SHIBBLI DAN CINTANYA

>> Thursday, December 5, 2013






SHIBBLI DAN  CINTANYA

Shibbli. Siapa Shibbli? Shibbli adalah seorang ahli sufi yang terkenal hingga ke hari ini di seluruh dunia, terutama di kalangan pengikut-pengikut sufi yang bertebaran di segenap pelosok muka bumi ini.



Shibbli juga terkenal dengan nama Imam Syibbli yang termasuk dalam salah seorang golongan Wali yang terbesar  selepas abad ketiga Hijriah, antara mereka ialah Syeikh Junaid Al-Baghdadi, Abu Yazid Al-Bistami, Syamsuddin Al-Barazi, Daud At-Ta’i, Ibrahim Adham, As-Syibani dan ramai lagi.

Beliau seorang ahli sufi Persi yang terkenal yang dilahirkan di Baghdad atau Samara. Asalnya seorang pegawai tinggi kerajaan sebelum melibatkan diri dalam dunia kesufian. Beliau hidup sekitar tahun 861 hingga 946.

Sejarah hidupnya menarik dengan warna-warni kehidupan yang ganjil yang membuat orang yang tidak betul-betul mengenalinya menyangka dia gila. Sepanjang hayatnya beliau sering masuk dan keluar pejara. Semoga saya mempunyai kesempatan untuk melakar sedikit sejarah hidupnya di masa-masa hadapan.


Beliau meninggal banyak ucapan-ucapan yang berharga yang bukan sahaja menjadi cahaya panduan dalam dunia kesufian tapi juga kepada seluruh manusia yang mencari kebenaran.

Di sini kita kutip sebahagian kecil dari gambaran hidupnya dan juga madah-madahnya untuk sekadar dijadikan renungan bersama dalam mencari jalur-jalur cahaya kehidupan yang bersimpang-siur ini:

@ Kanak-kanak nakal akan membaling Shibbli dengan batu-batu ketika beliau melalui sesebatang jalan.  Suatu hari Shibbli mendapat kecederaan teruk dibaling dengan batu, darah keluar dari badannya. Tapi bila darah yang menitis itu menimpa bumi, maka darah itu membentuk menjadi sebuah tulisan kalimah Allah.
                                                         XXXX

@ Pada suatu hari Shibbli mengulangi menyebut nama Allah – ALLAH-  di hadapan hadirinnya. Seorang darwis bangkit dan berkata, “Ulangilah Kalimah syahadat LA-ILLAHILL-ALLAH yang bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah”.

Shibbli berkata, “ Bagaimana jika aku mati sebelum bahagian akhir ayat itu kuucapkan dan hanya bahagian pertamanya sahaja yang sempat kusebut, “Iaitu tiada tuhan – LA ILLAHA?”.

Kata-kata Shibbli itu menikam jantung darwis itu, dan ketakutannya kepada Allah telah menguasainya, dia lalu jatuh dan langsung mati di situ juga.

Keluarga darwis itu membuat laporan kepada Khalifah mendawa bahawa Shibbli telah membunuh darwis itu. Akibatnya Shibbli diperintah menghadap Khalifah di istana.

Khalifah meminta Shibbli menjawab tuduhan itu, dan waktu itu Shibbli berada dalam “mabuk” atau akstasi.

Kata Shibbli, “Nyawa darwis itu berada di atas api dan dia telah dipanggang dalam hasratnya untuk bertemu dan bersemuka dengan Allah. Dia telah memisahkan dirinya daripada semua ikatan dunia dan tidak mempunyai sedikitpun keinginan terhadap semua benda-benda dunia ini. Dia tidak ada penyangga atau peneduh untuk berihat di dunia ini dan hanya bertapak semata-mata dalam Allah. Keresahannya untuk bertemu dengan Allah telah membuatkan dia terlalu patuh. Justeru dia tidak tahan mendengar kata-kataku dan dalam secepat kilat dia brsemuka dengan Allah. Dia tidak dapat menanggung ketegangan  seperti itu, jasadnya tewas lalu diapun jatuh dan mati, satu persembahan di kaki teratai Allah’’.

Khalifah memerintah supaya Shibli dibawa pergi, kerana kata-kata Shibbli begitu berkesan dan dia bimbang  kalau dia terus mendengar sedikit sahaja lagipun lagi dia akan jatuh tidak sedarkan diri.
                                                        xxxxx

@ Pada peringkat permulaannya Shibbli kerap menangis dan meratap menyebabkan orang ramai menerpanya dan bertanya kenapa dia mengalirkan air mata.

Shibbli menjawab, “Aku meratap kerana aku gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepadaku”.


                                                                           xxxxxxx

@ Suatu hari ketika Shibbli berada dalam,”mabuk” gurunya Junaid datang dan berkata, “Jika kamu tinggalkan urusanmu kepada Allah, kamu akan gembira”.

Kata-kata gurunya itu dijawab Shibbli, “Tuan, ia adalah sebaliknya. Daku akan menjadi sangat gembira jika Allah meninggalkan urusan-Nya kepadaku”.

Berkata Junaid: “Pedang Shibbli telah menitiskan darah”.
                                    xxxxxxx

@.Ujar Shibli: “Wahai Allah! Jika Engkau ciptakan sebuah kalung dari syurga dan kalungkan ke leherku dan belenggu palsu dunia ini dan meletaknya sekeliling kakiku, dan putarkan seluruh dunia menjadi musuhku, namun aku tanpa gentar memprokelamirkan cintaku kepda-Mu dan tidak sekali-kali meninggalkan Engkau”.
                                       xxxxxxxx

@ Suatu masa Shibbli disumbat ke dalam penjara kerana “mabuknya". Beberapa orang sahabat-sahabatnya datang mengunjunginya, mendakwa mereka mencintai Shibbli.

Shibbli bertanya mereka, “Siapakah kamu ini sebenarnya?”.

Mereka menjawab, “Kami adalah sahabat-sahabat yang mencintaimu”.

Shibbli lalu mengambil batu-batu dan membalingkanya  kepada mereka. Mereka semua pun berceluarai lari kerana takut terkena batu-batu yang dibaling oleh Shibbli itu.

Bila mereka bertanya Shibbli kenapa dia berbuat demikian? Shibbli menjawab,  "Kalau kamu semua benar-benar mencintaiku kenapa kamu semua lari bila aku mengujimu tadi? Sekarang aku tahu hati kamu adalah hipokrit”.
                                    xxxxxxx

Dalam sebuah riwayat menyatakan di hjung hayatnya, Shibbli buta matanya. Pada suatu malam gurunya Junaid datang mengunjunginya. Ketika itu dia melihat Shibbli sedang berputar-putar di dalam rumah yang gelap pekat sambil bibirnya mengalun syair yang bermaksud:

“Setiap hati yang dipautkan kepada-Mu

Tanpa memerlukan lampu penerang

Wajah-Mu yang teragung menjadi pencarian kami

Pada harinya setiap manusia berkunjung  membawa pencarian

Aku pandang wajah-Mu dengan hatiku

Aku berdoa kepada-Mu dengan bahasa hatiku”.

Ada sebuah ucapannya yang sering menjadi ulangan orang, terutama di kalangan ahli-ahli kerohanian berbunyi, “Wahai manusia! Aku pergi ke suatu tempat di sebalik yang tidak ada sebaliknya lagi. Aku pergi ke selatan dan ke utara ke tempat sebalik yang tidak ada sebaliknya lagi. Setiap aku lihat selepas itu aku dapat melihat dalam sehelai bulu di jari kelingkingku”.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP