PERUPA SEBUAH PERTUBUHAN SEBELUM MERDEKA

>> Monday, November 24, 2014





PERUPA BERJUANG UNTUK KETINGGIAN PENDIDIKAN


                                         Anggota-anggota PERUPA


Sebeluam merdeka, malah sebelum Perang Dunia Kedua, Negeri Kelantan banyak mempunyai pertubuhan-pertubuhan yang mermperjuangkan nasib rakyat negeri ini dan juga untuk menuntut kemerdekaan.


Sejarah membuktikan pertubuhan-pertubuhan ini memberi sumbangan yang penting kepada kebangkitan umat Melayu dan dalam perjuangan menutut kemerdekaan daripada penjajah yang sekian lama berkuku di tanah air kita.


Mengikut sejarahnya salah satu pertubuhan yang tgerdapat di Kelantan ialah dikenali dengan nama PERUPA. Ia singkatan daripada perkataan “PERTUBUHAN RAMAJA PEMIMPIN”.


Mengenai PERUPA ini, Mohd Zain Saleh dalam bukunya SEJARAH UMNO KELANTAN secara singkat berkata:


“PERUPA ditubuhkan pada tahun 1945. Ia diasakan oleh seorang guru, iaitu Mohd. Daud bin Abdul Jamil.


Makasnya ialah di Sekolah Melayu Majlis Ugama Islam Kelantan. Tujuannya ialah untuk melatih ahli-ahlinya dalam bidang kesusateraan dan pelajaran.



 Hamzah Ghani



Pada permulaannnya ahli-ahli PERUPA hanya terbatas kepada pelajar-pelajar Sekolah Melayu Majlis Agama Islam Kelantan sahaja, tapi kemudiannya keahliannya telah diperluaskan kepada semua pemuda lepasan sekolah tersebut. Setiausahaya ialah Hamzah Ghani.



Ahli-ahli PERUPA ini kemudiannya menyertai berbagai-berbagai parti politik lain, sepertri KMM,  dan ada pula yang menggogtai UMNO, iaitu bila UMNO membuka sayapnya di Kelantan”.Mungkin juga ada di antara mereka menyertai PAS bila PAS bertapak di Kelantan.


Demikianlah sedikit tentang PERUPA, yang merupakan secebis daripada sejarah Kelantan.


Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP