak pernah memakan buahnya?



Keadaan pokoknya yang sederhana tinggi dan mempunyai batang yang sederhana besar serta berongga di dalamnya. Biasanya lilit batangnya ialah antara 10 hingga 13 sm, dan tinggi mencapai 7 sm. Batangnya berkerutu atau berbonggol-bonggol bekas daun-daunnya yang gugur. Daun-daun betik memang sentiasa gugur dari masa ke masa.


Biasanya pokok-pokok betik itu ditanam di kawasan rumah atau tumbuh meliarkan di kawasan tanah yang lembab di kampung-kampung.


Adalah dipercayai negara asalnya dari Amerika Tengah.





Pokok betik menyimpan banyak getah. Jika batangnya di tores akan keluar getah, jika pelepah daunnya yang panjang itu ditanggalkan dari batangnya akan keluar getah, jika tangkai buahnya ditanggalkan dari batangnya akan keluar getah, jika buahnya yang muda dipotong akan keluar getah, dan jika daunnya dikoyak pun akan keluar getahnya yang berwarna putih.


Getah betik ini berguna untuk merawat penyakit, antaranya untuk menghilangkan ketuat yang tumbuh pada badan. Caranya ialah dengan menyapu getah betik itu dua kali sehari pada ketuat dan lakukan selama seminggu. Akhirnya ketuat akan menjadi lembut dan menghilang secara berangsur-angsur.





 







Sehubungan dengan ini beberapa hari yang lalu ketika membaca sebuah tulisan dalam Harian Metro tentang beberapa orang Islam yang insaf berusaha untuk menghapuskan tatu pada badan mereka, saya lalu teringatkan pohon betik secara khusus. Usaha-usaha yang mereka lakukan itu semuanya menyakit dan merosakkan badan antaranya dengan jalan membakar kulit sendiri, menggosok dengan menggunakan kapur sirih yang memang panas, dan juga menggunakan cuka getah yang berasid yang boleh membakar untuk menghilangkan tatu.




Saya teringat saya pernah diberitahu oleh seorang lelaki yang berasal dari Thailand menetap di Malaysia, tapi telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Kami panggil dia Wan, berasaskan namanya Wan Hasan. Masa itu tatu menjadi salah satu topik yang menarik di media-media massa tanah air.


Katanya satu cara yang baik dan selamat untuk menghilangkan tatu pada badan ialah dengan menyapunya dengan getah betik. Menurut beliau getah betiklah cara yang digunakan oleh orang-orang Thailand untuk menghilangkan tatu.


Tapi ruginya, saya tidak memanjangkan perkara tersebut dengan bertanya berapa lama rawatan itu akan mengambil masa untuk menghilangkan tatu-tatu pada badan seseorang? Walau bagaimanapun dari percakapan-percakapan beliau seterusnya beliau yakin cara itu berkesan untuk menghapus tatu dan dia pernah melihat kejayaan mereka yang merawat mengikut cara tersebut.


Salah satu cara yang mudah untuk  nenyapu getah betik pada tatu di badan ialah dengan menggunakan getah yang keluar dari pelepah daunnya yang baru ditanggalkan dari batang ataupun dengan jalan mematahkan pelepah yang baru diambil itu yang akan mengeluarkan getah.

Jika Berminat:


2 comments:

ecaq ariffin December 23, 2014 at 9:35 PM  

..Salam..terima kasih petua yg sangat menarik...insyallah Buah betik dpt hilang kn Tatu. ..

Jom singgah blog saya..
Arcabeuty.blogspot.com

ahmad mustaqim abdul halim January 5, 2015 at 2:58 PM  

Assalamualaikum... ana musykil, macammana caranya?getah betik disapu atas kulit saja ataupun kena lukakan dulu bahagian yang ada tattoo 2... tolong jelaskan sikit... ana betul2 ingin tahu...

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP