ARCHIMEDES TIDAK SEDAR BERBOGEL KERANA TENGGELAM DALAM BERFIKIR

>> Thursday, February 6, 2014




ARCHIMEDES: ASYIK BERFIKIR TIDAK SEDAR DIA BERBOGEL


Peritiwa Pertama:
Ketika sedang mandi di sebuah bak awam. Tiba-tiba Archimedes bangkit, dan dengan bertelanjang bogel keluar dari bak itu dan berlari ke rumah sambil berkata, “Eureka”, yang bermaksud nya “Aku telah mendapatnya”. Aku telah mendapatnya” Waktu itu beliau sedang ralik memikirkan satu tugas berat yang perintah oleh raja kepadanya.
Peristiwa kedua:
Ketika beliau sedang asyik bekerja, datang seorang askar Rum hendak membunuhnya. Dia hanya berkata, “Jangan ganggu-saya. Jangan ganggu saya”. Demikianlah asyiknya beliau dengan kerjanya sehingga tidak menyedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya sehinggakan nyawanya terkorban.
                                                      



Beliau berbangsa Greek atau Yunani. Beliau terkenal sebagai seorang matematikawan, ahli bintang, ahli falsafah, ahli fizik, dan jurutera. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan pereka. Beliau banyak menulis karya-kkarya tentang geometri, arthimetik dan mekanikal.

 
Malah ada sebahagian daripada sejarahwan matematik memandang beliau sebagai salah seorang ahli matematik yang terunggul dalam sejarah, mungkin sejajar dengan nama-nama besar, sperti Newton dan Gauss.


Beliau dilahirkan Syracuse dan hidup  di sekitar tahun 287 SM hingga tahun 212 SM. Beliau belajar  di Iskandariah, Mesir. Raja Syracuse pada masa itu ialah Hieron II sahabat karib beliau. Kemudian selepas belajar di Iskandariah, beliau kembali ke bumi kelahirannya, Syracuse, dan menghabiskan sebahagian besar daripada masanya untuk membuat aneka kajian dan ujian dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.


Dalam ilmu mekanik, beliau berjaya menilai prinsip tuil dan berjaya mencipta sejenis pulley atau kapi dan pemulas hidraulik untuk mengangkut air daripada tempat yang rendah ke tempat yang tinggi.  Di samping itu dia juga mencipta berbagai-bagai jenis mesin.


Dia dikatakan berjaya membina sejenisa kapi  yang mampu menarik sebuah kapal besar yang berada di daratan membawanya  ke laut hanya dengan menggunakan tenaga seorang manusia sahaja.


Beliau termasyur dengan penemuan  prinsip  hydrostatic atau Archimedes Principle [Prinsip Archimedes]. Ia bermaksud sesuatu benda yang dimasukkan ke dalam air dalam sebuah bekas yang penuh dengan air, maka sebanyak mana air yang tumpah keluar dari bekas itu adalah sama beratnya dengan benda yang berada dalam bekas tersebut.


Penemuan inilah yang membuat beliau keluar dari bak mandi awam dengan bertelanjang bogel, berlari ke rumahnya sambil berseru “Eureka”. Yang bermaksud “Aku telah mendapatnya”.


Pada waktu itu beliau sedang menunai permintaan Raja Hieron II untuk menyelidik adakah  mahkotanya mengandungi emas tulen atau telah diadunkan dengan perak. Beliau memikirkan perkara itu dengan amat serius sekali untuk mencari jawapannya. Sehinggalah pada suatu hari, dalam keadaan letih lalu terjun ke dalam sebuah bak mandi atau kolah awam yang penuh dengan air untuk menenangkan fikirannya. Mengikut pengamatannya bila dia masuk ke dalam bak, air yang penuh itupun melempah keluar. Seketika itu juga beliau mendapat jawapan kepada perosalan yang dicari berhubung dengan mahkota raja itu. Dengan bertelanjang bulat beliau bangkit dari bak dan berlari pulang ke rumahnya. Dari situlah timbul Prinsip Archimedes.


Dengan penemuan itu dia dapat membutkikan bahawa mahkota raja itu telah dicampurkan dengan bahan perak. Akibatnya pembuat mahkota telah dijatui hukum bunuh.




Sejenis kapi.

Semua kerja 
memerlukan kerja keras 
untuk berjaya



Sewaktu kerajaan Rum menakluk Sicily 214 BC, Archimedes berkerja dengan pehak pemerintah. Bahan-bahan ciptaanya telah dipergunakan sebagai senjata perang untuk mempertahankan Sycacuse. Antara alat-alat perang itu ialah:


- Pembidas atau lastik yang digunakan untuk melastik musuh dari jarak jauh.


- Dan sejenis alat lagi, yang mungkin merupakan legenda sahaja, iaitu penggunaan cermin menangkap cahaya mata hari dan membidasnya kepada bot-bot musuh yang mara hendak melakukan serangan yang menyebabkan bot-bot itu terbakar.


Bila Syracuse ditawan oleh penjajah Rum, Archimedes telah dibunuh oleh tentera Rum. Walau pun perintah telah dikeluarkan oleh Jeneral tentera Rum, Marcellus bahawa Archimede tidak boleh dicederakan, apa lagi dibunuh seperti itu.


Waktu kejadian itu berlaku diceritakan beliau sedang asyhik dengan ilmu kira-kiranya dan tanpa menyedarinya memberitahu pembunuhnya supaya jangan menganggu beliau yang sedang bekerja itu. Dan akhirnya beliau dibunuh juga, meninggalkan jasa-jasa yang besar dan penting yang terus dikenang hingga ke hari ini.


Beliau telah dikebumikan di Syracuse dan pada tahun 1960an kuburnya diberitakan ditemui di halaman sebuah hotel di Syracuse, tapi hari ini tidak lagi diketahui di mana kubur itu berada.



Kisah Archimedes ini menunjukkan bahawa usaha yang keras dan bersungguh-sungguh adalah merupakan anak kunci penting kepada rahsia kejayaan di samping rela berkorban untuk meraih kejayaan itu. Itulah sebabnya kita mesti mencintai pekerjaan kita. Tanpanya kita tidak mungkin rela untuk berkorban atau bekerja keras kerananya.






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP