>> Friday, August 13, 2021

 

RAHSIA 




BAWANG 




MERAH

 








Bawang  merah adalah salah satu  daripada beberapa jenis bawang, antaranya bawang besar dan bawang putih.



Semuanya  daripada jenis sayur-sayuran yang digunakan untuk masakan di dapur.



Ia dipanggil bawang merah kerana berkulit nipis berwarna kemerahan.



Ada juga orang tua-tua yang memanggilnya bawang halus, kerana rupanya melucnung kecil.



Dalam perbahasan dapur ia disebut bawang sahaja, yang dirujukkan kepada bawang merah. Sebab kalau bukan bawang merah akan disebutnya nama bawang besar atau bawang putih.



Setiap dapur di kampung mesti mempunyai bawang merah kerana brbagai-bagai kegunaannya dalam masakan tradisional.



Selain dari untuk kegunaan masakan, ada beberapa  hidangan lagi mengguna bawang merah yang mentah secara simpel, sebagai ulam-ulaman.

 


Sambal Bawang Merah



Bahan-bahan yang diperlukan ialah beberapa ulas bawang merah mengikut keperluan, garam dan lada burung [kecil] mengikut keperluan.



Bawang merah hendaklah dibakar hingga masak, tapi tidak hangus. Kemudian dibersih dan dibuang kulitnya.



Tumbuk lada dan garam sampai lumat atau sebati, kemudian masukkan bawang merah bakar tadi dan tumbuk sampai semuanya sebati.



Kemudian bolehlah dihidang dengan daging panggang tawar, atau ikan tawar atau ikan goreng.



Rasanya tentu sedap.



Makan Dengan Budu



Budu atau kicap mengikut keperluan.



Bawang merah hendaklah dipotong halus-halus atau dimayang.



Lada burung dipotong-potong atau dipicit dalam budu atau kicap.



Masukan budu atau kicap dalam pinggang, atau mangkuk, kemudian taburkan bawang merah yang telah dipotong halus-halus tadi. Masukkan lada, gaul semuanya sampai rata.



Kemudian bolehlah dimakan dengan daging bakar tawar atau ikan tawar dan sebagainya.



Penyedap Sup



Bawang merah dimayang atau dipotong, kemudian goreng dengan minyak yang baik, dan jangan sampai hangus. Sejukkan.



Bila anda hendak makan sup, taburkan bawang goreng itu dalam  mangkuk yang berisi sup yang masih panas. Ia menambahkan rasa enaknya sup.



Sekian, terima kasih.

 


Pondok Rahmat,



Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.



13 Ogos 2021/



4 Maharam 1443,

 



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP