Singgah Raya Di Pondok Rahmat

>> Saturday, September 11, 2010




MENGJENGUK Aidilfitri Di Pondok Rahmat

Salam Aidilfitri untuk semua
Tanpa mengira jauh dan dekat
Jauh di sana di hujung benua
Tapi di hati tetap melekat.



Dari KL balik ke Kelantan
Untuk beraya bersama keluarga.
Menghulur tangan bermaaf-maafan
Salah dan silap diampun belaka.

Hari raya hari yang murni
Duduk bersempoh di atas kaki.
Kepada bonda minta diampuni
Kepada ayahnda minta dimaafi.

Sanak saudara sentiasa diingati
Jauh dan dekat dipohon reda.
Jika ada terbuku hati
Jangan simpan di dalam dada.

Kalau anda balik dahulu
Doakan jauh bala bencana.
Jangan dikenang masa yang lalu
Nanti meratap jiwa merana

Pautan iman sentiasa di hati
Semangat mahabah sentiasa bercambah
Semarak harmoni berkembang di sanubari
Semarak kasih tidak berubah.

Kalau anda menjahit atap
Atap dijahit peneduh bumbung.
Harap di maaf salah dan silap
Tutur terlanjur harap diampun.

Menyusun jari pohon diampun
Menunduk kepala minta direstui.
Sekian sudah kata disusun
Selepas raya berjumpa lagi.

Amin.




Kenangan di Aidilfitri 1431H.


Salam manis


Beraya dengan kakak



Senyum-senyumlah selalu



Empat cucu di pagi raya. Dari kiri:Nik Nur Syafiqah Zaini[Kakak], Nik Muhammad Syafiq Zaini [Abang Afiq], Nik Muhammad Syamil Zaini [Amil] dan Nik Nur Syaafiya Zaini [Adik Ya].



Di pusara Wan Memohon Allah Melimpahkan Rahmat Ke atasnya



Bersama Kak Dah dan Ayah Teh



Beraya di rumah Kak Dah dan Ayah Teh di Kg. Salor



Beraya dengan Uda di Padang Bongor



Daging singgan, ikan tawar dan budu tempoyak disediakan oleh Wan Chik. Tak teliurkah?



Hidangan raya di rumah Wan Chik dan Ayah Chik di P.Tumbuh

1 comments:

lloni September 22, 2010 at 2:44 AM  

cikgu man and cikgu zubaidah..ingat2..

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP