MAKANAN - BUKAN SEMUA ORANG PANDAI MAKAN
>> Wednesday, December 11, 2013
Semua makhluk hidup memerlukan makanan untuk hidup, untuk memenuhi keperluan
lahiriahnya. Terlalu banyak Allah ciptakan benda-benda yang boleh dijadikan
bahan makanan di dunia ini. Ini menyebabkan manusia sukar untuk memilih makanan
yang sesuai dan wajar mereka makan. Malah ramai pula yang tersasul memilih
makanan-makanan yang merbahaya dan merosakkan diri dan kesihatan mereka.
TIDAK sempurna rasanya kalau tidak disebut bahawa kepada orang Islamereka
mesti menyebut nama Allah ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan, dan mengakhirinya dengan ucapan syukur kepada Allah sesudah kerja beres Demikian
jugalah dengan makan dan minum, bermula dengan menyebut “Bismillahir rahmanir
rahim”, dan berakhir dengan “Alhamdulillah”.
Berbagai Jenis
Menurut pakar makanan Bessie Jo
Tillman M.D kita tidak wajar makan hanya sejenis makanan sahaja, tapi kita
kena makan aneka jenis makanan. Dengan
demikian dapat mencegah kita daripada
menjadi seorang sensitif atau murasa terhadap makanan-makanan yang kita makan. Katanya
gilir-gilirkan ia selang sehari. Umpamanya kalau hari Isnin kita makan karot dari jenis sayuran yang berakar,
maka pada hari Selasa kita hendaklah makan sengkuang, dan pada hari Rabu pula
kita hendaklah makan balik karot atau
pilih sayuran-sayuran yang tidak berakar untuk menganekakannya.
Jangan Makan Sayur Dari Jenis Yang Sama Dalam Satu Hidangan
Pakar-pakar pemakanan membahagikan sesetengah sayur-sayuran kepada dua
jenis. Umpamanya karot dijeniskan sebagai sayuran berakar dan sayuran merah.
Jika kita pilih karot sebagai sayur merah pada hari itu, pilihlah sayuran yang
lain pula dari jenis sayuran berakar pada hari yang sama.
Makan Sedikit-Sedikit Sahaja
Menurut beliau pencernaan makanan akan berlaku dengan lebih baik, kiranya kita
makan sedikit-sedikit sahaja makanan aneka jenis itu setiap kali kita makan.
Cara ini juga katanya dapat mencegah kita daripada menjadi sensitif atau murasa
kepada makanan.
Biarkan masa selama dua jam kalau kita hendak makan sekali lagi. Jika kita lapar,
makanlah sebanyak yang kita makan sebelumnya.
Jika kita seorang yang sihat, bekerja dan aktif, tentulah tidak praktikal untuk kita makan setiap dua jam sekali. Justeru itu kita perlu menentukan sebanyak mana kuantiti makanan yang perlu kita makan sesuai dengan keperluan makan kita untuk jangka masa empat atau lima jam sekali. Dengan itu bererti kita mengambil kira keperluan jasmani kita dan makan hanya untuk memenuhi keperluan kita kepada makanan. Lebih makan adalah merbahaya untuk tali perut kita dan melumpuhkan sistem kekebalan pertahanan badan kita terhadap keracunan.
Jika kita seorang vegeterian, makanlah makanan yang mengandungi protein
yang tepu setiap kali makan. Seorang vegetrian perlu makan kacang dan bijirin
bersama. Asid amino yang terdapat dalam kacang dan bijirin saling lengkap melengkap
antara satu sama lain untuk menjadikan protein penuh. Kuino sendirian
sahaja pun mempunyai protein tepu.
Air Tulen Dan Air Suling
Kita hendaklah minum air sekurang-kurangnya sebanyak 8 auns antara kedua
waktu makan. Dan adalah lebih baik kepada kita untuk tidak minum apa-apa waktu
kita makan. Kerana minuman boleh mencairkan enzim penceranan, memperlahankan proses penghadaman
dan boleh menyebabkan makanan membusuk dalam usus. Namun begitu kita akan merasa makanan lebih baik pencernaannya
jika kita makan dan juga minum dalam masa yang sama. Jika kita memerlukan minuman waktu kita makan
kita hendaklah meminum sedikt sahaja air tulen atau air suling.
Mamah Makanan Sampai Lumat
Jika kita seorang bizi atau penyibuk, kian perlu kepada kita untuk mempastikan
berapa kali kita mamah atau kunyah makanan
yang berada dalam mulut kita. Kita hendaklah mulai dengan memamah sebanyak 28
kali setiap suapan yang ada dalam mulut. Kita hendaklah berlatih demikian
sehingga ianya menjadi kebiasaan kepada kita ketika makan. Kita hendaklah pastikan
makanan yang kita mamah itu hancur dan bercampur dengan air liur kita sebelum
menelannya. Jika 28 kali mamah atau kunyah masih belum mampu menghancurkan
makanan dalam mulut kita, mamahlah lebih banyak lagi sehingga ianya hancur. Selain
memamah dengan lumat itu berguna untuk usus kita, ia juga dapat membantu kita
berada dalam keadaan tenang. Dengan itu
juga bererti kita menikmati makanan kita dan membantu tali perut kita daripada
bekerja lebih.
Kita hendaklah makan dalam keadaan yang tenang dan selesa. Justeru ketika
makan jauhi bercakap tentang bisnes atau persoalan keluarga, membaca, menonton TV,
atau apa sahaja yang boleh menganggu suasana makan. Ini termasuk mendengar muzik
– kecuali muzik yang disukai oleh semua anggota
keluarga yang menghadapi makanan bersama kita itu.
Nikmatilah Makanan Kita
Nikmatilah tekstur, rasa, selera dan warna makanan yang kita suap ke mulut kita
itu. Bersyukurlah kepada Allah untuk setiap suapan yang kita makan.
Makanlah untuk memenuhi keperluan kita sebagai manusia yang hidup dan
bergerak.
Makanlah! “Wahai manusia! Makanlah dari [makanan] yang halal dan baik
yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan.
Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. Al-Baqarah [2]: 168.
-------------------------------------
Berkaitan:
1] PANTANG LARANG KETIKA MAKAN
-------------------------------------
Berkaitan:
1] PANTANG LARANG KETIKA MAKAN
0 comments:
Post a Comment