JATUH HATI DI PARIS; SIMPATI SAYA KEPADA NADIA

>> Wednesday, September 10, 2014





JATUH HATI DI PARIS: SIMPATI SAYA KEPADA NADIA


Pada suatu pagi, ketika memilih-milih sekumuplan buku-buku di rumah untuk bacaan, entah kenapa saya memilihi novel JATUH HATI DI PARIS. Ianya merupakan salah sebuah daripada timbunan buku-buku yang belum sempat saya baca, walaupun sudah berbulan-bulan ada dalam simpanan.




Novel ini, karya seorang novelis ZURA RAHMAN yang diterbitkan oleh ALAF 21, setebal 556 muka. Tapi kandungan novel itu hanya 550 muka, dan selebihnya ialah merupakan helaian yang dipanggil Segmen Ilmu yang berbicara cara-cara untuk membeli rumah dan diakhiri dengan kata dari pengkaryanya, Zura Rahman Tinta Penulis pada muka 555.


Saya teringat, ketika membeli novel ini di sebuah toko buku di Soujana Sungai Buloh, beberapa bulan yang lalu, seorang gadis penjual toko itu yang berkhidmat di kaunter ketika saya mengunjukkan novel itu untuk pembayaran, bertanya saya,  “Siapa nak baca novel ni? Pak cikkah?”. Saya jawab, “Ya, Pak sendiri yang nak baca. Kenapa?”. Dia hanya menjawab dengan senyum kehairanan yang merkah dari kedua bibirnya. Sekadar untuk penjelasan saya pun berkata, “Pak Cik pun menulis juga”. Saya tidak pasti, samada dia percaya atau tidak, dengan kata-kata saya itu, dan sebaliknya saya juga merasa tidak perlu lagi membuat apa-apa penjelasan lanjutan, justeru setelah selesai membayarnya saya terus melangkah keluar dari tokoh buku itu.

Jujur saya katakan, pada mula-mula membaca JATUH HATI Di PARIS [JHD] saya merasa juak dengan gambaran-gambaran terperinci, antaranya mengenai gerak-laku tiga orang gadis, watak dalam novel, termasuk salah seorang paramadonanya, Nadia, di samping dua watak lagi antara mereka yang menghidupkan novel itu, iaitu Lyn dan Mutia. Justeru itu saya bermaksud untuk terus meminggirkan novel itu atau membaca sambil membaca buku-buku lain di lain kali.






Namun saya berjaya memujuk hati saya untuk terus membacanya dengan alasan untuk memperolehi maklumat mengenai kehidupan anak-anak gadis zaman sekarang yang mungkin agak sukar saya hendak memperolehinya dari sumber-sumber lain. Maka saya pun terus membacanya, dan merasa tertarik pula dengan novel JHD dan terus membacanya sampai selesai novel yang pekat dengan peristiwa itu.

Di samping Nadia sebagai pramadonanya, ada lagi seorang watak penting seganding dengan Nadia, iaitu seorang pemuda yang bernama Arief, yang keduanya saling mencintai stelah jatuh hati di Paris dalam pertemuan mereka yang tidak dirancang dalam kembara mereka masing-masing.

Saya simpati dengan Nadia, seorang gadis berpendidikan yang jujur, dan dedikasi terhadap kerjanya, serta mempunyai cinta yang utuh di hatinya, yang bersedia menunggu walaupuan tidak pasti ke mana hujung jatuh buah cinta yang ditunggunya.


Walau bagaimanapun pada akhirnya mereka bertemu juga setelah kembali ke Malaysia, dan setelah menempoh berbagai-bagai halangan dan dugaan Nadia akhirnya bernikah dengan lelaki yang menjadi pujaannya itu, Arief seorang koporat muda yang sedang mengukir namanya. Nadia hampir menjadi mangsa perogolan dan penjualan manusia akibat kedurjanaan, seorang gadis lain yang mencintai Arief.

Saya merasa tidak rugi membaca novel JHD, ada beberapa perkara yang boleh ditimba daripada novel ini mengenai erti sebuah kehidupan  kekeluargaan.


Namun begitu ada beberapa perkara yang saya merasa tertanya-tanya berkaitan gambaran kehidupan pemuda Arief dalam JHD. Dia cuba ditonjolkan sebagai seorang lelaki muda berpendikan yang beriman di samping maju dalam bidang bisnes. Tapi penojolan itu telah menimbulkan persoalan kepada dan saya suka sebutkan perkara itu di sini untuk perhatian, terutama penciptanya Zura Rahman.


Arief mengambil bahagian dalam memandikan janazah abangnya yang meninggal dunia kerana penyakit kanser. Bagaimana seorang yang tidak pernah belajar memandikan jenazah, boleh memandikan jenazah? Sedangkan dalam realitinya, sehingga ke hari ini, dalam sebuah kampong hanya terdapat seorang pemandi jenazah lelaki dan seorang  pemandi jenayah perempuan? Kursus-kursus pengurusan jenazah sering diadakan dari masa ke masa oleh pihak yang berwajib, tapi nampaknya dalam realiti, ia tidak mampu melahirkan lebih ramai pemandi jenayah sebagaimana direncanakan.

Arief juga kemudian menyembahayangkan jenazah abangya itu, yang diimamkan oleh ayahnya, Tan Sri Hashim. Arief yang kita diberitahu selama ini tidak mengetahui pahala besar untuk mereka yang menyembahayang jenayah? Mampukan Arifef solat jenayah yang digambarkan sembahayang tanpa rukun dan sujud itu? Mana pula sembahayang jenazah tanpa rukun? Tanpa sujud ya.


Waktu Arief menelefon Nadia pada suatu pagi, hari digambarkan sudah pukul tujuh lebih untuk mengajak pergi joging. Nadia baru bangun dari tidur, dan masih  belum solat subuh. Selepas bercakap dengan Arief, dia cepat-cepat bangun untuk solat Subuh yang digambarkan “matahari sudah hampir tergelincir”. Biasanya kalau dikatakan matahari hampir tergelincir ertinya sudah dekat waktu Zohor, kerana matahari gelinciri erti sudah masuk waktu Zohor. Jadi pukul berapakah sebenarnya waktu itu?





Arief sukakan kerja-kerja yang “menghampiri zina” yang dilarang oleh agama, sering berdua-duan dengan Nadia, seperti menonton wayang, makan bersama dan balik jauh malam dan sebagainya. Kalau dalam kehidupan seharian watak ini kurang beriman?


Ada sebab-sebab tertentu yang mencetuskan idea kepada penulisnya untuk melakar novel JHD ini. Sepatah kata penulisnya, “Saya mendapat idea untuk menulis cerita ini apabila saya “bertembung” dengan “Arief” di atas kereta api yang sama membawa saya, suami dan kawan-kawan dalam perjalanan kami dari Budapest ke Praha pada suatu malam.......Sebenarnya  ada banyak sebab saya menulis cerita ini, namun biarlah ia menjadi rahsia saya buat sementara waktu. Impian saya agar saya dapat membawa pembaca mengalami sesetengah pengalaman yang saya lalui”.


Sekian selamat membaca JHD. Saya akhiri dengan harapan semoga akan lahir lagi novel-novel yang lebih bermutu dari Zura Rahman yang akan mengukir namanya tersendiri dalam persuratan tanah air.


1 comments:

Zura Rahman Novelis February 3, 2015 at 12:16 PM  

Salam.
Pertama sekali saya berterima kasih kerana membeli dan seterusnya sudi membaca walaupun tuan membaca dalam keadaan sambil membaca buku lain. Dan sebab ini juga saya dapat mengagak kenapa ada perkara yang tuan overlooked/ tersilap faham. Tidak mengapa saya tidak marah. Satu perkara, ada kesilapan typo untuk rukun. Ia sepatutnya rukuk. Pihak editor sudah pun diberitahu, namun novel sudah pun dicetak.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi luangkan masa memberi pendapat.

salam.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP