GEMUK GEDEMPOL;PNTANG-PANTANG BILA SAKIT

>> Friday, January 22, 2016






GEMUK GEDEMPOL:PANTANG-PANTANG BILA SAKIT



ADAKAH anda seorang yang gemuk?


Untuk menjawabnya, anda hendakalah menanggalkan semua pakaian anda, dan berdiri bogel di hadapan cermin.


Lihat diri anda dalam cermin, dan jika anda melihat anda gemuk, maka itulah jawapannya, anda seorang yang gemuk


Gemuk gedempol atau obesiti kata orang sekarang adalah satu gejala penyakit yang melanda seluruh dunia hari ini. Justeru obesiti telah mendapat perhatian global.


Menurut sumber, seramai hampir 30 peratus daripada penduduk dunia yang berjumlah seramai kira-kira 2.1 bilion orang dikategorikan gemuk


Di negara kita Malaysia, seramai 5.3 juta orang dikategorikan sebagai gemuk gedempol atau obesiti.






Malah Malaysia ditarafkan sebagai negara yang rakyatnya paling gemuk di Asia Tenggara, dengan bilangan 44 peratus kaum lelakinya gemuk dan 49 peratus kaum wanitanya pula juga gemuk gedempol.


Bilangan mereka yang gemuk di Malaysia kian meningkat  sejak tahun-tahun kebelakangan ini.


Pada tahun 2011 sebanyak 15.2 peratus penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas adalah gemuk. Sementara pada tahun 2015 bilangannya ialah 17.7 peratus.


Di samping itu perangkaan terkini juga menunjukkan mereka yang dilapur gemuk gedempol pula sebanyak 28.9 peratus, kolestrol tinggi 35.1 peratus, dan penghidap darah tinggi pula 32.7 peratus.


Pakar-pakar kesihatan mendakwa orang-orang gemuk seperti ini mempunyai usia yang lebih pendek dari orang yang normal, iaitu antara dua hingga sepuluh tahun.


Orang-orang yang gemuk biasanya mempunyai risiko mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis atau diabetes, iaitu dari jenis penyakit-penyakit yang tidak berjangkit.


Perkara ini berlaku kerana negara kita kaya dengan makanan-makanan yang banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggemuk dan menyebabkan penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.


Mereka yang gemuk gedempol hendaklah menjauhi makanan yang dihasilkan dari susu yang penuh lemak.


-Mereka hendaklah mejauhi makanan ringan yang berlemak dan manis, seperti biskut, kek dan makanan rumbingan [chips] dan kekacang.


 -Menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak.


-Jauhi arak, sementelah pula orang Islam diharam minum arak.


Sebaliknya perbanyakkan makanan:


-Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta, kentang, beras perang, dan bijirin gandum.


-Buah-buahan segar, sayur-sayuran, salad dan sayuran kacang.

Kenapa Gemuk?


Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi gemuk. Sebab secara langsungnya kerana makan berlebihan, iaitu dengan menggambil kalori lebih daripada keperluan badan. Inilah faktor utamanya.


Faktor-faktor lain secara tidak langsung ialah  kerana sebab-sebab psikologi dan perasaan, seperti ketegangan, tekanan, kerungsingan dan rendah semangat. Keadaan seperti ini biasanya  memberangsangkan seseorang untuk makan banyak, terutama kaum wanita. 


Faktor keturunan dan sejarah keluarga, terutama dari segi kebiasaan memilih makanan dan tabiat makan keluarga yang diwarisi.


Faktor tidak cukup tidur juga boleh menggalakkan seseorang untuk makan berlebihan, terutama sekali dengan harapan boleh mengurang keletihan akibat tidak cukup tidur.


Walau bagaimanapun dapat dibuat kesimpulan pada umumnya kegemukan adalah berpunca dari makanan yang dimakan sesuka hati dan secara berlebihan. Justeru itu setiap orang yang ingin hidup sihat mestilah snggup dan mampu mengawal apa yang mereka makan setiap hari.


Perkara ini tidak mudah. Malaysia kaya dengan aneka makanan, dan kedai-kedai makan atau resturan dibuka di seluruh negara selama 24 jam setiap hari yang kebanyakannya menawarkan makanan-makanan yang kaya dengan minyak dan gulai-gulai yang kaya dengan lemak. Sedangkan seseorang hanya menjadi gemuk bila dia makan berlebihan yang mengandungi kalori yang lebih dripada keperluannya.


Walau bagaimapun ditegaskan sekali lagi bahawa menjaga makanan setiap hari amatlah perlu untuk kesihatan, dan supaya tidak menjadi gemuk yang banyak mengandungi risiko yang mengancam kesihatan.


Makanan yang sihat adalah penting, termasuk minum air dengan banyak, makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kbang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP