CIKGU ZUBAIDAH TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA
>> Sunday, December 25, 2016
CIK GU ZUBAIDAH TELAH PERGI.........
cikgu zubaidah
Pagi Selasa, 20 Rabiulawal 1438 bersamaan dengan 20 Disember 2016 yang lalu saya menerima panggilan telefon yang mengejutkan.
Dihujung sana, kdengaran suara abagn ipar saya, dengan suara bergetar memberitahu sesuatu yang amat mengejutkan. Bertia yang membuat saya terpaku mendengarnya.
Abang ipar saya,
Abdul Rahman Awang Besar memberitakan, isterinya, iaitu kakak saya Zubaidah
Saleh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Waktu itu kira-kira
pukul lapan pagi. Beliau tidak dapat mempstikan dengan tepat pukul berapakah
kakak saya itu mengehmbus akhirnya.
Sebelum itu, kakak
saya merasa letih dan beliau menasihatkannya supaya berihat sementara dia
mencari makan pagi di kedai.
Tapi bila dia balik,
dan mengejutkan isterinya untuk makan pagi yang dibelinya itu, beliau dapati
isterinya sudah tidak bernafas lagi.
Saya pun amat
terkejut mendengar berita itu, kerana kami tidak pernah mendengar Allahyarhmah
sakit yang membawa kepada kematiannya itu.
Tapi saya segera
sedar itulah haikat hidup, sebagai hamba Allah, sesiapa sahaja, bila-bila masa
sahaja, dan di mana sahaja tanpa mengira waktu, tempat, usia, sakit atau sihat
boleh dijemput Allah kembali ke pangkuanNya.
Justeru itulah kita selalu digesa supaya sentiasa dalam berjaga-jaga dengan amal soleh dan kebajikan untuk menghadapiNya bila dijemput nanti yang tidak dapat dipsatika bila dan di mana.
Dari Allah kita
datang, kepada Allah kita kembali!
Allahyarhman
Zubaidah meninggalkan dua orang cahayamata, seorang putera, Azlan binAbdul
Rahman, dan seorang puteri, Armawati bte Abdul Rahman serta beberapa orang
cucu.
Beliau meninggalkan
dalam usia 76 tahun, dan sesbelumnya berkhidmat sebagai seorang pendidik, dan
aktif bergiat dalam kebajikan masyarakat.
Justeru selama
beliau berkhidmat berpuluh-puluh tahun itu seudah tentu beliau mempunyai ribuan
anak murid yang bertaburan di seluruh negara.
Dalam masyarakat
seharian beliau dikenali dengan panggilan “Cik Gu Zubaidah”, tapi kepada mereka
berdamping atau berurusan dengannya memanggilnya “Kak Dah”.
Beliau seorang yang
peramah, mudah bertegur sapa, dan seorang yang pemurah.
Dengan pemergian
beliau itu, bererti tiga orang saudara kami telah kembali ke sisi Allah,
termasuk dua orang lagi, iaitu Sofiah dan Ariffin yang telah pergi mendului
semuanya. Dan kini kami masih mempunyai enam orang adik beradik, daripada
sembilan orang adik beradik semuanya.
Ayahanda kami, Saleh
bin Hj. Muhammad meninggal di Makkah untuk menunai ibadat Haji, kra-kira empat
puluh tahun yang lalu, sementara ibu saya, Maimunah bte Ismail meninggal
kira-kira dua dekad yang lalu dan dikebumikan di tanah perkuburan Pohon Rambai,
Salor, di mana keluarga kami dikebum ikan.
Bersama Suami Cik Gu Man Di Tanah Suci
Isteri saya Asiah Yaacob, meninggal dunia beberapa tahun yang lalu di tanah perkuburan itu juga dikebumikan.
Ya Allah,
tempatkanlah Kak Dah dan semua mereka yang telah kembali ke Rahmatulah iyiu di
kalangan orang-orang Mukmin yang suci dan mulia di sisiMu, dan cucurilah sentiasa
RahmatMu ke atas mereka.
Catatan
Kematian
Masuk Syurga:
A]
“Sesiapa yang berkebetilan matinya:
Selepas selesai Ramadhan, maka dia masuk Syurga;
Sesiapa yang berkebetulan matinya selepas selesai
Arafah, maka dia masuk Syurga;
Dan sesiapa yang berkebeulan matinya seleaps
bersedekah, maka dia masuk Syurga”. Sabda Junjungan.
B]
Langit Menangisi Kematian Orang Mukmin:
“Setiap manusia mempunyai dua pintu di Langit:
Satu pintun ialah tempat amalannya naik
Dan satu pintu lagi ialah tempat rezekinyan turun”.
Apabila matilah hamba itu [Mukmin] maka kedua-dua
pintu itu menangisi kematiannya”.-Sabda Junjungan.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment