PUAKA PANTAI

>> Thursday, May 6, 2010

>PUAKA PANTAI

Sebuah novel tulisan jawi
hasil karya H.M.S. Hamza pada tahun 1949
dan diterbitkan pada tahun 1950.
Penulis berasal dari kelantan

Bagaimana Novel Ini Diperolehi. Pada tahun 1980an saya telah berkunjung silaturahim ke rumah Allahyarham Hamzah Ghani, di kawasan perumahan Raja Dewa, Kota Bharu. Ketika kami sedang berbual-bual itu dia mengunjukkan kepada saya sebuah buku kecil sambil berkata, "Ambillah". Saya ambil buku yang diunjuknya itu dan membaca tajuknya dalam tulisan Jawi "Puaka Pantai". Setelah melihat nama penulisnya saya lantas bertanya, "Siapa buat buku ini?" Maksud saya siapa pengarangya? Dengan ibu jarinya dia menunjukkan kepada dirinya yang pada masa itu duduk di kerusi di hadapan saya. "Cik Hamzahkah?". Saya bertanya mencari kepastian. Dia menganggukkan kepalanya, dan dengan suara perlahan menjawab, "Ya, saya. Ambillah, dan baca". Beliau mengingati saya. Saya tidak bertanya apa-apa lagi, tapi terus membalik-balik buku itu secara sambil lalu, termasuk melihat tarikh penerbitannya. Sebelum itu beliau telah memberikan kepada saya beberapa buah artikel pendek untuk disiarkan dalam majalah pimpinan saya pada masa itu, termasuk beberapa buah penerbitan mengenai sejarah negeri Melaka yang masih ada dalam simpanan sya hingga sekarang.

Sipnosis
Rosmah seorang gadis yang berpendidikan telah ditunangkan dengan sepupunya, Tajul Ariffin, seorang injiner lulusan luar negara. Tapi pertunangan itu telah diputuskan oleh ayahnya, Encik Tauhid bila mengetahui bakal menantunya itu seorang yang buruk perangainya. Kemudian dia meminang seorang pemuda lain, Muhammad Hadhari untuk anaknya Rosmah. Pemuda itu seorang yang baik perangainya. Wanita meminang lelaki.

Tentang Pengarang
Setakat ini tidak banyak maklumat yang saya perolehi tentang beliau.

Beliau lahir di Kota Bharu pada tahun 1929, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Mulai bergerak cergas dalam gerakan belia pada tahun 1940an. Tahun 1946 hingga 1948 menjadi setiausaha Pertubuhan Remaja Pemimpin [PERUPA]. Dalam masa yang sama juga beliau memegang jawatan Setiausaha Gabungan Persekutuan Pemuda Melayu Kelantan.

Beliau juga bergerak cergas dalam politik. Pernah memegang jawatan Setiausaha UMNO Negeri Kelantan dari tahun 1956 hingga 1959. Pada tahun 1965 menjadi Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kota Bharu.

Beliau pernah memegang jawatan Yang Di Pertua Kesatuan Kerani Negeri Kelantan

Pernah bekerja di Jabatan Pelajaran Kota Bharu, dan kemudiannya bekerja di Majlis Bandaran Kota Bharu.



Bahan untuk rangkaian yang sama:

1]Zainab Hussin Penyair Wanita Pertama Malaysia?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP