TERKENANG BONDA DI PAGI AIDILADHA

>> Friday, July 31, 2020



TERKENANG BONDA DI PAGI ADHA

 


                                                     Bonda Tercinta:Maimunah



Aidiladha berkunjung lagi.

 

 



10 Zulhijjh 1441.

 

 



31 Julai 2020.

 

 



Hari Jumaat yang dimuliakan.

 

 



Seperti biasa saban tahun,bila tiba 10 Zulhijjah, Aidiadha terhampar lagi dengan segala kemuliaannya.

 

 


Umat Islam di antero dunia menyambut kunjungannya dengan meriah, dan syukur, berkorban, bertakbir dan bersilaturahim.



 

                                                  Alfatihah Untuk Bonda  Yang Mulia



Lumrahnya bila tiba hari raya, kami adik beradik akan berkumpul di rumah ayah dan bonda di kampung yang permai. Tradisi ini berlaku bila kami anak-anak mereka bekerja dan tinggal berasingan di kediaman masing-masing.

 

 


Di nusim hari raya Adha seperti ini keadaan menjadi lebih meriah kerana dari kalangan kami ada yang berkorban.



Sebahagian daripada daging korban itu dimasak untuk dimakan bersama keluarga yang berkumpul itu.

 

 


Salah satu daripada masaskan yang populer ialah sup, iaitu sup tulang rusuk, dan tulang kaki yang dijerang dengan tulang-tulangnya sekali. Alangkah enaknya. Juga masakan daging goreng dan daging panggang tawar, cicah budu pedas.

 

 


Tradisi ini sudah pupus di kalangan keluarga kami setelah ayah dan bonda, khususnya ibu meninggal lebih dari sediket yang lalu. Dan ayahanda pula meninggal di tanah suci Mekah lebih awal lagi dari itu.

 

 

 


Apa yang ada ialah kenangan manis

 

 


Sedih diceritakan rumah yang kami tinggal bersama, yang terletak di Kampung Salor, tempat kami dibesar dan diremajakan dan didewasakan telah tidur sama rata dengan tanah di bumi.

 

 


Entah apalah silapnya demikian jadinya?




Apa yang kami bimbangkan ialah hubungan silaturahim kian menipis dari masa ke masa yang berlalu berpunca dari kesilapan dan kekurangan kami. Semoga kami dimaafkan dan Allah mengampunkan kami.




Setiap kali musim hari raya terhampar syahdu hati terasa sebak kehibaan, mendesak air mata untuk memabashi pipi.


 

 

                      Ayahanda Dan Bonda Kasih Tak Terrelai




Keharuan mengiggit tangkal hati bukan semata menginggat mereka yang telah berlalu pergi, dan pergi yang tak akan kembali lagi, khususnya ibuanda yang tercinta.

 

 


Kasih sayang ibu yang tidak ada bahasa untuk dimadahkan, masih terasa-rasa di celah-celah lubuk hati yang telah basah dan sebak untuk mengalir.....Sesungguhnya ibu tidak boleh dicari ganti, kasihnya sepanjang zaman.


 

 

                         Kekanda Kami Khadijah Yang Dimulai




Alangkah kerdilnya terasa diri jika dibandingkan kasih ibu  sayang ibu yang disiraminya ke atas kami

 

 


Kesibukan dengan kerja salah satu sebab menjadi kami rakus dengan masa yang harus kami curahkan kepada ibu tercinta.

 

 


Tapi malangnya kami terlupakan tanggungjawab kami persis ibu sudah tidak wujud di hadapan kami pada waktu itu. Sedangkan tidak ada apa kurangnya jika kami persembahkan kepada ibu segala hasrat yang berbunga di hati kami untuk pengetahuan beliau dan sudah tentu akan disusuli oleh doa ibu yang penuh dengan keberkataan.

 

 


Tapi kami kadang-kadang terlupakan semuanya itu. Hanya sesudah ibu berpergian jauh barulah kami terhimpit oleh kerinduan dan keinsafan

 

 


Kami harap sebelum ibu berlepas pergi dulu, ibu telah memaafkan kami, anak-anaknya ini yang sentiasa mencintainya.

 

 

Wahai Allah ampunilah kami yang hina dina ini.



Ya Allah!

 

 


“Robbirham huma kamaa rabbayaanil shaghiraa”.

 


-Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat kepada keduanya

 


sebagaimana mereka telah mengasuh aku sejak kecil:,

 


Demikianlah ayahanda telah pergi, ibuanda telah pergi, dan beberapa orang dari kamipun telah pergi menyusului mereka berdua,

 

 


Didoakan semoga semua keluarga yang telah pergi dilindungi dari kemurkaan Allah, dan sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya

 

 


Amin.

 

 


Pondok Rahmat

 



Jumaat: 10 Zulhijjah 1441/

 


31 Julai 2020

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP