BUAH ULU KEMUNING

>> Tuesday, August 7, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________

[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BUAH HULU KEMUNING



Sukatannya



4 biji telur ayam



12 camca besar mentega



12 camca besar gula pasir



12 camca besar tepung gandum



4 camca teh biking powder



1 camca besar kismis



Sedikit garam



Sedikit susu pekat



Peraturan Memasaknya



Pukul gula dengan mentega sampai naik.



Pukul telur dengan gerpu sampai naik. Campurkan dengan mentega yang sudah berpukul. Kacau hingga sebati.



Masukkan pula garam, biking powder,kismis dan susu. Setelah itu kacaulah hingga sebati.



Kalau suka boleh boleh bubuh essence of rose supaya harum baunya,



Sudah itu bakarlah seperti kuih buah ulu juga adanya.



TITIK MENUNGAN



T.”Berterima kasih adalah tanggungjawab yang mesti dibayar, tapi tidak ada siapa pun yang mempunyai hak berharap untuk mendapatnya”-Rousseau.



I.”Sungguh pun duri dalam bunga melukakan saya, tapi KECANTIKAN saya berterima kasih”-Tagore



T.”Terima kasih adalah memori hati”-J.B.Massieu.



I.”Wahai Tuhan yang meminjamkan saya hidup, pinjamkan saya sebuah hati yang penuh dengan kesyukuran”-Shakespeare.



K.”Hanya tindakan-tindakan yang saksama sahaja yang berbau wangi dan berbunga dalam debu”-Shirley.



M.”Segala fikiran yang hidup ialah yang dijiwai oleh hati manusia. Tanpa penjiwaan oleh hati manusia, fikiran-fikiran itu mati dan tidak boleh memberi walau pun sedikit kemajuan kepada umat manusia”-As-Syahid Syed Qutb.



E.”Panjang angan-angan jauh berbeza dengan panjang cita-cita. Cita-cita disertai oleh ikhtiar, sedang angan-angan hanya khayal tak menentu”-HAMKA.



N.”Cara yang paling pasti untuk ditipu, ialah berfikir diri sendiri lebih pintar dari orang lain”-La Rochefoccauld.



U.”Anda berharap orang bercakap baik tentang diri anda? Jangan sekali-kali anda bercakap baik mengenai diri anda”-Pascal.



N.”Sebab kenapa para kekasih tidak pernah jemu antara satu sama lain, kerana mereka sentiasa bercakap mengenai diri mereka sendiri”-La Bochefoucauld.



G.”Sesetengah orang terpengaruh kuat dengan hakikat kehidupan manusia; sesetengah yang lain pula kepada keindahan bumi dan langit”-Kbele.



A.”Kerlingan-kerlingan curi adalah pemanis kepada pencuri”-Bybron.



N.”Anda perlu terlebih dahulu menganuti sepenuhnya buah fikiran anda, barulah ianya dianuti oleh orang lain. Kalau tidak, buah-buah fikiran itu akan hanya merupakan ungkapan yang kosong dari jiwa dan hidup”-As-Syahdi Syed Qutb.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP